Faktor-faktor yang mempengaruhi psikososial pesakit kanak-kanak Talasemia.

Authors

  • Azimatun Noor Aizuddin Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Zunianfih Sain Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Psikososial, PedsQL, Kanak-kanak Talasemia, Talasemia Major

Abstract

Penyakit talasemia merupakan masalah kesihatan yang berat kerana ia memberi beban psikososial bukan sahaja terhadap pengidapnya malah ekosistem pengidap juga turut terganggu. Antara kesukaran yang terpaksa dihadapi oleh pesakit adalah masalah psikososial terutamanya dalam proses perkembangan dan pertumbuhan pesakit. Oleh itu, kajian ini mengkaji apakah faktor-faktor yang boleh mempengaruhi psikososial pesakit Talasemia. Satu kajian irisan lintang telah dijalankan terhadap 161 orang pesakit kanak-kanak Talasemia Major di Hospital Wanita dan Kanak-kanak, Likas dan Hospital Daerah Keningau, Sabah pada Februari hingga April 2013. Soal selidik PedsQL 4.0 Generic Core Scale dan Social Support yang telah divalidasi telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan min skor psikososial keseluruhan adalah 68.50 (SP 15.18) dengan min skor psikososial fungsi persekolahan yang terendah iaitu 58.38 (SP 17.82). Faktor yang didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan psikososial keseluruhan adalah faktor sokongan sosial daripada ibu bapa, rakan karib, rakan sekelas dan guru. Manakala, faktor yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan psikososial fungsi emosi adalah faktor jantina. Hasil analisa multivariate regresi linear menunjukkan bahawa faktor sokongan sosial daripada rakan sekelas merupakan faktor yang signifikan mempengaruhi psikososial pesakit kanak-kanak Talasemia Major. Kesimpulannya, faktor sokongan sosial terutamanya daripada rakan sebaya adalah amat penting dalam mempengaruhi psikososial pesakit kanak-kanak Talasemia Major dalam  mengharungi kefungsian hidup mereka seperti kanak-kanak normal yang lain.

References

Abdul Wahab, J., Naznin, M., Nora, M.Z., Suzanah, A.R., Zulaiha, M., Aidil Faszrul, A.R. & Kamaruzaman, W.S. Thalasseamia: A Study on The Perception of Patient and Family Members. Medical Journal Malaysia. 2011. 66(4): 326-334.

Adriana Ismail,. Micheal, J.C., Hishamshah, M. I. & Georgina, L.J. Health Related Quality of Life in Malaysia Children With Thalasseamia. Health Quality Life Outcomes. 2006. 4: 39

Amal M Ei Dakhakhany, Mervat, A., Samah, E & Fawzia, N. Quality of Life of School Age Thalassemia Children at Zagazig City. Journal of American Science. 2011. 7(1)

Atika, K., Sudha, K. & Marwaha, R.K. Psychosocial Burden in Thalassemia. Indian Journal of pediatrics. 2006. (73): 877-880.

Bradley, M. Emotions differences between men and women. t.th. http://www.healthguidance.org/entry/13971/1/Emotions-Differences-Between-Men-and-Women.html [30 April 2013].

Huda, G., Basil, H., Amameh, Suzan, Z., Zamzam. The Psychological Burden of Patient With Beta Thalassemia Major in Syria. Japan Pediatric Society. 2009. 51:630-636.

Jenifer, J., Maznah, D., Hishamsha, M.I. The Quality of Life in Tranfusion Dependent Thalassemia Patients on Iron Chelation Treatment. 2010. http://intra.hukm.ukm.my [10 April 2013].

Luigi, M., Laura, B., Francesca, A., Maria, A.R. & Domenico, M. Emotion Impact β-Thalasseamia Major Children Following Cognitive-Behavioural Family Therapy and Quality of Life of Caregiving Mothers. Clinical practice and epidemiology in mental health. 2009. 5:5.

Mindence, K & Elander,J. Sicklee Cell Disease, A Psychosocial Approach. New York: Radcliffe Medical Press Ltd. 1994.

Mohd Makzan M. Psikologi Sosial. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. 2001.

Mourjani, J.d. & Issac, C. Neurotic Manisfestations in Adolescents with Thalassemia Major. Indian Journal of Pediatrics. 2006. 73-2006.

Sarson, I.G., Levine, H.M., Bashman, R.B, et al. Assessing Social Support : The Social Support Questionnaire. Journal of Personality And Social Psychology. 1983. 44:127-139

Shalingram, D., Girimaji, S.C, Chaturvedi, S.K. Psychological Problem & Quality of Life in Children with Thalassemia. Indian Journal of Pediatrics. 2007. 74-2007.

Syed Ali Ammad., Syed Muhammad Mubeen., Syed Faraz U1 Hassan Shah., Salman, M. Parent’s Opinion of Quality of Life (QOL) in Pakistan Thalassemia Children. Journal of the Pakistan Medical Association. 2011. 61:470.

Varni, J.W., Burwinkle, T.M., Katz, E.R., Meeske, K. & Dickinson, P. The PedsQL Measurement Model for the Pediatric Quality of Life Inventory. 1998. http://www.pedsql.org/about_pedsql.html [ 20 Disember 2011]

Downloads

Published

2019-03-31

How to Cite

Aizuddin, A. N., & Sain, Z. (2019). Faktor-faktor yang mempengaruhi psikososial pesakit kanak-kanak Talasemia. International Journal of Public Health Research, 9(1), 1090–1099. Retrieved from https://spaj.ukm.my/ijphr/index.php/ijphr/article/view/231