TY - JOUR AU - Zainab Ismail PY - 2015/12/31 Y2 - 2024/03/29 TI - FAKTOR GANGGUAN PSIKOLOGI DALAM KALANGAN MAHASISWA UNIVERSITI JF - Al-Hikmah JA - HIKM VL - 7 IS - 2 SE - Articles DO - UR - https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/164 AB - Gangguan psikologi ialah suatu gangguan berkaitan dengan kognitif dan afektif.  Setiap individu yang dilahirkan ke dunia akan mengalami perkembangan tingkah laku, emosi, kognitif dan rohani. Namun apabila seseorang individu tidak dapat bertoleransi dengan stres, kesemua komponen perkembangan ini akan mengalami gangguan psikologi. Walaupun mahasiswa boleh diandaikan sebagai golongan yang memiliki kecerdasan intelektual, kecerdasan emosi dan kecerdasan ruhaniah, namun sebagai manusia, terdapat dalam kalangan mereka yang mengalami gangguan psikologi.  Oleh kerana itu, makalah ini bertujuan untuk membincang faktor yang menyebabkan berlakunya gangguan psikologi dalam kalangan mahasiswa universiti. Dari segi metodologi, makalah ini menggunakan data yang diperoleh melalui satu kajian deskriptif yang dilakukan melalui  Borang Maklumat Klien dan Borang Bio-Psiko-Sosial terhadap 12 orang mahasiswa yang hadir sebagai klien dalam kaunseling individu. Mereka dipilih melalui persampelan mudah. Data daripada kedua-dua borang ini dianalisis secara deskriptif bagi mengenal pasti faktor yang menyebabkan berlakunya gangguan psikologi dalam kalangan mahasiswa. ER -