NASKHAH MANTRA GAJAH DALAM SEJARAH SOSIOBUDAYA MASYARAKAT MELAYU (MANTRA GAJAH IN SOCIOCULTURAL HISTORY OF MALAY SOCIETY)

Authors

  • Nurul Izzati Mustafa Graduate Student, Department of History, Faculty of Human Sciences, UPSI, Tanjong Malim, Perak
  • Adnan Jusoh Associate Professor Department of History, Faculty of Human Sciences, UPSI, Tanjong Malim, Perak

Abstract

Abstrak

Satu keunikan dalam latar kehidupan masyarakat Melayu adalah keeratan dan kesaling bergantungan hidup dengan elemen semula jadi yang melibatkan flora dan fauna. Salah satu spesies fauna yang sering menjadi pelopor dan sering dinyatakan dalam mewarnai kehidupan masyarakat Melayu menerusi pelbagai aspek adalah gajah. Dalam tradisi masyarakat Melayu gajah membawa pengertian yang sangat besar merangkumi soal falsafah, arkeologi, sejarah dan tidak ketinggalan sosiobudaya. Pengertian terhadap gajah ini membawa kepada kegunaan gajah sama ada secara fizikal atau secara maknawi dalam kehidupan masyarakat Melayu. Makalah ini sebenarnya cuba mengangkat naskhah Mantra Gajah yang banyak membicarakan tentang hal-hal yang berkait dengan gajah serta ilmu yang terkandung di dalamnya. Kajian terhadap karya persejarahan Melayu lazimnya memfokuskan kepada hal ehwal politik istana dan para pemerintah, namun dalam naskhah Mantra Gajah perihal mengenai haiwan yang diketengahkan. Hal ini bermakna gajah mempunyai satu kedudukan yang istimewa serta sering mendapat jolokan sebagai ‘haiwan elit’ lantaran memiliki peranan yang besar terutama kepada golongan raja-raja, para pemerintah dan golongan pembesar. Sifat naskhah ini yang mengandungi ilmu yang berkait dengan gajah mewujudkan satu tradisi dan fahaman baru dalam sejarah sosiobudaya masyarakat Melayu. Dalam mengkonstruksikan pemahaman tersebut, makalah ini cuba untuk memberi tumpuan kepada dua perkara yang paling asas iaitu peranan gajah yang sangat penting dalam kehidupan masyarakat Melayu sehingga membolehkan naskhah Mantra Gajah ini diwujudkan, dan kedua berkaitan dengan bagaimana naskhah Mantra Gajah telah membantu membolehkan perbincangan mengenai sejarah sosiobudaya ini diwujudkan serta dimanfaatkan sebagai sumber sejarah. 

Kata Kunci: Mantera Gajah, Naskhah, Masyarakat Melayu, Sejarah, Sosiobudaya

 

Abstract

Uniqueness in Malay society existence background is strength and interdependence life with natural element that involves flora and fauna. One of the fauna species which often becoming pioneer and often stated in colouring Malay society's life through various aspects is elephant. In Malay society tradition, elephant bring huge impact include philosophy, archaeology, history and are not left behind sociocultural. Understanding of elephant lead to the usage of elephant either physically or by implication in Malay society existence. This article is trying to lift up “Mantra Gajah†manuscript that talk a lot about things that relate to the elephant and the knowledge behind it. Study towards Malay historiography work usually focuses on political affairs of the palace and the government; differ with “Mantra Gajah†that featured about elephant. This means that elephants have a special position and is often dubbed as the 'elite animals' because it has a big role especially to the kings, the rulers and the officials. The nature of this manuscript containing the sciences related to the elephant creates a new understanding of tradition and cultural history of the Malay society. In constructing this understanding, this article tries to focus on the two basic things which are the role of elephant that very important in Malay society existence that allows “Mantra Gajah†manuscript was created, and second relates to how the “Mantra Gajah†manuscript has helped to enable discussions on socio-cultural history was created been used as historical sources.

Keywords: Mantra Gajah, Malay Society, History, Socio-cultural

References

B.A.T. 1298/1936

SUK. KELANTAN. 184/1941

SUK. SELANGOR: G. 170/1933

SUK. SELANGOR: G. 594/1936

SUK. SELANGOR: 1340/1922

SUK. PAHANG C.F.No 294/15

Surat Persendirian (SP) Tan Sri Zainal Abidin bin Ahmad (Zaabda). Seloka kuda gajah, unta. Dlm. Pohon Pelajaran, 1916.

“Malay Potentates Marries Five Sonâ€. The St. Paul Globe, (St. Paul, Minn.) 2 October 1904

Ahmad Jelani Halimi. 2006. Perdagangan dan perkapalan Melayu di Selat Melaka, Abad ke-15 hingga Abad ke-18. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Azharuddin Mohamed Dali. 2014. Gajah dalam masyarakat Melayu: Penelitian berdasarkan Mantra Gajah. Kertas Kerja Siri Seminar Bulanan Naskhah Melayu.

Azharuddin Mohd Dali. 2013. “Gajah dalam sosio-ekonomi Tanah Melayu Sebelum Merdeka†Dlm. Abdullah Zakaria Ghazali & Zuliskandar Ramli (ed.). Panji Pendeta. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM dan Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia.

Charles Shuttleworth. 1963. Hutan rimba (Safaris in the Malayan Jungle). Singapore: Malayan Publications.

Farahdina Abd Manaf, Norsiah Sulaiman & Huzaimah Ismail. 2013. Perubatan tradisional Melayu: Khazanah yang terpelihara. Seminar serantau kajian manuskrip Melayu dan kearifan tempatan. E-Prosiding.

Fatan Hamamah Hj Yahya. 2003. Potensi Tumbuh-tumbuhan sebagai ubat-ubatan. Jurnal e-Sumber. Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia

Jelani Harun. 2011. Umpama sebuah bahtera kajian naskhah Melayu Sejarah Kesultanan Negeri Perak. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia

Kathleen Clark, “Pinto and lock in Kedahâ€, Malaysia in history. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia

Kobkua Suwannathat–Pian. 1997. Asia Tenggara, hubungan tradisional serantau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

M.Wan Zahari, R. Mohd. Hamim & A. Abdul Rahman. 2012. Hubungan manusia dengan haiwan dalam aspek makanan dan kesihatan manusia. Seminar kebangsaan warisan perubatan. Universiti Malaysia Kelantan, Kampus Bachok, 26-27 Disember.

Mohd Mahyeddin Mohd Salleh, Mohammad Aizat Jamaludin, Nurdeng Deuraseh, Mohd Anuar Ramli & Irwan Subri. 2013. Penggunaan Tanduk dalam perubatan menurut perspektif syarak. 2013. Seminar Antarabangsa Usul Fiqh. 24 Oktober.

Mohd Zamberi A. Malek. 2001. Larut Daerah Terkaya. Bangi: Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia

Muhammad Haji Salleh. 2009. Sulalat al-Salatin ya’ni Pertuturan Segala Raja-raja (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Muhammad Hassan Muhammad Arshad, Dato’Kerani. 1988. Al Tarikh Salasilah Negeri Kedah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mujarabat Melayu. 1882. Terjemahan. Pulau Pinang: Maktab wa Matba’ah Darul Muarif

Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman. 1998. Early History. Singapore. Archipelago Press

Prisma Yustana. 2011. Gajah dalam terakota Majapahit. Jurnal Dewa Ruci. Vol.7 No.1, Julai.

Sabri bin Lateh. 1989. “Sejarah kesenian celung gajah†Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil. 1.

Siti Hawa Haji Salleh. 1992. Hikayat Patani. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Syed Hashim bin Syed Abdul Rahman. 2017. Kosmologi Kitab Tib Melayu: Satu Pengahayatan Awal. Seminar Sains dan Teknologi Malayonesia. Anjuran Laboriti Etnomatematik dan Didaktik, Institut Penyelidikan Matematik UPM, Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI), 21 Januari.

Zahari A. Rashid. 2008. Kenang-kenangan Abdullah Munsyi. Selangor: IBS BUKU Sdn. Bhd.

Downloads

Published

2018-09-01

Issue

Section

Archaeology & History