Pengurusan Dakwah : Analisis Pendekatan KeMalaysiaan

  • Abdul Ghafar Don Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Anuar Puteh Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Pengurusan dakwah semasa dalam konteks keMalaysiaan adalah sinonim dengan keragaman budaya, latar belakang dan kedudukan sosio-ekonomi serta sosio-politik Malaysia. Justeru, dalam melaksanakan dakwah di negara ini, secara asasnya manhaj dakwah seperti yang dikemukakan al-Qur’an dalam surah al-Nahl iaitu secara hikmah, nasihat yang baik dan pendekatan mujadalah yang berkesan sudah memadai. Namun demikian, pendekatan ini akan nampak lebih dinamik dan hidup sekiranya individu atau organisasi dakwah mampu membaca situasi dakwah serta realiti keragaman masyarakat negara ini dan menterjemahkannya dalam alam dakwah kemalaysiaan. Artikel ini cuba melihat dan menganalisis dakwah berdasarkan pendekatan kemalaysiaan dengan melihat kepada aspek-aspek berkaitan pendakwah (da ‘i), keazaman politik (political will), pengupayaan sumber manusia, sumber sokongan dan pendekatan-pendekatan tertentu yang relevan dengan iklim dakwah Malaysia. Analisis dibuat berdasarkan literature dakwah yang ada berkaitan dakwah Islamiah di Malaysia dan juga pengalaman serta observasi kendiri. Berdasarkan analisis kepada sumber dan realiti yang ada, dapatlah dirumuskan bahawa pendekatan dakwah al-Qur’an berdasarkan ayat 125 surah al-Nahl adalah menjadi asas kepada  pendekatan dakwah keMalaysiaan. 

References

Aidh Abdullah al-Qarni. 2007. Petunjuk Berdakwah dengan Berkesan. Kuala Lumpur : Jasmine Enterprise.

Al-Muhit Oxford Study Dictionary. 1996. Oxford University Press.

‘Abd al-Na ‘im Muhammad Hasanin. 1984. Al-Da ‘wah ila Allah al-Basirah. Al-Qahirah : Dar al-Kutub al-Misr.

David R. Hampton. 1986. Management. New York. McGraw- Hill Book Company.

Hans Wehr. 1980. A Dictionary of Written Arabic. Beirut : Libraire Du Liban.

Mahmuddin. 2004. Manajemen Dakwah Rasulullah. Jakarta : Restu Ilahi.

Muhammad Abu Fath al-Bayanuni. (terj. Mustaffa Mat Daud). 1992. Penyatuan Kerja Gerakan Islam. Petaling Jaya : Budaya Ilmu Sdn. Bhd.

Norlain Dinding Mababaya. 1998. Da’wah According to The Qur’an and The Sunnah. Riyadh : Darussalam.

Yusuf al-Qaradawi. 1986. Thaqafah al- Da’iyah. ‘Abidin : Maktabah Wahbah.

Published
2010-01-08
How to Cite
Don, A. G., & Puteh, A. (2010). Pengurusan Dakwah : Analisis Pendekatan KeMalaysiaan. Al-Hikmah, 2, 97-106. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/55
Section
Articles