Tahap Pengetahuan Dan Amalan Fardhu Ain Anak-Anak Muallaf Sekolah Menengah Di Bahagian Sri Aman Sarawak

Jamaliah Binti Abdul Jalil, Mohd Isa Hamzah, Maimun Aqsha Lubis

Abstract


Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan amalan fardhu ain anak-anak muallaf sekolah menengah di bahagian Sri Aman, Sarawak. Selain itu kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti hubungan antara tahap pengetahuan fardhu ain anak-anak muallaf terhadap amalan fardhu ain Kajian ini terbatas kepada mengukur tahap pengetahuan dan amalan fardhu ain daripada aspek solat fardhu, mandi wajib dan berpakaian menutup aurat. Kajian ini melibatkan seramai 97 orang anak muallaf dari enam buah sekolah menengah di bahagian Sri Aman, Sarawak yang mewakili 89% daripada jumlah keseluruhan populasi. Instrumen yang  digunakan dalam kajian ini adalah satu set borang soal selidik. Analisis data secara deskriptif dan inferensi melalui ujian Korelasi Pearson dilakukan dengan perisisan SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan fardhu ain anak-anak muallaf berada pada tahap tinggi manakala  bagi amalan fardhu ain anak-anak muallaf pula berada pada tahap sederhana. Di samping itu, hasil kajian mendapati wujud hubungan yang signifikan antara tahap pengetahuan fardhu ain anak-anak muallaf dengan amalan fardhu ain mereka Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi implikasi kepada ibu bapa, pihak sekolah terutama para guru dan institusi-institusi agama Islam untuk bersama-sama menggembeleng tenaga dan usaha dalam memberi didikan dan bimbingan fardhu ain kepada anak-anak muallaf agar dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan amalan fardhu ain mereka.


Full Text:

PDF

References


Abdullah Awang, 2004. Penghayatan Islam di Kalangan Saudara Baru India Kuala Lumpur, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Temu bual, 14 Januari.

Abdullah Basmeh, 2011. Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran:(30 Juz). Kuala Lumpur: Darul Fikr.

Abdul Salam Yusoff, 2003. Imam Al-Ghazali Pendidikan Berkesan. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Ab Halim Tamuri, Sharin Awaludin & Tajul Ariffin Nordin, 2003. Fungsi surau dan keberkesanannya dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam: Satu kajian di sekolah-sekolah menengah negeri Selangor. Kajian penyelidikan Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Abdul Halim El-Muhammady. 1984. Pendidikan Islam, skop dan matlamatnya. Jurnal Pendidikan Islam 1: 10-23

Abdul Munir Ismail, Abd Rahman bin Abd Ghani, Mohd Noor Daud, Shahrulanuar bin Mohamed, 2013. Pendekatan dakwah oleh ibu bapa suku Banjar bagi membentuk anak patuh kepada ajaran Islam Journal of Human Capital Development Vol. 6 No. 2: 125-144.

Aisyah Jami’an, 2005. Penghayatan Islam di Kalangan Saudara Baru India Kuala Lumpur. Tesis Sarjana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Aisyah Jami’an, 2013. Program Dakwah dan Peningkatan Kualiti Hidup Saudara Baru Orang Asli di Gombak Selangor. Tesis Dr. Fal. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ali Pitchey Ibrahim. 1987. Pendidikan Remaja Islam, Majalah Al-Islam September 1987, (Utusan Malaysia Berhad 1987)

Amran Kasimin, 1985. Saudara Baru Cina di Wilayah dan Selangor. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azhar Haji Ahmad, 2006. Strategi pembelajaran pengaturan kendiri Pendidikan Islam dan penghayatan akhlak pelajar sekolah menengah. Tesis Dr. Fal. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azhar Yaakub (2000), Sebab-Sebab Saudara Baru Menjadi Murtad, (Tesis, Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Bahagian Pengajian Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya).

Azril Mohd Amin. 2013. http://azrilmohdamin.com Pengislaman Anak-anak Mualaf di bawah umur: Respons PPMM

Brymen, A. & Cramer, D. 1999. Quantitative Data Analysis With SPSS Release 8 For Windows: A Guide For Social Scientists. London: Routledge.

Christina Andin, Abdul Said Ambotang & Musirin Mosin. 2014. Penerimaan Remaja Melayu Terhadap Gaya Keibubapaan. Seminar Kebangsaan Integriti Keluarga 2014. Disember 2014.

Chua Yan Piaw, 2006. Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Malaysia: Mc. Graw Hill Sdn Bhd.

Davies, J.A. 1971. Elementary Survey Analysis. Englewood, N.J: Prentice Hall.

Dearana Morshidi, 2010. Hubungan ibadah salat fardu dan penghayatan akhlak pelajar: kajian di bahagian Miri, Sarawak. Tesis Sarjana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Faizal Arif Tajul Arifin. 2013. Dahulu Mualaf Kini Murtad. Kertas kerja Persidangan Antarabangsa Pembangunan Mullaf, 7-8 Sept.

Fink, A, 1985. How To Conduct Surveys: Step By Step Guide. Beverly Hills: Sage Publications.

Gamal Abdul. 2003. Prinsip-Prinsip Pendidikan Islam: Ibnu Sahnun, Ibnu Khaldun. PTS Publication & Distributor: Bentong

Al-Ghazali, 1988. Ihya’ Ulumiddin. Terj. H. Ismail Yakub. Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD.

Hamizah Basir, 2012. 686 permohonan murtad direkod. Sinar Harian, 8 Januari

Haron Din, Sulaiman Yasin, Hassan Salleh & Sidi Ghazalba. 2001. Manusia dan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

JAPIM, 2003. Perkara Asas Fardhu Ain: Penstrukturan semula dan model-model cadangan. Seminar Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain J-Qaf. Kementerian Pelajaran Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002. Pelaksanaan Penilaian Perkara Asas Fardu Ain (PAFA) Di Sekolah Rendah Dan Sekolah Menengah. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 17/2002.

Liaw Shu Hui & Goh Kim Leng. 2002. Statistik Asas: Konsep Dan Amalan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Md. Salleh Yaapar. 1993. Implikasi Gerakan Dakwah ke atas Konsep dan Aktiviti Kebudayaan di Malaysia. Dlm. Angkatan Belia Islam Malaysia (Penyt). Gerakan Dakwah dan Orde Islam di Malaysia: Strategi dan Masa Depan. hlm 123-134. Selangor: Budaya Ilmu Sdn. Bhd.

Mohd Arip Kasmo, 1998. Pembangunan akhlak pelajar sekolah agama. Jurnal Pendidikan 23: 119-127.

Mohd Fawzy b Abu Bakar. 2002. Kajian tentang pengamalan solat fardu dalam kalangan remaja orang asli di Pusat Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (PERTAMA), Kuantan. Disertasi Sarjana, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Mohd Majid Konting, 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Sabri Ismail, 2009. Metodologi Dakwah Kepada Saudara Baru di PERKIM Kelantan: Kajian mengenai Keberkesanan. Tesis Dr. Fal, Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Mohammed Sani Ibrahim, Jamalulail Abdul Wahab, Mohd Izham Mohd Hamzah & Warnoh Katimah. 1999. Kajian keberkesanan pelaksanaan program latihan guru sekolah bestari. Projek Penyelididkan G9/99. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Naqman Bin Abu Bakar. 2015. Metodologi dakwah terhadap saudara baru: Kajian di Islamic Propagation Society International (Pertubuhan Penyebaran Islam Antarabangsa Pulau Pinang (IPSI). Tesis Sarjana, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Norazam Bin Nordin. 2013. Metodologi dakwah terhadap saudara baru oleh Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA) Cawangan Kedah/Perlis. Tesis Sarjana, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Uzair al-Aziz. 2011. Kaifiat Mandi Hadas. Selangor: Pustaka Ilmuan.

Mustofa Al-Khin, Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji. 2005. Kitab Fikah Mazhab Syafie Jil. 1. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn Bhd.

Nabilah Huda Binti Zaim, 2015. Sokongan terhadap Saudara Baru di Negeri Sembilan. Tesis Sarjana, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nawawi Jusoh, 2003. Sebab-Sebab Saudara Baru Memeluk Islam. Tesis Sarjana, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noor Elyani Binti Alias, 2015. Kemahiran mengenal asas dan membaca al-Quran dalam kalangan saudara baru di Kompleks Darul Hidayah Kuala Lumpur. Tesis Sarjana, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noraizan Abdul Ghani, 2007. Keberkesanan Kurikulum Bimbingan Saudara Baru Orang Asli Di Jabatan Agama Islam Pahang. Tesis Sarjana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Norhafizah bt Musa (2002), Peranan Institusi Dakwah Dalam Menangani Masalah Murtad Di Lembah Klang, Disertasi Sarjana, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Nor Hidayah Binti Hamsur, 2008. Metode pengajaran dan pembelajaran (P&P) kelas pengajian al-Quran di kalangan saudara baru di bawah kelolaan JAJ. Disertasi Sarjana Muda, Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Nur A’thiroh Masyaa’il Tan Abdullah @ Tan Ai Pao. 2013. Program dakwah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) kepada saudara baru muslim: Kajian tentang persepsi dan keberkesanannya. Tesis Dr. Fal, Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Nur Hieadayah Abdul Rahim, 2013. Pendekatan PERKIM dalam Meningkatkan Kefahaman Islam Di Kalangan Saudara Baru Cina dari Tahun (2000-2011): Kajian di PERKIM Kebangsaan Kuala Lumpur. Tesis Sarjana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nur Kareelawati Abd Karim, 2002. Metodologi Dakwah Kepada Saudara Baru: Kajian Khusus di Darul Arqam Singapura. Tesis Sarjana. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Razaleigh Muhamat@Kawangit & Marlon Pontino Guleng. 2014. Respon muallaf terhadap pendidikan dan latihan amali yang dilaksanakan oleh Institut Dakwah Islamiah PERKIM, Kota Bharu Kelantan. Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik. November 2014.

Robson, Collin. 1998. Real World Research. United Kingdom: Blackwell Publisher Itd.

Rosly Mohd. Arus, 2009. Penerimaan Saudara Baru Orang Asli Terhadap Program Dakwah Majlis Agama Islam Selangor. Temu bual, 01 Ogos.

Sabariah Binti Othman, 2011. Masalah penyebutan huruf al-Quran di kalangan saudara baru: satu kajian kes. Tesis Sarjana, Kuala Lumpur: Universiti Malaya

Sarip bin Adul. 2014. Sumber pengetahuan beragama dan tahap kefahaman muallaf di bahagian Pantai Barat Sabah. Seminar Antarabangsa Dakwah & Etnik. November 2014.

Sayid Sabiq. 1987. Fikih Sunnah. Jil 1-2, Terj. Mahyuddin Syaf. Kuala Lumpur: Pustaka Al- Azhar.

Siti Fathimatul Zahrah binti Yusri & A’thiroh Masyaa’il Tan binti Abdullah @ Tan Ai Pow, 2015. Pengajaran Pendidikan Islam Terhadap Muallaf : Satu Tinjauan Literatur Prosiding Seminar Pengurusan Islam:Ke Arah Pemantapan Ummah Disunting oleh:Ahmad Irdha Mokhtar dan Zulkefli Aini. © Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi, Selangor.

Suraya Sintang & Khadijah Mohd Khambali. 2012. Saudara baru dan peranannya dalam arena dialog antara agama. Makalah Seminar Pemikiran Islam III, Sudut Pandangan Islam dalam Diskusi Sesama Muslim, Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam. Universiti Malaya. 92-94.

Tajul Ariffin Nordin, 1987. Pendekatan Islam dalam pendidikan. Jurnal Pendidikan Islam 2(5): 43-56.

Wahbah al-Zuhayli. 1985. Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu. J. 1, C.3, Damsyik: Dar al-Fikr

Zulkifli bin Abdul Hamid. 2013. MAIS Komited Mantapkan Akidah Saudara Baru, Selangor. Temu bual, 1 Januari.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


eISSN : 2600-769X