TY - JOUR AU - Zainab Ismail AU - Wan Ibrahim Wan Ahmad AU - Salasiah Hanin Hamjah AU - Rosmawati Mohamad Rasit AU - Hasanah Abd. Khafidz AU - Muhamad Faisal Ashaari PY - 2019/12/31 Y2 - 2024/03/29 TI - SENARIO PENDIDIKAN ISLAM DAN HALA TUJUNYA DALAM SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA JF - Al-Hikmah JA - HIKM VL - 11 IS - 2 SE - Articles DO - UR - https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/382 AB - Peningkatan permintaan masyarakat Muslim untuk menempatkan anak mereka di sekolah agama telah menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia memperkenalkan program pendaftaran Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) serta mewujudkan Kelas Aliran Agama (KAA) di sekolah menengah kebangsaan. Masyarakat Muslim menyakini Pendidikan Islam mempunyai keupayaan untuk membangun anak-anak secara menyeluruh, merangkumi dimensi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Bagaimanapun, hingga kini, setiap sekolah dikehendaki melaporkan bilangan pelajar yang terlibat dalam kes salah laku yang merangkumi kes ringan seperti kelewatan hadir ke sekolah hingga kes serius seperti jenayah.  Oleh itu, makalah ini merupakan kajian konsep yang bertujuan untuk mengkaji hala tuju Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan Malaysia. Kajian ini meninjau literatur berkaitan sejarah Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan Malaysia dan hala tujunya dalam tempoh 2013-2025. Data yang diperoleh dalam kajian ini dianalisis menggunakan pendekatan tematik. Hasil kajian menunjukkan hala tuju Pendidikan Islam dalam sistem pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan generasi yang berpegang kuat nilai-nilai dan kepercayaan agama walaupun mereka berada dalam masyarakat pelbagai budaya. Untuk mencapai hala tuju Pendidikan Islam, guru-guru dan ibu bapa perlu memainkan peranan utama sebagai pendidik di sekolah dan di rumah.  ER -