Tahap Kemahiran Metakognitif Murid Sekolah Menengah Di Kawasan Felda Dalam Pembelajaran Pendidikan Islam

Kyairaniah Abu Hassan, Mohd Isa Hamzah, Maimun Aqsha Lubis

Abstract


Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran metakognitif murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam berdasarkan faktor jantina dan aliran kelas murid. Responden kajian terdiri daripada 315 orang murid tingkatan empat di tujuh buah sekolah menengah kebangsaan dalam kawasan FELDA seluruh Negeri Sembilan. Murid dipilih secara rawak berstrata. Data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik. Instrumen kajian adalah berfokus kepada empat aspek perlakuan metakognitif dengan menggunakan inventori metakognitif yang dibina oleh O’Neil & Abedi (1996) yang terdiri daripada aspek kesedaran, strategi kognitif, perancangan dan penilaian kendiri. Data dianalisis secara inferensi dengan menggunakan statistik Ujian-t untuk sampel-sampel bebas dan ANOVA sehala. Hasil ujian inferensi ujian- t untuk sampel-sampel bebas menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kompetensi metakognitif dalam pembelajaran Pendidikan Islam antara murid lelaki dan murid perempuan. Hasil ujian ANOVA sehala berdasarkan aliran kelas pula mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kesedaran metakognitif murid antara kelas aliran Sains dengan Vokasional (MPV/PVMA). Namun, tiada perbezaan yang signifikan bagi kemahiran strategi kognitif, perancangan dan penilaian kendiri murid antara aliran kelas-kelas berkenaan. Justeru, guru-guru Pendidikan Islam perlu mengeksploitasi kemahiran metakognitif murid supaya mereka boleh mengurus serta mengatur pembelajaran Pendidikan Islam dengan lebih efektif.


Full Text:

PDF

References


Alan Ling Ying Leh. 2010. Kemahiran metakognitif pelajar kejuruteraan dalam menyelesaikan

masalah matematik kejuruteraan. Jurnal Sains dan Matematik. 2 (2) (2010) : 75-84. ISSN 1985-7918

Badlihisham Mohd Nasir, Rozmi Ismail, Syarul Azman Shaharuddin, Mohd Musa Sarip &

Ahmad Faqih Ibrahim. 2013. Perkembangan sosio-psikologi dan akhlak remaja Melayu (FELDA) : Satu kajian preliminari : 162-183. http://lms.kuis.edu.my/jurnal/wp-content/uploads/2013/12/JPPPI_v1_6.pdf [14 Januari 2016]

Badlihisham Mohd Nasir. Anuar Puteh, Abdul Ghafar Don, Ahmad Irdha Mohktar & Abu

Dardaa. 2014. Gejala sosial di FELDA gugusan Chini Pahang : Faktor dan cara mengatasinya. Seminar Antarabangsa Dakwah dan Etnik pada 20-21 November 2014 di Universiti Malaysia Sabah.

Cross D.R. & Paris, S.G. 1988. Developmental and Instructional Analysis of children’s

metacognition and reading comprehension. Journal of Educational Psycology. 80 (2) : 131-142.

Flavell, J.H. 1979. Metacognition and cognitive monitoring : A new area of cognitive-

developmental inquiry. American Psychologist. 34 : 906-911.

Flavell, J.H. 1992. Metacognition and cognitive monitoring : A new area of cognitive-

developmental inquiry. Dlm T.O Nelson (Eds.). Metacognition : Core Reading : Boston : Allyn & Bacon.

Mazli Sham Abdullah & Saemah Rahman. 2014. Gaya pembelajaran dan kesedaran

metakognitif dalam kalangan pelajar aliran Sains. Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-IsBN 978-967-11768-7-0). 9-10 June 2014. Kota Kinabalu, Sabah. Organized by http://WorldConferences.net

Mokhtari, K. & Reichard, C.A. 2002. Assessing readers’ metacognitive awareness of reading

strategies. Journal of Educational Psycology. 94 (2) : 249-259

Muhammad Saiful Anuar Yusoff, Ismail Mohamad, Wan Salihin Wong Abdullah, Mohd Nasir

Ismail & Ghazali Yusri Abd Rahman. 2011. Hubungan Efikasi Kendiri dan kesedaran metakognitif bacaan dengan kefahaman bacaan teks Sastera Arab. SoLLs.INTEC 2011 Proceedings.

Nur Aisyah Mohamad, Zamri Mahamod & Sharala a/p Subramaniam. 2013. Kemahiran meta

kognitif dan hubungannya dengan jantina, jenis sekolah dan pencapaian murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Malaysia. 38 (2) : 23-32

Nur Aisyah Mohamad & Zamri Mahamod. 2014. Tahap kemahiran metakognitif murid

tingkatan empat dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. ISSN : 2180-4842. 4 (1) (Mei 2014) : 41-47

O’Neil H. F & Abedi J. 1996. Reliability and Validity of a State Metacognitif Inventory :

Potential for Alternative Assessment. Los Angeles : National Center for Research on Evaluation, Standards and Student Testing (CRESST).

Paris, S.G., Lipson, M.Y. & Wilson, K.K. 1983. Becoming a strategic reader. Contemporary

Educational Psychology. 8 : 293-316

Phakiti, A. 2006. Modeling cognitive and metacognitive strategies and their relationship to

EFL reading test performance. Melbourne Papers in Language Testing. 1 : 53-95

Phakiti, A. 2006. Theoritical and pedagogical issues in ESL/EFL teaching of strategic reading.

Sahlan Surat. 2012. Keberkesanan strategi 4-Meta dalam aktiviti penulisan Bahasa Melayu

pelajar Tingkatan 4. Tesis Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Shahlan Surat, Shalinawati Ramli & Saemah Rahman. 2013. Sumbangan elemen metakognitif

terhadap pencapaian penulisan karangan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 3 (2) : 79-91.

Zaiha Nabila Md Harun. 2014. Kompetensi guru dalam pengajaran amali reka bentuk dan

teknologi di sekolah rendah daerah Batu Pahat. Tesis Ijazah Sarjana yang tidak diterbitkan. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


eISSN : 2600-769X