Kaedah Mengatasi Tekanan Dalam Kalangan Wanita Bekerjaya Dari Perspektif al-Ghazali

  • Salasiah Hanin Hamjah Universiti Kebangsaan Malaysia
  • ‘Adawiyah Ismail

Abstract

Tekanan adalah merupakan fenomena emosi yang sering berlaku dalam kalangan wanita bekerjaya pada masa kini. Ini berlaku disebabkan wanita bekerjaya memikul tanggungjawab yang besar. Wanita bekerjaya bukan sahaja berperanan sebagai isteri dan ibu tetapi dalam masa yang sama mempunyai tanggungjawab terhadap kerjaya dan kehidupan sosial. Tekanan yang dihadapi biarpun kecil atau besar perlu diatasi dengan berkesan supaya tidak menjejaskan kesejahteraan jiwa dan keharmonian hidup. Justeru itu, artikel ini ditulis bagi membincangkan mengenai pengertian dan faktor tekanan menurut al-Ghazali sebagai salah seorang tokoh ulama Islam yang mempunyai kepakaran dalam bidang kerohanian. Artikel ini juga membincangkan tentang kaedah yang dicadangkan oleh al-Ghazali bagi mengatasi tekanan. Hasil kajian mendapati antara kaedah al-Ghazali bagi mengatasi tekanan adalah menerusi mujahadah melawan nafsu, menyedari kehidupan di dunia ini adalah sementara, mengingati mati, memperbanyakkan zikir dan melihat individu yang lebih rendah dalam hal-hal yang berkaitan urusan dunia supaya dapat mensyukuri nikmat Allah dan sebagainya. Kaedah-kaedah tersebut adalah amat bermanfaat kepada wanita bekerjaya pada hari ini agar dapat mengatasi tekanan dengan bijaksana dan mampu menjalani kehidupan seharian sebagai isteri, ibu dan pekerja yang berjaya di dunia dan akhirat.

References

Corsini, Raymond J. 1994. Encyclopedia of Psychology. J.3, New York: John Wiley & Sons .

Cox, Tom. 1978. Stress. London: The MacMillan Press Ltd.

Farj ‘Abd al-Qadir Taha. 1993. Mawsu‘ah Ilm al-Nafs wa al-Tahlil al-Nafsiy. Kaherah: Suad al-Sabah.

Al-Ghazali, Abu Hamid, Muhammad Bin Ahmad. 2000. Ihya’ ‘Ulum al-Din. Kaherah: Dar al-Taqwa li al-Turath.

______. 1994. Bidayah al-Hidayah dalam Majmu’ah Rasail al-Imam al-Ghazali, Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiah.

_______. 2006. Kitab al-Arba‘in fi Usul al-Din. Beirut: Dar al-Minhaj.

Harris, Clare. 2003. Minimize Stress, Maximize Success, Effective Strategies for Realizing Your Goals. San Francisco: Chronicle Books.

Howard B, Kaplan. 1983. Psychosocial Stress Trends in Theory and Research. New York: Academic Press.

Mahmood Nazar. 2001. Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas kepada Jiwa dan Tingkahlaku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mills, James W. 1982. Coping with Stress: A Guide to Living. New York: John Wiley & Sons.

Rogers, Tim & Graham, Fiona. 2000. The Things that Really Matter about Responding to Stress. New Delhi: Viva Books Private Limited.

Tanner, Ogden. 1977. Stress. Nederland: Time Life International.

Al-Tirmidhi, Abi ‘Isa Muhammad bin ‘Isa Bin Surah. 1999. Sunan al-Tirmidhi. Kaherah: Dar al-Hadith.

V.S Ramachandran. 1994. Encyclopedia of Human Behavior. San Diego La Jolla: University of California.

Published
2013-10-27
How to Cite
Hamjah, S. H., & Ismail, ‘Adawiyah. (2013). Kaedah Mengatasi Tekanan Dalam Kalangan Wanita Bekerjaya Dari Perspektif al-Ghazali. Al-Hikmah, 4, 64-75. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/19
Section
Articles

Most read articles by the same author(s)