TY - JOUR AU - Nor Azizah Mustapha AU - Fariza Md Sham AU - Ahmad Irdha Mokhtar PY - 2019/12/31 Y2 - 2024/03/29 TI - PROGRAM DAKWAH DALAM MEMANTAPKAN AKIDAH REMAJA OLEH INSTITUT PEMANTAPAN DAN PERKADERAN AKIDAH MALAYSIA (IPHAM) JF - Al-Hikmah JA - HIKM VL - 11 IS - 2 SE - Articles DO - UR - https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/357 AB - Institut Pemantapan dan Perkaderan Akidah Malaysia (IPHAM) di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) merupakan institut kerajaan yang bertanggungjawab dalam aspek akidah di Malaysia. Institut ini menganjurkan program khusus kepada masyarakat Islam dalam usaha memantapkan akidah berlandaskan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Kursus dan latihan yang dianjurkan mempunyai objektif khusus dalam memantapkan akidah masyarakat. Artikel ini mengupas dan menganalisis program dakwah dalam memantapkan akidah remaja merangkumi kursus yang dilaksanakan kepada golongan sasaran dalam kalangan remaja. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu pengumpulan data melalui pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen. Kajian ini memfokuskan program di bawah Kluster Pemantapan dan Ilaj kerana sasaran peserta bagi kursus ini terdiri daripada golongan remaja. Dapatan kajian menunjukkan, pihak IPHAM telah banyak melaksanakan kursus terhadap golongan sasaran dalam kalangan remaja. Secara keseluruhannya, usaha dan inisiatif IPHAM membuahkan hasil apabila penglibatan golongan remaja dalam program anjurannya mendapat sambutan daripada pelbagai peringkat pengajian. Terdapat empat program khusus dalam memantapkan akidah remaja iaitu kursus Pemantapan Akidah dan Pemikiran Islam, Kursus Pembangunan Sahsiah dan Pemantapan Akidah, Diskusi Isu-Isu Semasa Akidah dan Wacana Inteletual Akidah menurut Pendekatan Wasatiyyah: Ancaman Ideologi Semasa. Walaupun institusi kerajaan seperti IPHAM telah melaksanakan program dalam usaha memantapkan akidah remaja, komitmen dan kerjasama pelbagai lapisan masyarakat seperti institusi kekeluargaan dan NGO perlu bekerjasama dalam melahirkan remaja yang mengikut acuan akidah Islam sebenar. ER -