MENGUNGKAP MAKNA DAN ASPIRASI PEMBANGUNAN DALAM KONTEKS KEMAMPANAN PERSEKITARAN (DEFINING THE DEFINITION AND ASPIRATION OF DEVELOPMENT IN THE CONTEXTS OF ENVIRONMENTAL SUSTAINABLITY)

Authors

  • Haliza Abdul Rahman Associate Professor Department of Environmental and Occupational Health Faculty of Medicine and Health Sciences, Universiti Putra Malaysia

Abstract

Abstrak

Pembangunan merupakan satu proses peradaban yang dicetuskan oleh manusia untuk membina sesebuah peradaban atau mengukuhkan peradaban sedia ada. Pembangunan merupakan sesuatu yang positif jika dirancang dengan teliti dan mengambil kira kesemua impak terhadap masyarakat dan alam sekitar, namun boleh mendatangkan kesan negatif jika proses pembangunan berlaku dengan pesat tanpa kawalan. Pembangunan ialah agenda utama setiap negara, justeru, semenjak manusia ‘bertamadun’ mereka telah mengejar pembangunan dalam kadar yang amat pesat sekali. Namun, arus pembangunan dunia hari ini juga terbukti telah banyak menimbulkan masalah dan telah tidak dapat menyelesaikan pelbagai masalah komuniti dunia. Pengalaman telah membuktikan bahawa aspek-aspek bukan ekonomi perlu dititikberatkan apabila rancangan pembangunan hendak dirancang. Jika tidak, walaupun terdapat pertumbuhan ekonomi, kekacauan sosial dan pembangunan yang tidak adil akan berlaku dan pelbagai masalah/isu akan timbul. Aktiviti pembangunan tidak dapat dielak tetapi apa yang mungkin boleh dilakukan ialah cuba mengurangkan tahap perubahan ciri semula jadi ataupun memastikan pengubahsuaian yang dilakukan terhadap sistem semula jadi tidak menimbulkan gangguan yang ketara terhadap alam sekitar. Maka, penerapan konsep pembangunan mampan telah menjadi satu keperluan untuk dilaksanakan serta menjadi mandatori dalam semua projek pembangunan yang dijalankan agar segala permasalahan yang berkait dengan pembangunan dan alam sekitar dapat diminimumkan.

Kata kunci: Pembangunan, permasalahan, impak negatif, alam sekitar, pembangunan mampan

 

Abstract

Development is a civilization process created by humans to build a civilization or strengthen existing civilizations. Development is beneficial if carefully planned and takes into account all the impacts on society and the environment but can have a negative impact if the development process takes place without any control. Development is the main agenda of each country, therefore, since 'civilized' people have pursued development in a very rapid pace. However, today's world development trend has also proven to have caused a lot of problems and has not been able to solve the problems of the world community. Experience has proven that non-economic aspects need to be emphasized when development plans are to be planned. Otherwise, despite economic growth, social disorder and unfair development will occur and various problems / issues will arise. Development activities are unavoidable but what can be done is to try to reduce the level of natural feature changes or to make sure that modifications made to the natural system do not cause significant disruption to the environment. Thus, the application of the concept of sustainable development has become a necessity to be implemented as well as mandatory in all development projects undertaken to minimize any development-related issues and the environment.

Keywords: Development, problems, negative impact, environment, sustainable development

 

References

Abdullah Mohamad Said. 1999. Pengurusan Sumber Dan Alam Sekitar. Shah Alam: Institut Teknologi MARA.

Ahris Yaakup, Susilawati Sulaiman dan Nursyahida Juhari. 2008. Perancangan bandar lestari. Dlm. Ekosistem Bandar Perindustrian, disunting oleh Jamaluddin Md. Jahi, Kadaruddin Aiyub, Kadir Srifin, Muhammad Rizal Razman, Azahan Awang, Abdul Samad hadi, Abdul Hadi Harman Shah dan Laily Din. Bangi: Pusat Pengajian Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bell, S. dan Moore, S. 2008. Sustainability indicators: Measuring immeasurable? United Kingdom: Earthscan.

Chamhuri Siwar. 1998. Kemiskinan bandar dan sektor tidak formal. Dlm. Pembangunan Sosial dan Ekonomi di Malaysia, disunting oleh Mohd Razali Agus dan Fashbir Noor Sidin. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Dani Salleh dan Abdul Rahman Aziz. 2003. Asas Kefahaman Pengurusan Pembangunan. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Davies, N. 1997. Europe: A History. London: Pimlico.

Faizah Yunus, Nuuraulia Md Isa dan Salamatussaadah Abd Ghafur. 2015. Bantuan kebajikan dan pembangunan komuniti.Dlm Perancangan dan Pembangunan Komuniti, disunting oleh Zakiyah Jamaluddin. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Gellner, E. 1983. Nations and Nationalism. New York: Cornell University.

Goulet, D. 1971. The Cruel Choice. New York: Atheneum.

Hagen. 1978. The Economic of Development. Ontario: Homewood Irwin Rosey.

Haliza Abdul Rahman. 2007. Hubungan manusia dan alam sekitar: Di manakah titik kemampanannya? Kertas kerja dibentangkan dalam International Conference of Social Sciences and Humanities (ICOSH07), Universiti Kebangsaan Malaysia. 13-15 Mac.

Ishak Shari. 2000. Globalisasi dan implikasinya terhadap pembangunan dan perancangan. Dlm. Globalisasi: Implikasi dan Cabaran, disunting oleh Lukman Z. Mohamad, Mohd Yusof Hussain dan Nor Azizan Idris. Bangi: Fakulti Sains Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jamaluddin Md Jahi. 1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Katiman Rostam. 1988. Pengantar Geografi Bandar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Meier, G.M 1960. Leading Issues in Development Economics. New York: Oxford University.

Mohaini Tajuddin. 1989. Teori Ekonomi Alam Sekitar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhammad Fadhil Nurdin. 2015. Pendekatan perlaksanaan pembangunan komuniti. Dlm Perancangan dan Pembangunan Komuniti, disunting oeh Zakiyah Jamaluddin. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Munck, R. 1994. Democracy and development: Deconstruction and debates. Dlm. Capitalism and Development, disunting oleh Sklair, L. London: Routledge.

Nor Aini Haji Idris. 1998. Ketua isi rumah warga tua miskin bandar: Kajian kes di bandar-bandar terpilih. Dlm. Dlm. Pembangunan Sosial dan Ekonomi di Malaysia, disunting oleh Mohd Razali Agus dan Fashbir Noor Sidin. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Rohana Yusof. 2003. Modenisasi dalam konteks pembangunan. Dlm. Asas Kefahaman Pengurusan Pembangunan, disunting oleh Dani Salleh dan Abdul Rahman Aziz. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Sham Sani. 1993. Alam sekitar dan pembangunan berterusan di Malaysia: Cabaran bagi dekad 1990-an. Dlm. Alam Sekitar dan pengurusannya di Malaysia, disunting oleh Sham Sani, Abdul Samad Hadi dan Jamaluddin Md. Jahi. Bangi: UNESCO/Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Sham Sani dan Abdul Samad Hadi. 1990. Pembangunan dan perubahan alam sekitar: Satu tinjauan dari segi masa. Dlm. Pembangunan dan Alam Sekitar di Malaysia, disunting oleh Sham Sani dan Abdul Samad Hadi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shamsul Amri Baharuddin. 2000. Projek pembangunan kepada projek globalisasi: Tercabarnya budaya merancang. Dlm. Globalisasi: Implikasi dan Cabaran, disunting oleh Lukman Z. Mohamad, Mohd Yusof Hussain dan Nor Azizan Idris. Bangi: Fakulti Sains Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Smith, A. 1978. An inquiry into the nature and causes of wealth of nations. New York: Modern Library.

Yaacob Harun. 1991. Keluarga Melayu bandar: Satu analisis perubahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zakiyah Jamaluddin. 2003. Implikasi proses pembandaran di Malaysia. Dlm. Asas Kefahaman Pengurusan Pembangunan, disunting oleh Dani Salleh dan Abdul Rahman Aziz. Sintok: Universiti Utara Malaysia.

Zakri, A.H. 1997. Kepelbagaian biologi biak baka tumbuhan dan bioteknologi: Implikasi kepada dunia selatan. Dlm. Kepelbagaian Biologi: Implikasi Kepada Malaysia, disunting oleh Mohd Nordin Hassan, Abdul Latiff Mohamed dan Zakri Abdul Hamid. Bangi: Fakulti Sains Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Downloads

Published

2018-06-29

Issue

Section

Language & Heritage