ANALISIS AWAL PEMILIHAN JODOH KAUM LELAKI DI KOTA BHARU, KELANTAN

  • Abdul Munir Ismail Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Muhamad AR Fakulti Tarbiyah, Universiti Islam Ar-Raniry

Abstract

Kajian ini membincangkan tentang kaedah pilih jodohberpandukan saranan Rasulullah SAW agar memilih pasangan berasaskan kekayaan, keturunan, kecantikan dan agama. Baginda menganjurkan umatnya memilih calon isteri memiliki pegangan agama yang mantap bagi mewujudkan rumahtangga yang bahagia. Ada pun kekurangan rupa, harta dan keturunan itu akan disempurnakan oleh agama. Kemuliaan seseorang wanita dapat dinilai melalui aspek nilai agama yang diamalkan dalam kehidupannya. Oleh kerana itu, aspek agama menjadi keutamaan dalam membuat pemilihan pasangan hidup sebagaimana yang dianjurkan oleh Baginda SAW di dalam hadith yang bermaksud : Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara: kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan. Hasil kajian mendapati majoriti masyarakat berminat  memilih sendiri calon pasangan hidup berbanding jodoh ditentukan oleh ibu bapa. Dari aspek agama pada seseorang wanita menjadi keutamaan bagi masyarakat masa kini diikuti oleh aspek sifat-sifat keibuan, kecantikan, keturunan, taraf pendidikan, kehidupan bermasyarakat, harta, kenegerian dan yang terakhir adalah status seseorang wanita tersebut. Responden  percaya bahawa pemilihan calon isteri akan memberi kesan terhadap kerukunan rumahtangga.

Kata kunci : jodoh, agama, rumahtangga, bahagia.

Author Biographies

Abdul Munir Ismail, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Fakulti Sains Kemanusiaan, Jabatan Pengajian Islam,
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak

Muhamad AR, Fakulti Tarbiyah, Universiti Islam Ar-Raniry

Fakulti Tarbiyah, Universiti Islam Ar-Raniry,
Banda Aceh, Indonesia

References

Al-Quran al-Karim.

Abd. Jalil Bin Mohd Hassan, (1993). Perkahwinan Dalam Islam. Kuala Lumpur, Penerbit A.S.Noordeen.

Abdul Munir Ismail (2014). Dakwah Suatu Tuntutan Dalam Islam, Tanjong Malim, Penerbit UPSI.

Abdul Raof Dalip, (1995). Syarat-Syarat Nikah Menurut Islam: Memilih Jodoh. Selangor: Percetakan Pustaka Jaya.

Hidayatullah Mohd. Syarif Aziz, (2006). Dara dan Teruna, Kuala Lumpur: Darul Nu’man.

Ibnu Hajar Al-Asqalani, Al-Imam Al-Hafizh. (2008). Fathul Bari (Amiruddin. Terjemah) Jakarta: Jld. 25, Pustaka Azzam.

Juriah Dakir. (1996) Asas Pembentukan Keluarga Islam Menurut Perspektif Al-Quran dan As-Sunnah. Jurnal Islamiyyat, Jilid 17.

Mustafa Daud (1989). Institusi Kekeluargaan Islam. Kuala Lumpur, Kementerian Pendidikan Malaysia: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kamaluddin Abi Al-Baqa’ Muhammad bin Musa bin Isa Al-Damiriy (2004). Al-Najmu Al Wahhaj Fi Syarh Al-Minhaj. Jil 7. Penerbit Jami’ Al-Huquq Mahfudzah.

Muhamad Ali Al-Hasyimi, (1997). Jati Diri Wanita Muslimah. Jakarta: Pustaka Al- Kautsar.

Muhammad Ali Quthb, (2008). Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam. Selangor: Pustaka Haji Abdul Majid Sdn. Bhd.

Muhammad Nasiruddin Al-Albani, (1997). Dhaif Sahih Sunan Ibnu Majah Lil Imam Al- Hafiz Abi Abdillah Muhammad Bin Yazid Al Qazwini, Jilid 2. Riyad: Maktabah Al-Ma’arif Lil Al-Nasyr Wa Al-Tauzi’.

Muhammad Nasruddin Al-Albani, (2002). Sahih Sunan Abi Daud, Juz 6. Kuwait: Pencetakan dan Penerbitan Yayasan Gharas. Hal 287.

Mustafa Daud, (1995). Perkahwinan Menurut Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication And Distributor.

Rahman dan Aishah, (2002). Rahsia Kebahagiaan Suami Isteri. Kuala Lumpur: Progressive Publishing House Sdn. Bhd.

Salim Basyarahil, (2005).Tuntunan Pernikahan Dan Perkawinan. (Abdul Aziz Salim Basyarahil, Terjemah). Jakarta: Gema Insani.

Shaleh Ghonim As-Sadlani, (1993). Nusyuz Konflik Suami Isteri Dan Penyelesaiannya. (Muhammad Abdul Ghaffar & Amir Hamzah Fachruddin, Terjemah). Jakarta: Pustaka Al-Kautsar.

Syeikh Ali Hassan, (1991). Munakahat Membahas Soal-Soal Perkahwinan Dan Rumahtangga. Kuala Lumpur: Penerbitan Kintan Sn Bhd.

Wahbah al-Zuhaily, (1989). Al-Fiqh wa Adillatuhu, Syiria, Juz VII. Dar al-Fikr: Damsyiq.

Published
2017-07-30
How to Cite
Ismail, A. M., & AR, M. (2017). ANALISIS AWAL PEMILIHAN JODOH KAUM LELAKI DI KOTA BHARU, KELANTAN. Al-Hikmah, 9(1), 3-24. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/143
Section
Articles