PERANCANGAN PENGAJARAN GURU BERASASKAN IHES DAN HUBUNGANNYA DENGAN STATUS PERJAWATAN GURU DI SELANGOR

Sapie Sabilan, Mohd Isa Hamzah, Haslina Hamzah, Natasha Ariffin

Abstract


Kajian ini bertujuan mengenalpasi tingkah laku guru-guru Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam melakukan perancangan pengajaran setelah melalui program latihan guru yang diikutinya berdasarkan Integrated Holistic Education System (IHES). Kajian ini juga turut mengenalpasti hubungan yang wujud berkaitan tingkahlaku guru dalam perancangan pengajaran guru dengan status perjawatan guru di sekolah. Kupasan kajian ini adalah berdasarkan kajian yang dilaksanakan berkaitan penilaian guru-guru SRA JAIS terhadap program latihan guru di bawah IHES. Reka bentuk kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan pendekatan kuantitatif dengan menggunakan kaedah soal selidik sebagai instrumen kajian berdasarkan Model Penilaian Kirkpatrick bagi menghuraikan aspek tingkah laku guru-guru SRA JAIS dalam melaksanakan perancangan pengajaran. Sampel kajian adalah terdiri daripada 535 orang guru SRA JAIS daripada jumlah populasi seramai 5,489 orang guru yang meliputi sembilan daerah di Selangor. Analisis kajian dilakukan dengan menggunakan perisian program SPSS versi 22.0 bagi data kuantitatif yang telah diperolehi secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian secara deskriptif menunjukkan nilai min adalah tinggi bagi keseluruhan aspek perancangan pengajaran guru. Ini menunjukkan aspek perancangan pengajaran guru berada pada tahap tinggi. Namun, terdapat item yang sederhana tinggi berkaitan penambahbaikan kualiti pengajaran berkonsepkan integrasi. Ini menunjukkan usaha penambahbaikan kualiti pengajaran berkonsepkan integrasi masih kurang diamalkan oleh guru-guru SRA JAIS.  Melalui ujian ANOVA sehala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan [F(2,532)=3.797,p<0.05] antara guru-guru SRA JAIS dari aspek tingkah laku perancangan pengajaran guru dengan status perjawatan mereka. Ini menunjukkan semua guru SRA JAIS sama ada tetap, kontrak dan sambilan telah menunjukkan perubahan tingkahlaku setelah mengikuti latihan guru dari aspek perancangan pengajaran guru yang sangat ketara.  Implikasi kajian ini mencadangkan supaya pihak JAIS memberikan latihan yang khusus berkaitan pengajaran secara integrasi untuk menambahbaik kualiti pengajaran guru dari semasa ke semasa sesuai dengan keperluan dan perkembangan semasa pendidikan masa kini.


Full Text:

PDF

References


Ab. Halim Tamuri, & Nur Hanani Hussin. (2017). Pendidikan Abad ke 21 Dalam Kepelbagaian Budaya : Cabaran dan Harapan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ( KUIS ) Bahagian Pendidikan Islam ,. Kertas Kerja Ucaputama Seminar Pedagogi Antarabangsa Ke-8 (PEDA8), (September), 1–12.

Ahmad Munawwar Ismail. (2009). Pengaruh Akidah Terhadap Penghayatan Akhlak Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan di Malaysia. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Azhar Ahmad. (2006). Strategi Pembelajaran Pengaturan Kendiri Pendidikan Islam dan Penghayatan Akhlak Pelajar Sekolah Menengah di Sarawak. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azizi Umar, Supyan Hussin, Shaharuddin Pangilun, Ikmal Zaidi Hashim, Imran Kamal Basah, Mohd Kamal Radiman, & Abdul Fattah Pardon. (2013). Masalah pengurusan dan keperluan Sekolah Agama Rakyat (Sar) /Kelas Al-Quran dan fardu ain (Kafa) persendirian di Selangor. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Dan Pengajian Islam, 1(5), 136–161.

Bahagian Pendidikan Islam JAIS. (2019a). Dasar dan Pelaksanaan Integrated Holistic Education System (IHES) Bahagian Pendidikan Islam JAIS.

Bahagian Pendidikan Islam JAIS. (2019b). Kategori Guru-Guru SRA JAIS. Shah Alam, Selangor.

Chua Yan Piaw. (2014a). Kaedah dan Statistik Penyelidikan:Kaedah Penyelidikan (Edisi ke 3). McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn Bhd.

Chua Yan Piaw. (2014b). Ujian Univariat dan Multivariat : Kaedah dan Statistik Penyelidikan. McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn Bhd.

Gallego, M. R. R. (2007). Lesson planning in primary and secondary education. Research Gate, 1(January 2007), 1–36.

Gay, L. R., Mills, G. E., & Airasian, P. W. (2012). Educational Research: Competencies For Analysis and Applications (Edisi ke 1). Upper Saddle Ridge, NJ: Pearson Publishing.

Hannah Aqilah Amran, Rosadah Abd Majid, & Manisah Mohd Ali. (2019). Cabaran Guru Pendidikan Khas Pada Abad Ke-21. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 4(26), 113–122.

‎‎Kamarul Azmi Jasmi‏, Ab. Halim Tamuri, & Mohd Izham Mohd Hamzah. (2009). Sifat dan Peranan Keperibadian Guru Cemerlang Pendidikan Islam (GCPI) dan Hubungannya Dengan Motivasi Pelajar. Jurnal Teknologi, 51(Disember), 57–71.

Kamarulnizam Sani, & Zetty Nurzuliana Rashed. (2018). Penilaian Terhadap Sistem Pendidikan Integrasi Dan Holistik Di Sekolah Rendah Agama Integrasi Jabatan Agama Islam Negeri Selangor. Malaysian Online Journal of Education, 2(2), 1–6.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2014). Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan (Pertama). Kementerian Pendidikan Malaysia.

Krejcie, R. V., & Morgan, D. W. (1970). Determining Sample Size For Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607–610.

Loeb, S., Dynarski, S., Mcfarland, D., Morris, P., Reardon, S., & Reber, S. (2017). Descriptive analysis in education: A guide for researchers The National Center for Education Evaluation and Regional Assistance (NCEE) conducts unbiased large-scale evaluations of education programs and practices. Washington.

Mohammad Amir Danuri. (2017). Kertas Dasar Dan Hala Tuju Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor. Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor.

Mohd Azmi Mat Yusoff. (2016). Penilaian Program Latihan Dalam Perkhidmatan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Faeez Illias, Zetty Nurzuliana Rashed, Ahmad Shafiq Mat Razali, & Muhammad Syakir Sulaiman. (2017). Penilaian Terhadap Perlaksanaan Sistem Latihan Guru-Guru Sekolah Rendah Agama JAIS. In 4th International Research Management & Innovation Conference (IRMIC 2017) (pp. 1–23). Selangor.

Mohd Hamzah, M. I., Sirat, M., Mohd Izham Mohd Hamzah, & Mazlan Sirat. (2018). Tahap Pelaksanaan Latihan dalam Perkhidmatan dan Hubungannya dengan Pengalaman Mengajar serta Kekerapan Menghadiri Latihan Guru Sekolah Rendah Berprestasi Tinggi di Putrajaya (The Level of Implementation of In-Service Training and Its Relationship with Te. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(01), 17–23. https://doi.org/10.17576/jpen-2018-43.01-03

Mohd Izham Mohd Hamzah, & Mazlan Sirat. (2018). Tahap Pelaksanaan Latihan dalam Perkhidmatan dan Hubungannya dengan Pengalaman Mengajar serta Kekerapan Menghadiri Latihan Guru Sekolah Rendah Berprestasi Tinggi di Putrajaya. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(1), 17–23. https://doi.org/http://dx.doi.org/10.17576/JPEN-2018-43.01-03

Nor Fatinah Jaafar, Azizah Zain, & Zarina Eshak. (2020). Peranan Ibu Bapa Dalam Membantu Perkembangan Sosial Kanak-Kanak Melalui Aktiviti Bermain Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9(Special Issue), 52–60.

Nor Raudhah Siren, Azrin Ab. Majid, & Siti Jamiaah Abdul Halim. (2013). Pengurusan Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Malaysia. Prosiding International Seminar On Islamic Malay World, Bandung., 206–221. Retrieved from https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00001227_98528.pdf

Nunnally, J. C., & Bernstein, I. H. (1994). Psychometric Theory (Edisi Pert, Vol. 1). New York: McGraw-Hill,Inc.

Nuri Ramadhan. (2017). Tugas, Peran Kompetensi Dan Tanggungjawab Menjadi Guru Profesional. In Seminar Nasional Tahunan Fakultas Ilmu Sosial Universitas Negeri Medan (pp. 369–373).

Pallant, J. (2010). SPSS Survival Manual : A Step By Step Guide to Data Analysis Using SPSS (4th ed.). Sydney: Maidenhead : Open University Press/McGraw-Hill.

Ramlan Mustapha. (2017). Rekabentuk model integriti akademik berasaskan penghayatan rohani. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan,Universiti Malaya.

Ravikumar A/L K. Varatharaj. (2015). Amalan Pentaksiran Dalam PdP Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Di Sekolah Kluster. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 9, 1–17.

Razila Kasmin, Mohd Faiz Baharan, Noraizan Mohsin, Norliza Kila, & Mashita Abu Hassan. (2019). Amalan Kualiti Guru Dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam di Sekolah Kebanggsaan. Journal of Management and Operation Research, 1(4), 1–23.

Zetty Nurzuliana, & Abdul Halim. (2014). Kepentingan Integrasi Naqli dan Aqli Dalam Pengajaran Pendidikan Islam. Katalog BPS, XXXIII(2), 81–87. https://doi.org/10.1007/s13398-014-0173-7.2.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


eISSN : 2600-769X