STRATEGI PEMILIKAN HARTA TANAH KEDIAMAN OLEH GENERASI KEDUA FELDA (RESIDENTIAL PROPERTY OWNERSHIP STRATEGY BY FELDA SECOND GENERATION)

Authors

  • Azlina Md. Yassin
  • Siti Najwa Bakri

Abstract

Abstrak

Kesukaran untuk memiliki harta tanah kediaman di kalangan mereka yang berpendapatan rendah adalah tinggi, dan tidak terkecuali bagi generasi kedua Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau FELDA. Sebagai alternatif, FELDA dengan kerjasama agensi kerajaan lain telah memperuntukkan projek perumahan mampu milik kepada generasi kedua FELDA di dalam usaha untuk meningkatkan taraf dan kualiti hidup pelapis FELDA. Antara strategi yang dilaksanakan oleh FELDA untuk meningkatkan kadar pemilikan harta tanah kediaman untuk generasi kedua FELDA ialah Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) dan Perumahan Warga FELDA (PWF). Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi mencapai dua objektif utama iaitu mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penerimaan generasi kedua FELDA terhadap strategi pemilikan harta tanah kediaman oleh FELDA serta mengkaji kesan pelaksanaan strategi pemilikan harta tanah kediaman oleh FELDA kepada sosioekonomi generasi kedua FELDA. Dapatan kajian adalah berdasarkan siri temu bual bersama pegawai FELDA serta edaran borang soal selidik kepada 100 orang responden yang terlibat. FELDA Jengka 11, di negeri Pahang telah dipilih sebagai kawasan kajian bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa lokasi yang strategik merupakan faktor penerimaan utama yang mempengaruhi penerimaan generasi kedua FELDA terhadap strategi pemilikan harta tanah kediaman oleh FELDA. Dari sudut sosioekonomi pula, pembangunan perumahan untuk generasi kedua FELDA telah berjaya meningkatkan semangat kejiranan dan meningkatkan aktiviti perniagaan di kawasan kajian, yang akhirnya memberikan impak positif kepada ekonomi penduduk FELDA Jengka 11. Diharapkan supaya hasil kajian ini akan dapat dijadikan panduan kepada pengurusan FELDA untuk mempelbagaikan strategi pemilikan harta tanah kediaman kepada generasi kedua FELDA di dalam usaha meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat FELDA khasnya dan kawasan luar bandar amnya.

Kata Kunci: FELDA, Generasi kedua FELDA, Harta tanah kediaman, Pemilikan

 

Abstract

The difficulty of owning a residential property for those with low income is high, and is no exception for the second generation of Federal Land Development Authority or FELDA. Alternatively, FELDA in collaboration with other government agencies has allocated affordable housing projects to FELDA's second generation as an effort to improve the quality and quality of life of FELDA's future generation. Among the strategies implemented by FELDA to increase residential property ownership rates for the second generation of FELDA are the Perumahan Generasi Baharu FELDA (PGBF) and Perumahan Warga FELDA (PWF). Therefore, this study is conducted to achieve two main objectives; to identify factors affecting FELDA's second generation acceptance of residential property ownership strategy by FELDA as well as to study the impact of FELDA's residential property ownership strategy on FELDA's second generation in socio-economy aspects. The findings were based on a series of interviews with FELDA officers and distribution of questionnaires to 100 respondents involved in this research. FELDA Jengka 11, in the state of Pahang was chosen as the study area to achieve the objectives. The findings show that strategic location is a major acceptance factor affecting FELDA's second generation acceptance of FELDA's residential property ownership strategy. From the socio-economic point of view, the development of housing for FELDA's second generation has succeeded in enhancing the spirit of the neighborhood and raising business activities in the study area, which ultimately has a positive impact on the FELDA Jengka 11 residents. It is hoped that the findings of this study will guide FELDA's management to diversify the residential property ownership strategy to FELDA's second generation in order to improve the social and economic status of the FELDA community and its rural areas.

Keywords: FELDA, FELDA’s Second Generation, Residential property, Ownership

References

Asyilah Abdul Jamal. 2013. Kajian Tahap Kepuasan Generasi Kedua Terhadap Fasiliti yang Disediakan Di FELDA. Kajian Kes: FELDA Inas, Kulaijaya. (Tesis Sarjana Muda, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)

Awang Besar, J, Fauzi, R dan Ghazali, A. S. 2014 . Pembangunan Program Perumahan Rakyat (Ppr): Impak Geopolitik Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Dalam Pilihan Raya Umum 2004, 2008 Dan 2013. Journal Of Social Sciences and Humanities 9(1): 1-23.

BERNAMA. 2012. RM120 Juta Untuk Projek Sentuhan Kasih Bagi Generasi Kedua FELDA Bina Rumah. Berita Harian.

BERNAMA. 2014. Felda Peruntukkan RM32 Juta Bagi Membina 300 Rumah Untuk Generasi Kedua. BERNAMA.

Dewi R. Z. 2013. Makalah Strategi Pembangunan. (Tesis Sarjana Muda, Universiti Negeri Surabaya Indonesia)

Hasnida Samsudin. 2013. FELDA Pemangkin Transformasi: Jabatan Komunikasi Korporat FELDA. Bahagian Penerbitan Dasar Negara.

Majlis Belia FELDA Malaysia MBFM. 2012. Kediaman Sendiri Untuk Generasi Baru FELDA. Kuala Lumpur: FELDA.

Melati Abu Hasssan. 2010. Kajian Terhadap Kualiti Dan Tahap Kepuasan Projek Perumahan Warga FELDA. Kajian Kes: Taman Desa Keratong Indah, Pahang. Johor: Universiti Tun Hessein Onn Malaysia.

Mohamad, R. Noor, S. Tapah, J. Talib, M. Mamat, W. Zulkifli, J. Alias dan N, Yunos. 2014. Rural Land Management in Malaysia: Referring to the Role of Feeral Land Development Authority (FELDA). Bangi: Universiti Kebaangsaan Malaysia.

Noraini Hamzah. 2014. Pembentukan Kerangka Kualiti Pengurusan Pembinaan Projek Perumahan Dalam Mengurangkan Kecacatan Perumahan Teres Baru Siap. (Tesis Doktor Falsafah Universiti Malaya)

Sinar Harian. 2013. Masih Ramai Sabar Menanti Projek Perumahan FELDA. http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/masih-ramai-sabar-menanti-1.220027

Sasaran Kerja FELDA. 2007. Laman Web Rasmi FELDA Malaysia, dicapai melalui www.http://.felda.com.my

Syafiee Shuid. 2010. Low Income Housing Allocation System in Malaysia: managing housing need for the poor.

UTUSAN MALAYSIA (2013) Projek Perumahan FELDA Menggunakan Teknologi IBS bagi pembinaan projek perumahan. Utusan Malaysia, Kuala Lumpur.

Downloads

Issue

Section

Language & Heritage