Cabaran Wanita Saudara Baru Bekerjaya Di Daerah Sabak Bernam

  • Anuar Puteh Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Abdul Ghafar Don
  • Badlihisham Mohd. Nasir
  • Razaleigh Muhamat @ Kawangit
  • Muhamad Faisal Ash'aari
  • Zarinah Sezali

Abstract

Bekerjaya bagi seseorang wanita sangat mencabar kerana ia terpaksa memikul tanggungjawab yang sama berat di tempat kerja dan juga di rumah. Cabaran ini disebabkan sifat semula jadi wanita itu yang lemah tetapi bebani oleh pelbagai tanggungjawab berbanding dengan lelaki yang dikurniakan sifat semula jadi yang kuat. Cabaran menjadi bertambah besar bagi wanita saudara baru kerana ia bukan sahaja memenuhi tuntutan kehidupannya sebagai seorang manusia yang memerlukannya untuk bekerjaya, tetapi ia juga turut memikul tanggungjawab untuk mempertahankan akidahnya. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti cabaran wanita di kalangan saudara baru yang bekerjaya di Daerah Sabak Bernam untuk meningkatkan kefahaman mereka tentang Islam. Kajian ini mendapatkan data menerusi metode temuramah dan soal selidik. Kajian mendapati bahawa cabaran utama kepada mereka ialah cabaran bidang pekerjaan yang kurang sesuai dengan tuntutan Islam, majikan, rakan sekerja dan sebagainya. Namun sebilangan besar daripada mereka tidak menghadapi masalah atau cabaran yang negatif sebaliknya pemelukan Islam tersebut tidak menjadi isu besar terhadap aspek kerjaya mereka.

References

Al-Quran al- Karim.

Abd Rahman al-Jaziri. 1970. Kitab al-fiqh al-muzahid cala al-arbacah. Mesir: Maktabah al-Tijariyyah al-Kubra.

Abdul Jalil. 2000. Cabaran wanita di alaf baru. Dakwah. Bil 275/Oktober.

Abdul Rahman Haji Abdullah. Kerja untuk wanita Islam: sejauhmanakah hak mereka?. Dewan masyarakat. Julai 1976.

Mahmud Soedon A.Othman. 1986. Status of woman in the Quran and the Sunnah. Seminar women’s role. Kuala Lumpur : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Muhammad Qutb. 1985 Salah faham terhadap Islam. Terj. Yusof Zakry Yaakib. Kota Bharu: Dian Darul Naim.

Muslim. 1924. Sahih Muslim bi sharh al-Nawawi. Jil. 2. Misr: Mataba’ah Misriyyah wa Maktabatuha.

Published
2013-10-27
How to Cite
Puteh, A., Don, A. G., Mohd. Nasir, B., Muhamat @ Kawangit, R., Ash’aari, M. F., & Sezali, Z. (2013). Cabaran Wanita Saudara Baru Bekerjaya Di Daerah Sabak Bernam. Al-Hikmah, 4, 23-36. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/16
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)