REKA BENTUK APLIKASI MORFOLOGI ARAB MENGGUNAKAN ANIMASI INTERAKTIF

Bashasunnahar Puasa, Janudin Sardi, Mohd Sham Kamis, Hazrati Yahaya

Abstract


Bahasa Arab sebagai bahasa asing sudah lama mendapat perhatian di Malaysia terutama dalam pendidikan Islam. Walau bagaimanapun, terdapat banyak faktor yang menghalang keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut antaranya ialah kegagalan dalam memanfaatkan perkembangan teknologi semasa. Oleh itu, kajian ini tertumpu kepada mereka bentuk sebuah prototaip aplikasi dengan menggunakan animasi interaktif untuk subjek morfologi Arab Tingkatan 4 Kurikulum Al-Azhar (KA). Proses pembangunan aplikasi ini adalah berdasarkan model reka bentuk instruksi William Horton sebagai panduan aliran kerja. Dapatan kajian menunjukkan penghasilan satu prototaip aplikasi morfologi Arab berasaskan animasi interaktif dalam bentuk cakera padat telah dibina dan hasil pembangunan tersebut dinilai melalui kajian kuantitatif. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan data-data yang diperoleh melalui 190 responden dan dianalisis oleh 6 orang pakar dengan menggunakan perisian SPSS versi 21.0. Oleh itu, dapatan analisis kajian menunjukkan bahawa 190 orang pelajar bersetuju dengan aspek keseluruhan prototaip aplikasi morfologi dengan nilai min keseluruhan 4.46 daripada skala 5. Manakala 6 orang pakar juga turut bersetuju dengan min keseluruhan 5. Aplikasi multimedia ini merupakan inovasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bahasa Arab menggunakan teknologi multimedia terkini dan boleh dikomersilkan sama ada dalam bentuk cakera padat atau aplikasi dalam talian.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


eISSN : 2600-769X