Tahap Pengetahuan Dan Kesediaan Guru-Guru Pendidikan Islam Sekolah Menengah Di Selangor Terhadap Penggunaan Multimedia Dalam Pengajaran Pendidikan Islam

Maimun Aqsha Lubis, Wan Nurul Syuhada’ Wan Hassan, Mohd Isa Hamzah

Abstract


Pendidikan merupakan suatu proses berterusan dan sentiasa menerima perubahan dan penambah baikan selari dengan keperluan dan kehendak mayarakat. Dunia abad ke-21 kini menyaksikan penggunaan multimedia dan teknologi maklumat memonopoli kehidupan masyarakat umumnya dengan moto dunia tanpa sempadan. Pendidikan Islam yang bersumberkan Al-Quran dan Hadis tidak boleh diubah rujukannya, namun gaya penyampaian dan persembahan isi kandungannya boleh diinovasikan sesuai dengan kemahiran guru dan pengetahuan murid. Artikel ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan kesediaan Guru Pendidikan Islam (GPI) terhadap penggunaan multimedia dalam pengajaran. Metodologi kajian ini berbentuk kuantitatif dengan edaran soal selidik secara rawak kepada GPI Sekolah Menengah daerah Selangor dan mendapati seramai 39 orang GPI telah mengisi soal selidik dengan lengkap. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS versi 22.0 dengan merujuk kepada min, peratusan, kekerapan dan sisihan piawai. Hasil dan dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan GPI sekolah menengah daerah Selangor berada pada tahap tinggi dengan min= 4.24 dan sisihan piawai= 0.38. Manakala tahap kesediaan GPI berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai min= 3.92 dan sisihan piawai= 0.43. Kajian ini diharap dapat membantu pihak sekolah, guru dan Kementerian Pendidikan Malaysia khususnya Bahagian Pendidikan Islam (BPI) dalam menambah baik usaha atau program ke arah penyediaan guru yang berkemahiran, berpengetahuan serta bersedia untuk melaksanakan tugas dengan cemerlang.  


Full Text:

PDF

References


Ab. Halim Tamuri, Adnan Yusopp, Kamisah Osman, Shahrin Awaluddin, Zamri Abdul Rahim dan Khadijah Abdul Razak. (2004). Keberkesanan kaedah pdp Pendidikan Islam ke atas pembangunan diri pelajar. Projek Penyelidikan GG002/04. Bangi: Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Halim Tamuri dan Zawawi Ismail. (2016). Keberkesanan pendidikan Islam dalam pendidikan Kebangsaan: peranan guru. dlm. Guru cemerlang pendidikan Islam: Persediaan dan cabaran. Pnyt Mohd Farid Mohd Shahran dan Nor Hartini Saari. Kuala Lumpur: Penerbit IKIM.

Baharin Abu dan Lim Lih Hoon. (2010). Tahap Pengetahuan Dan Penggunaan Komputer Dalam Kalangan Guru-Guru Di Tiga Buah Sekolah Menengah Teknik Di Kuala Lumpur. pp. 1-8. http://eprints.utm.my/10901/. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Borg, W. R., Gall, J.P. (1993). Educational research. New Jersey: Prentice Hall.

Chung, Hui Ching, Melvina dan Jamaludin Badusah. (2010). Sikap guru Bahasa Melayu tehadap penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam pengajaran di Sekolah-sekolah rendah di Bintulu, Sarawak. Jurnal Pendidikan Malaysia. 35(1): 59- 69.

Ee Ah Meng. (1998). Pelajar Bermotivasi Pelajar Cemerlang. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan pedagogi. Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Hasnuddin Ab Rahman, Norfaizuryana Zainal dan Nor Azzarahton Ab. Karim. (2015). Keberkesanan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam bagi sekolah kebangsaan Desa Pandan Kuala Lumpur. Proceeding of International Conference on Information Technology & Society. 8-9 June 2015. Kuala Lumpur.

Kamaruddin Hj. Hussin. (1995). Dinamika sekolah dan bilik darjah. Kuala Lumpur: Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.

Kamarul Azmi Jasmi, Mohd Faeez Ilias, Abdul Halim Tamuri dan Mohd Izham Mohd Hamzah. (2011). Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru cemerlang pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education. 3(1): 59-74.

Kamarul azmi Jasmi. (2009). Sifat dan peranan keperibadian guru cemerlang pendidikan Islam (GCPI) dan hubungannya dengan motivasi pelajar. Jurnal Teknologi: 519E. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Maimun Aqsha Lubis, Melor Md Yunus, Mohamed Amin Embi, Sabariah Sulaiman dan Zamri Mahamod. (2010). Systematic steps in teaching and learning Islamic education in the classroom. 7: 665-670.

Maimun Aqsha Lubis, Melor Md Yunus, Noriah Mohd Ishak, Tajul Arifin Mohammad dan Mohamad Diao. (2010). The effectiveness of strategies and techniques in teaching and learning Islamic education. WSEAS.

Mohd Izham Mohd Hamzah dan Noraini Attan. (2007). Tahap kesediaan guru Sains dalam penggunaan teknologi maklumat berasaskan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Teknologi. 46(E): 45-60.

Monique Volma. (2005). A variety of roles for a new type of teacher educational technology and the teaching profesion. Journal of teaching and education 21.

Muhammad Suhaimi Taat dan Mohd Yusof Abdullah. (2014). Impak pengajaran dan bimbingan Guru Pendidikan Islam terhadap motivasi dan pembelajaran terarah kendiri pelajar. Jurnal Pemikir Pendidikan. 5: 1-17.

Muhammad Taufiq. (2010). Asal-usul pengetahuan dan hakikat pengetahuan. Program pasca siswazah manajemen dan bisnis. Indonesia: Bogor.

Nor azilah Ngah dan Zarina. (1997). Perception of in-service teachers on the use of computers. Proceedings from the Mlaysian Educational Technology Association 10th Convention. Serdang: Universiti Putra Malaysia. May 21-23.

Pallant, J. (2011). A step by Step guide to data analysis using SPSS. 4th edition. Australia: Allen & Unwin.

Sandra. R, Abu Bakar.N dan Norlidah.A. (2013). Penggunaan ICT merentas kurikulum standard prasekolah kebangsaan (kspk): tinjauan di prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Jurnal Kurikuum dan Pengajaran Asia Pasifik. 1(4).

Sharifah Nor Puteh dan Kamarul Azman Abd Salam. (2011). Tahap kesediaan penggunaan ICT dalam pengajaran dan kesannya terhadap hasil kerja dan tingkah laku murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia. 36(1): 25-34.

Siti Fatimah Ahmad dan Abdul Halim Tamuri. (2010). Persepsi guru terhadap penggunaan bahan bantu mengajar berasaskan teknologi maklumat dalam pengajaran j-QAF. Journal of Islamic and Arabic Education. 2(2): 53-64.

Toth M.J., Audrey Amrein-Beardsley, Foulger T.S. (2010). Changing delivery methods, Changing practices: exploring instructional practices in face to face and hybrid courses. MERLOT Journal of Online Learning and Teaching. 6(3).


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


eISSN : 2600-769X