Peranan Wanita dalam Pembentukan Keluarga Berkualiti Menurut Islam : Kes Wanita Berkerjaya di Putrajaya

  • A’dawiyah Ismail Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Atikullah Abdullah

Abstract

Pertambahan jumlah wanita dalam bidang pekerjaan di Malaysia sama ada di bandar atau luar bandar menuju negara maju memberi impak terhadap kestabilan institusi keluarga dalam melahirkan modal insan yang berkualiti berpaksikan keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. Hakikatnya, wanita yang bekerja memberi kebaikan dalam kehidupan keluarga, masyarakat dan negara. Namun, akibat perubahan masa di era globalisasi, kemajuan wanita dalam pendidikan dan keperluan negara ke atas tenaga wanita untuk memacu tahap sosio-ekonomi negara seperti negara-negara maju telah mempengaruhi peranan wanita sebagai ibu dan isteri dalam mendidik anak-anak dan mengurus rumah tangga secara sempurna. Sehubungan dengan itu, wanita berkerjaya yang tidak menyeimbangkan antara kerjaya dan rumah tangga meninggalkan kesan terhadap hubungan pasangan suami isteri, pengabaian dalam menunaikan tanggungjawab kepada anak-anak sehingga berlaku peningkatan dalam perceraian, kes jenayah dan keruntuhan akhlak. Kertas kerja ini mengenal pasti peranan wanita berkerjaya dalam pembentukan keluarga berkualiti menurut Islam. 

References

Babbie, Earl. 1986. The Practice of Social Research . California: Wadsworth Publishing.

Burns, Roberts B. 2000. Introduction to Research Methods. London : Sage Publication.

Che Noraini Hashim. 2006. Dilema Wanita Berkahwin Yang Berkerjaya: Satu Kajian di Jabatan-jabatan Kerajaan. Kertas kerja Persidangan Sains Sosial Kebangsaan (PERSIS). Ikatan Ilmuan Nasional Niosh. Bandar Baru Bangi. Selangor, 30 April.

Harussani Zakaria. 2008. Ciri-ciri Keluarga Berkualiti Menurut Islam. Jabatan Mufti Negeri Perak. Temu bual 16 Julai.

¬¬¬¬¬¬¬_______________. 2010. Wanita Memerangi Dadah. Kertas kerja Siri Forum Hadhari. Institut Islam Hadhari, Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM), YADIM. Bilik Majlis Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 11 November.

Jawiah Dakir & Noralina Omar. 2004. Perkhidmatan Rundingcara di Jabatan Agama Negeri-negeri. Hotel Equatorial Bangi. 26-27 November.

Jawiah Dakir. 2008. Aktiviti Wanita Berkerjaya Bersama-sama Anggota Keluarga. Institut Islam Hadhari. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 30 Mei.

Siti Rugayah Tibek. 2008. Ciri-ciri Keluarga Berkualiti Menurut Islam. Institut Kajian Rantau Asia Barat. Temu bual 20 Mei.

Zakiah Omar. 1999. Kualiti Menurut Islam. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Kuala Lumpur : Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Published
2010-01-10
How to Cite
Ismail, A., & Abdullah, A. (2010). Peranan Wanita dalam Pembentukan Keluarga Berkualiti Menurut Islam : Kes Wanita Berkerjaya di Putrajaya. Al-Hikmah, 2, 135-160. Retrieved from https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/59
Section
Articles