GERIMIS: PENGGUNAAN FILEM TAN SRI P. RAMLEE SEBAGAI KAJIAN KES DALAM KURSUS KOMUNIKASI ANTARA BUDAYA DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)

  • Selvarani P. Kovil Pillai

Abstract

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah universiti Islam dan menjadi pusat rujukan global untuk integrasi ilmu Naqli dan Aqli. Penubuhan universiti adalah untuk memberi peluang kepada pelajar lepasan sekolah agama. Namun cabaran utama pelajar universiti ini ialah dari segi komunikasi antara budaya. Hampir semua pelajar tempatan adalah merupakan anak-anak yang berkelulusan dari sekolah agama dan oleh yang demikian komunikasi mereka dengan pelajar-pelajar yang bukan Islam agak terbatas. Maka, perlunya satu kaedah di mana pelajar-pelajar ini perlu diberi pendedahan mengenai komunikasi antara budaya. Maka satu kaedah yang akan digunakan adalah merupakan penggunaan filem sebagai kajian kes untuk mempelajari model dan konsep komunikasi antara budaya. Sungguhpun banyak filem Melayu yang ditayangkan namun filem-filem Tan Sri P. Ramlee masih diminati oleh segenap lapisan masyarakat. Filem yang akan dijadikan kajian kes adalah Gerimis. Ceritanya  mengupas isu perpaduan dan perkahwinan campur dengan berkesan. Filem ini akan dianalisa mengikut Teori Akulturasi dan Dekulturasi oleh Kim (2008) serta dikaji mengikut empat fungsi filem yang digariskan oleh Champoux (1999), iaitu sebagai pengalaman kepada penonton, sebagai kes untuk dianalisa, sebagai pengertian kepada teori dan konsep dan akhir sekali sebagai metafora untuk membentuk imej-imej metaphorical tentang konsep abstrak dalam komunikasi antara budaya.

References

Abdullah, M. (2015). P. Ramlee adalah seorang wira negara. https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/379-tanewehoe22

Cardon, P. (2010). Learning about stereotypes across cultures with films: Using targetcultural members’ perspectives. Business Communication Quarterly 73(2), 150-165.

Carroll, N. (1985). The power of movies. Daedalus, 114, p. 79-103.

Champoux, J. (1999). Film as a teaching resource. Journal of Management Inquiry (8)2, 206-217.

Champoux, J. E. (2007). Film as a Teaching Resource. Journal of Management Inquiry 1999 8(2): 240-251.

Gudykunst, W. B. & Kim, Y. Y. (2003). Communicating With Strangers. New York: McGraw Hill.

Journal of Intercultural Relations, 32, 359-368. doi: 10.1016/j.ijintrel.2008.04.005

Kim, Y. Y. (2008). Intercultural personhood: Globalization and a way of being. International

Mallinger, M., & Rossy, G. (2003). Film as lens for teaching culture: Balancing concepts, ambiguity, and paradox. Journal of Management Education, 27, 608-624.

Neuliep, J. W. (2015) Intercultural Communication. 6 th ed. California: Sage Publication.

Reiter, M. J., & Gee, C. B. (2008). Open Communication and Partner Support in Intercultural and Interfaith Romantic Relationships: A Relational Maintenance Approach. Journal of Social and Personal Realtionship, 25, 539-559.

Stafford, L. (2011). Measuring Relationship Behaviours: Critique and Development of the Revised Relationship Maintenance Behaviour Scale. Journal of Social And Personal Relationships, 28, 278-303.

Tseng, W. (1977), Adjustment in intercultural marriage. In Tseng, W., McDermott, J & Maretzki, T. (Eds.), Adjustment in Intercultural marriage. Honolulu: University of Hawaii Press.

Wahab, J, A. & Ahmad, M. (2009). Wacana Seni. Journal of Arts Discourse. Jil./Vol.8. p. 44.

Zhang, X. Intercultural Communication and Religious Beliefs- A Case Study of the American Film (Innoncence of Muslims”. International Journal of Arts and Commerce Vol. 2 No. 2. Feburuay 2013. Pp 7 – 12.

Published
2017-07-30
How to Cite
P. Kovil Pillai, S. (2017). GERIMIS: PENGGUNAAN FILEM TAN SRI P. RAMLEE SEBAGAI KAJIAN KES DALAM KURSUS KOMUNIKASI ANTARA BUDAYA DI UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM). Al-Hikmah, 9(1), 128-140. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/240
Section
Articles