Pembangunan Model Gaya Pembelajaran Satu Analisis Keperluan Di Sekolah Kebangsaan

Sohaina Binti Mohd Salleh, Maimun Aqsha Lubis, Aisyah Sjahrony

Abstract


Di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), Kementerian Pendidikan menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan sehingga mampu berinteraksi dengan bebas. Memandangkan bahasa Arab adalah subjek elektif di sekolah kebangsaan, guru bahasa Arab harus memainkan peranan dalam menyediakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan menyeronokkan. Pendekatan pengajaran guru hendaklah bersesuaian dengan gaya pembelajaran murid.Oleh itu, guru harus diberikan panduan mengenai gaya pembelajaran murid tahun 5. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti keperluan pembangunan model gaya pembelajaran. Gaya pembelajaran bahasa Arab murid tahun 5 ini didasari oleh model gaya pembelajaran Dunn and Dunn yang mempunyai lima stimulus iaitu stimulus persekitaran, emosi, sosiologi, fisiologi dan psikologi. Analisis keperluan telah dijalankan di tiga buah sekolah kebangsaan. Kaedah pengumpulan data adalah berbentuk temubual separa berstruktur kepada tiga orang guru bahasa Arab dan kumpulan berfokus kepada 15 orang murid tahun 5 di tiga buah sekolah kebangsaan. Hasil temubual guru dan murid mendapati terdapat permasalahan ketidaksepadanan antara gaya pengajaran guru dan gaya pembelajaran murid tahun 5. Selain itu, hasil temubual guru mendapati gaya pembelajaran murid dapat meningkatkan pembelajaran murid tahun 5 seterusnya membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, analisis keperluan menunjukkan model ini perlu dibangunkan sebagai panduan kepada guru bahasa Arab tahun 5 disekolah kebangsaan.

Full Text:

PDF

References


Asiah Bt. Hj Pariekutty 1999, Gaya Pembelajaran Dan Pencapaian Akademik Di Kalangan Pelajar-Pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik Juasseh Di Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus: Sarjana Pendidikan Universiti Malaya.

Dunn, R. 1986. Learning Styles: Link between Individual Differences and Effective Instruction. Education Leadership (2): 4-12.

Gazilah Bt Mohd Isa 2005, Gaya Pembelajaran Pelajar Dan Hubungannya Dengan

Pencapaian Bahasa Arab Komunikasi: Sarjana Fakulti Bahasa Dan Linguistik Universiti Malaya.

Harun B. Baharudin 2014, Strategi Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Arab Pelajar Sekolah Menengah Agama Di Malaysia: Tesis Doktor Falsafah Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Julismah Jani Ong, Kuan Boon Mohd, Sani Madon, Hishamuddin Ahmad, Nur Haziyanti Mohamad Khalid Dan Yusof Ahmad 2009, Pendekatan Pengajaran, Gaya Belajar Dan Jenis Penilaian Dalam Mata Pelajaran Sains Sukan Di Sekolah Menengah, Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2)(2009): 81 - 91.

Lee Mei Ph’ng, Thang Siew Ming, Radha U.K.Nambiar 2015, Matching Teaching Styles And Learning Styles: What Happens In The Case Of A Missmatch? : Journal of Social Sciences and Humanities Special Issue 1 (2015) 066-076 ISSN: 1823 – 884x.

Michael F. Shaughnessy (1998) an Interview with Rita Dunn About Learning Styles, The Clearing House: A Journal Of Educational Strategies, Issues And Ideas, 71:3,

-145.

Misnan Jemali 1999 Hubungan Antara Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Bahasa Arab Komunikasi Sekolah Menengah Rendah Di Negeri Perak: Projek Sarjana Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Razimi B. Husin 2016, Gaya Pembelajaran Murid Bermasalah Pembelajaran Dalam Matapelajaran Pendidikan Islam Dan J-QAF: Tesis Doktor Falsafah Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Normazidah Bt. Mahmood 2012, Penggunaan Kaedah Pengajaran Bahasa Arab Dalam Kalangan Guru Peringkat Sekolah Rendah: Satu Penilaian: Tesis Doktor Falsafah Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Rahim @ Saleh B. Ramly 2009, Penguasaan Perbendaharaan Kata Bahasa Arab Dalam Kalangan Murid Sekolah Kebangsaan Menerusi Program J-QAF: Satu Kajian Kes: Sarjana Fakulti Bahasa Dan Linguistik University Malaya.

Rita S. Dunn and Kenneth J. Dunn 1979, Learning Styles / Teaching Styles. Should They. Can They. Be Matched? Educational Leadership JAN 239 - 244.

Wan Maiziatul Akmar Bt. Wan Ahmad 2011, Pemerolehan Dan Pencapaian Bahasa Arab Program J-QAF Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Kuala Terengganu: Sarjana Sains Universiti Malaysia Terengganu.

Zamri Mahamod, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Juliawati Ibrahim 2009, Perbandingan Gaya Pengajaran Guru Bahasa Melayu Dan Guru Bahasa Inggeris, Jurnal Pendidikan Malaysia 34 (1) ( 2009):67-92.

Zamri Mahamod, Mohamad Amin Embi, Melor Md. Yunus, Maimun Aqsha Lubis, Ong Sze Chong 2010, Comparative Learning Styles Of Malay Language Among Native And Non Native Student, Procedia Social And Behaviorial Sciences 9 ( 2010) 1042-1047.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

http://www.moe.gov.my/cms/upload_files/articlefile/2013/articlefile_file_003107.pdf.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


eISSN : 2600-769X