Dakwah Kepada Orang Asli Melalui Seni Hiburan Alternatif Di Malaysia : Model Latihan Amali Dakwah (LAD)

  • Abdul Ghafar Don Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ahmad Redzuwan Mohd Yunus

Abstract

Dakwah Kepada Orang Asli Melalui Seni Hiburan Alternatif Di Malaysia : Model Latihan Amali Dakwah (LAD)

Abdul Ghafar Don & Ahmad Redzuwan Mohd Yunus

Abstrak

Seni hiburan adalah sebahagian daripada keperluan dan naluri hidup manusia. Dalam konteks dakwah, hiburan juga dianggap perlu dan menjadi sebahagian dari wasilah (perantaraan/alat/cara) dakwah. Masyarakat Orang Asli (OA) di Semenanjung Malaysia biasanya tidak dapat dipisahkan dengan minat dan kesukaan mereka terhadap unsur-unsur hiburan. Oleh itu, minat dan kesukaan mereka terhadap unsur-unsur hiburan ini wajar diraikan. Berdasarkan fakta ini, kertas ini cuba melihat relevansi dan signifikan aspek seni hiburan sebagai metode dakwah kepada OA. Tumpuan diberikan kepada program hiburan ( terutama Malam Kesenian Islam atau MKI) yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (JPDK, UKM) melalui program LAD. Metode yang digunakan dalam penulisan ini ialah berasaskan kepada dokumen-dokumen bertulis berkaitan dakwah OA dan juga pengalaman pemerhatian di dalam program LAD di beberapa lokasi amali dakwah. Dapatan kajian menunjukkan, seni hiburan alternatif, iaitu seni hiburan berunsurkan Islam seperti nasyid, dikir barat, boria, pentomin relevan, sesuai dan boleh diterima mad‘u (OA).

References

Rujukan

Abdul Aziz Mohd. Zin. 1999. Psikologi Dakwah. Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Abdul Ghafar Hj. Don. 1998. ‘‘Metodologi Dakwah Terhadap Masyarakat Orang Asli: Pengalaman Pengislaman di Paya Sendayan, Temerloh, Pahang Darul Makmur’’. Dlm. Abdul Ghafar Don et. al. (pnyt), Dakwah kepada Non-Muslim di Malaysia: Konsep, Metode dan Pengalaman. Bangi : Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI, UKM.

Abdul Razak Arshad. 1997. ‘‘ Joget Riong Tarian Kesenian Rumpun Bangsa Temuan’’, dlm. Nong Pai, April- Oktober.

Abu Sayid Matlub Husayn, Dr. 1986. Evolution of Social Institutions in Islam. Lahore : Islamic Book Foundation.

Ahmad Redzuwan Mohd.Yunus, Badlihisham Mohd Nasir & Anuar Puteh. 2003. ‘‘Budaya Orang Asli Suku Temiar Kg. Pasid, Gua Musang, Kelantan : Relevansi Dakwah terhadapnya’’, Kertas Kerja Malaysia International Conference on Languages, Literatures and Cultures, di Universiti Putera Malaysia, 30 Sept- 2 Okt.

Amran Abdullah. 2002. ‘‘ Sewang Perubatan Tradisional Orang Asli’’. Dlm. Dewan Budaya. Januari. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arsenio Nicolas. T.t. ‘‘Alat Muzik Melayu dan Orang Asli’’, Terbitan Tak Berkala 9. Bangi : Institut Alam dan Tamadun Melayu.

Buku Cenderamata Program Khidmat Masyarakat Orang Asli JPDK 2004.

Buku Panduan PraSiswazah Fakulti Pengajian Islam, Sesi Akademik 2005-2006.

Che Yusoff Che Mamat, Ahmad Redzuwan Mohd Yunus & Anuar Puteh. 2004. ‘‘Pendekatan Dakwah kepada Orang Asli Suku Semai di Kampung Sungai Ruai, Raub, Pahang’’, dlm. Jurnal Islamiyyat, vol.25.

Yusuf al-Qardawi, Prof. Dr. 2001. Seni Menurut Perspektif Islam. Basri bin Ibrahim al-Azhari (terj.). Johor Bahru : JAHABERSA.

Published
2009-01-08
How to Cite
Don, A. G., & Mohd Yunus, A. R. (2009). Dakwah Kepada Orang Asli Melalui Seni Hiburan Alternatif Di Malaysia : Model Latihan Amali Dakwah (LAD). Al-Hikmah, 1, 3-12. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/42
Section
Articles