TERAS ADAT PERPATIH NEGERI SEMBILAN SEBAGAI SATU KEUNIKAN IDENTITI WARISAN BANGSA (‘ADAT PERPATIH’ NEGERI SEMBILAN AS A UNIQUE IDENTITY OF NATIONAL HERITAGE)

Authors

  • Shamsuddin Ahmad Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan
  • Kamarul Afizi Kosman Pensyarah Kanan Program Seni Bina Fakulti Kejuruteraan & Alam Bina Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Syukri Yeoh Abdullah Felo Penyelidik Kanan Institut Alam & Tamadun Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Nazim Abdul Gaman Penolong Kurator Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti Kuala Pilah

Abstract

Abstrak

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk membina satu teras Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Usaha untuk membina teras ini sangat penting kerana setakat ini masih belum terdapat satu teras adat yang tersusun yang boleh dijadikan panduan oleh pihak pembuat dasar dan pengamal adat itu sendiri untuk menerangkan tentang Adat Perpatih di Negeri Sembilan. Melalui usaha ini, dijangka dapat membentuk kembali kefahaman masyarakat tentang adat tersebut kerana sebelum ini Adat Perpatih di Negeri Sembilan difahami secara tidak tersusun dan penyampaiannya mengikut kehendak dan kepentingan individu masing-masing. Di samping itu juga, teras tersebut dijangka dapat berfungsi sebagai alat yang membetulkan bicara dan menunjukkan kaedah yang tepat sewaktu menyampaikan informasi tentang Adat Perpatih. Data kajian ini telah dikumpulkan melalui proses temu bual dengan tokoh-tokoh adat, pemimpin-pemimpin Lembaga Kerapatan Adat Alam Minangkabau (LKAAM), tokoh-tokoh akademik Universiti Andalas dan orang awam. Data kajian ini juga dikumpulkan berdasarkan penelitian terhadap dokumen-dokumen tertentu. Bagi tujuan pembinaan kerangka Adat Perpatih Negeri Sembilan, teras Adat Minangkabau telah diubahsuai melalui proses asimilasi dan disesuaikan dengan Adat Perpatih yang diamalkan dalam konteks di Negeri Sembilan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud masalah-masalah tertentu dalam kalangan masyarakat Adat Perpatih yang boleh menjejaskan kelangsungan adat itu pada masa akan datang. Hasil dapatan kajian juga mendapati bahawa teras Adat Perpatih Negeri Sembilan yang perlu dibina bagi mengatasi masalah yang timbul itu melibatkan beberapa teras utama antaranya berteraskan Islam, kepimpinan dalam Adat Perpatih, persempadanan adat dan wilayah dan kekerabatan matrilineal. Diharapkan keunikan Adat Perpatih yang terdapat di Negeri Sembilan ini dapat menjadi suatu khazanah rujukan dunia yang berharga.

Kata Kunci: Adat Perpatih, Adat Minangkabau, teras utama Adat Perpatih

 

Abstract

The main purpose of this study was to establish a core of Adat Perpatih in Negeri Sembilan. The effort to build this core is crucial as there is not yet a well-established custom core that can be guided by the policy makers and practitioners themselves to explain the Adat Perpatih in Negeri Sembilan. Through this effort, it is expected to re-establish the community's understanding of the custom as previously the Adat Perpatih in Negeri Sembilan are poorly understood and their delivery is based on their individual needs and interests. In addition, the core is expected to function as a corrective tool and provide the right methods for communicating information about Adat Perpatih. The findings of this study were collected through interviews with custom leaders, leaders of the Lembaga Kerapatan Adat Alam Minangkabau (LKAAM), Andalas University academic figures and the public. The data of this study is also collected based on research on specific documents. For the purpose of building the Negeri Sembilan Custom Framework, the Minangkabau custom core has been modified through the assimilation process and adapted to the Adat Perpatih practiced in the context of Negeri Sembilan. The findings show that there are certain problems in the Adat Perpatih community that may affect the sustainability of the custom in the future. The findings of the study also found that the core of the Adat Perpatih Negeri Sembilan to be overcome to address the problems involved several core areas including Islam, leadership in the Adat Perpatih, customary and territorial boundaries and matrilineal kinship. It is hoped that the uniqueness of the Adat Perpatih in Negeri Sembilan can be a valuable world-class reference treasure.

Keywords: Adat Perpatih, Adat Minangkabau, the main patio of Adat Perpatih

References

Dharmawijaya. 1981. Titian Zaman. Kuala Lumpur: Macmillan.

Mohd. Majid Konting. 1998. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norazam Othman. 2007. Discovering meanings from transcribed interviews: discussion on the use of ’content analysis’ (as the primary data collection technique). Proceedings of the 2nd Faculty of Built Environment, hlm. 142-147. Johor Baru.

Norhalim Ibrahim. 1993. Adat Perpatih: Perbezaan Dan Persamaannya Dengan Adat Temenggung. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Norhalim Ibrahim. 1997. Peranan Kepimpinan Dalam Adat Perpatih. Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Sembilan 1: 8-42.

Norhalim Ibrahim. 1998. Sejarah Linggi: Pintu Gerbang Sejarah Pembangunan Negeri Sembilan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Downloads

Published

2019-12-31

Issue

Section

Language & Heritage