PROGRAM KOREKSI BERASASKAN ISLAM MELALUI PROGRAM HALAQAH SEBAGAI MEDIUM DAKWAH KEPADA BANDUAN DI PENJARA KAJANG

  • Khairul Hamimah Mohammad Jodi Fakulti Sains Gunaan, Open University Malaysia
  • Syaidatun Nazirah Abu Zahrin Institut Islam Hadhari Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Hadenan Towpek Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM
  • Nurul Husna Mansor Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Abstract

Asas kewujudan sesebuah institusi penjara adalah berperanan sebagai pusat koreksi terhadap penghuninya tanpa mengira jantina. Oleh itu, kajian ini cuba mendekati institusi penjara dengan mengkhusus kepada mengenal pasti program koreksi berasaskan Islam melalui modul program Halaqah Penjara Kajang sebagai medium dakwah. Program Halaqah merupakan suatu pendekatan bagi merawat dan memulihkan penghuni institusi ini supaya mendapat peluang dan ruang untuk merubah diri daripada berakhlak mazmumah beralih kepada akhlak mahmudah. Untuk itu, kajian bersifat kajian lapangan ini menjadikan Penjara Wanita Kajang Selangor sebagai premis kajian. Responden yang dipilih dengan kaedah pensampelan bola salji merupakan kumpulan fokus yang terdiri daripada lima orang berumur 21 hingga 50 tahun. Mereka terlibat dengan program Halaqah selama enam bulan dan ke atas. Kaedah temu bual digunakan bagi mendapatkan data kajian di samping kaedah pemerhatian. Data yang diperoleh dianalisis secara analisis kandungan bertema di mana pengasingan data dilakukan berdasarkan kepada tema-tema tertentu, iaitu pengetahuan akidah, fekah, sirah, akhlak, al-Quran dan hadith. Hasil kajian menunjukkan kurangnya pengetahuan agama menyebabkan mereka terjebak dalam masalah sosial ini. Faktor-faktor lain meliputi ketidakstabilan sosio-ekonomi dan tekanan gaya hidup moden. Kajian ini juga mendapati Program Halaqah sebagai rawatan teras bagi banduanita beragama Islam berjaya mencapai objektifnya iaitu sebagai medium dakwah mendorong banduan berbuat baik dan berubah menjadi insan mulia. Secara tidak langsung program ini menjadi pemangkin kepada mereka berbuat perkara makruf dan mencegah daripada melakukan perbuatan mungkar. Kejayaan Program ini berteraskan lima modul iaitu modul akidah bagi menanam rasa kebertuhanan (God-consciousness); modul fekah yang menekankan solat sebagai sumber ketenangan; modul al-Quran sebagai prasyarat melakukan ibadat; modul hadith bagi menyuburkan rasa bertanggungjawab atas setiap apa yang dilakukan; dan modul sirah dan akhlak menyasarkan sirah Nabi Muhammad SAW dan kisah Sayidina Abu Bakar RA dan Sayidina Umar al-Khattab RA sebagai panduan dalam menghadapi kehidupan walau apa rintangan sekalipun.

Kata kunci: Program Koreksi Berasaskan Islam; Banduanita Penjara; Medium Dakwah; Program Halaqah

References

Al-Qur’an Al-Karim.

Ab. Aziz Mohd. Zin. 2005. Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 126.

Ab. Aziz Mohd Zin, Nor Raudah Siren, Yusmini Md Yusoff, Faridah Mohd. Sairi & Mohd Anwarulhaq Sulaiman. 2006. Dakwah Islam Semasa, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 74-75.

Abdul Halim Ahmad Tajuddin. 2004. Wanita Penggerak Pembangunan Negara. Kuala Lumpur: Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, 3.

Abdul Karim Zaydan. 1976. Usul al-Da’wah. Al-Manar, 404.

Ahmad Munawar Ismail. 2012. ‘Aqidah As a Basis of Social Tolerance: The Malaysian Experience’, International Journal of Islamic Thought, Vol. 1, 1.

Asmawati Suhid. 2005. ‘Kerelevanan Pendidikan Nilai dan Agama dalam Pembentukan Masyarakat Madani’, Jurnal Pendidikan Islam, Jil. 11 (2), 69-82.

Asmawati Suhid. 2007. ‘Pengajaran Adab dan Akhlak Islam dalam Membangunkan Modal Insan’, MALIM: Jurnal Pengajian Umum Asia Tenggara, Bil. 8, 169.

Asming Yalawae & Ahmad Farid Ibrahim. 2007. Akhlak Warisan Rasulullah S.A.W. Membawa Kemuliaan Umat, Jurnal Usuluddin, Bil. 26, 71.

al-Bukhari, Sahih Bukhari, Bab Fadl Solat al-Jama‘ah, Juz 3, h. 34, no. hadis: 609, Maktabah Shamilah.

al-Bukhari, Sahih Bukhari, Bab Ittiba’ al-Janaiz min al-Iman, Juz. 1, h. 82, no. hadis: 45, Maktabah Shamilah.

al-Bukhari, Sahih Bukhari, Bab Qawl al-Nabi SAW, Juz 20, h. 130, no. hadis: 6004, Maktabah Shamilah.

Bani ‘Amir, Muhammad Amin Hassan. 2011. Dirasat fi al-Da’wah al-Islamiyyah wa Manahij al-Du’at: Wasail wa Asalib, ‘Amman, Jordan: Dar ‘Imad al-Din, 11-12.

Che Zarina Saari & Joni Tamkin bin Borhan. 2006. Peranan Wanita Dalam Pengukuhan Akidah Umat Islam, Jurnal Usuluddin, Bil. 23-24, 185-198.

Che Zarrina Sa’ari & Joni Tamkin Borhan. 2003. Al-Qur‘an: The Miracle of the Miracles, al-Bayan Journal of Al-Quran & Al-Hadith, Bil. 1, 44,50.

Corcoran, Jacqueline & Nicholas, A. 2004. Risk and Resilience Ecological Framework for Assessment and Goal Formulation, Child and Adolescent Social Work Journal, Vol. 21, issue 3, 211-212.

Danial Zainal Abidin. 2009. Perubatan Islam dan Bukti Sains Moden. Kuala Lumpur: PTS Millennia Sdn Bhd.

Dzuhailmi Dahalan, Turiman Suandi, Mohamad Rezal Hamzah, Jegak Uli, Jamilah Othman, Nobaya Ahmad & Nor Azliza Wanis Abdullah. 2012. Komuniti Nelayan Muslim: Analisis Kepentingan Dari Sudut Kehidupan Beragama, Malaysia Journal of Society and Space, Bil. 8 (3), 45.

Fatimah Ibrahim, Wan Abu Bakar Wan Abas & Ng Siew Cheok . 2008. Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Fazilah Idris, Nur Riza Mohd Suradi, Siti Syaznira Muhamad, Khairul Anwar Mastor, Hasnan Kasan & Khalim Zainal . 2012. Influence of Ritual Behavior on Religious Delinquent Behavior Among Youth: A Path Analysis Approach, Procedia – Social and Behavioral Sciences, Vol. 59, 51.

Howitt, Dennis & Cramer, Duncan. 2008. Introduction to Research Methods in Psychology, Harlow: Pearson.

Jabatan Penjara Malaysia, t.t. Pelan Pembangunan Insan, Pamplet, Jabatan Penjara Malaysia.

Jabatan Penjara Malaysia. t.t.a. Pelan Pembangunan Insan Pamplet, Jabatan Penjara Malaysia.

Jabatan Penjara Malaysia. t.t.b. Program Halaqah Fasa II-Pengukuhan Sahsiah, Bahagian Pemulihan dan Rawatan Jabatan Penjara Malaysia, iii.

Kamus Dewan, 2005, Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 823

al-Krenawi & Graham, JR. 2000. Islamic Theology and Prayer-Relevance for Social Work Practice, International Social Work, Vol. 43, issue 3, 289.

Keshavarz, S. 2010. Quran Point of View on Dimension of Reflection and its Indications in Education System, Procedia Social and Behavioral Sciences, Vol. 9, 1814.

Khairul Hamimah Mohammad Jodi. 2006. Masalah Akhlak dan Hubungannya Dengan Akidah di Kalangan Pelajar Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR) Cawangan Kuala Lumpur. Disertasi Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Khalif Muammar. 2009. Faktor Kegemilangan Tamadun Islam: Pengajaran Dari Masa Lalu, Jurnal Islam Hadhari, Bil. 2, 15.

Kitab Sya‘b al-Iman, bab al-hathth ‘ala tark al-ghall wa al-hasad, Juz 9, h. 12, no. hadis: 6188, Maktabah Syamilah.

Mohd Faisal Mohamed, Zawawi Ismail, Rahimi Md Saad. 2008. Celik al-Quran: Cabaran dan Realiti dalam Pendidikan Islam di Sekolah, Masalah Pendidikan, 31(1).

Muhammad al-Ghazali. 2005. Ma’a Allah: Dirasat fi al-Da’wah wa al-Du’at, cet. 6, Misr: Nahdhah, 13.

Nor Azah Abdul Aziz & Syakirah Samsudin. 2008. The Computerized of the Bodily Movement and Blood Circulation System During the Performance of Obligatory Prayers’, Prosiding International Seminar on Islamic Science & Technology INSIST’08, anjuran Space UTM School of Professional and Continuing Education Universiti Teknologi Malaysia dan Center for Islamic Studies and Social Development, Universiti Teknologi Malaysia, 18-19 Mac.

Nor Azah Abdul Aziz. 2011. Kaedah Menangani Stress Dengan Solat, Journal of Islamic and Arabic Education, 3(2), 6.

Ra’uf Shalabi. 1982. Sikulugiyah al-Ra’i wa al-Da’wah, Kuwait: Dar al-Qalam, 49.

Siti Fatimah Abdul Rahman. 1999. Pembangunan wanita di Malaysia dari perspektif Islam, Seminar Kebangsaan Pemartabatan Wanita di Malaysia (18-19 Ogos 1999: Kuala Lumpur).

Suraiya Ishak. 2011. Model Kepimpinan Etika Berlandas Sirah Nabi Muhammad S.A.W’, Jurnal Hadhari, 3 (2), 31.

Al-Turmudhi, Abu ‘Isa Muhammad ibn ‘Isa al-Sulamī, Sunan Turmudhi, Bab Fi Fadl al-Tawbah wa al Istighfar wa ma, Juz 11, h. 448, no. hadis: 3463. Maktabah Shamilah.

Zainal Abidin Safarwan. 1995. Kamus Besar Bahasa Merlayu Utusan, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distribution Sdn. Bhd. 934.

How to Cite
Mohammad Jodi, K. H., Abu Zahrin, S. N., Towpek, H., & Mansor, N. H. (1). PROGRAM KOREKSI BERASASKAN ISLAM MELALUI PROGRAM HALAQAH SEBAGAI MEDIUM DAKWAH KEPADA BANDUAN DI PENJARA KAJANG. Al-Hikmah, 7(2), 3-22. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/154
Section
Articles