TY - JOUR AU - Siti Nurjanah Mastor Mustafa AU - Siti Aisyah Johan AU - Jimaain Safar PY - 2020/12/06 Y2 - 2024/03/29 TI - TAHAP PENCAPAIAN HAFAZAN MURID TAHFIZ MODEL ULUL ALBAB (TMUA) SEKOLAH MENENGAH JF - Al-Hikmah JA - HIKM VL - 12 IS - 2 SE - Articles DO - UR - https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/411 AB - Pelaksanaan Program Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA) merupakan salah satu kesinambungan daripada usaha kerajaan dalam memperkembang pendidikan tahfiz kepada murid sekolah menengah. Setelah enam tahun pelaksanaan program ini, terdapat beberapa permasalahan yang berbangkit antaranya tahap pencapaian hafazan murid kurang memuaskan. Sorotan lepas mendapati tidak semua murid yang mengikuti program ini dapat menghabiskan hafazan sebanyak 30 juzuk Al-Quran dalam tempoh lima tahun pengajian seperti yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru, pengkaji ingin melihat tahap pencapaian hafazan murid TMUA sekolah menengah KPM. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif berbentuk deskriptif ke atas 829 orang murid TMUA sekolah menengah. Analisis skor min digunakan bagi melihat tahap pencapaian hafazan mereka. Hasil analisis menunjukkan tahap pencapaian hafazan murid berada di tahap sederhana tinggi dengan skor min 3.67. Hasil kajian juga mendapati terdapat tiga cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan TMUA iaitu cabaran dari sudut sistem, cabaran dari sudut guru dan cabaran dari sudut pelajar. Justeru, cabaran dan permasalahan yang ada perlu diatasi dan diperbaiki bersama bagi merealisasikan harapan negara. Pedagogi guru, teknik menghafaz yang diamalkan oleh murid serta perkara-perkara lain yang menyumbang kepada kejayaan murid dalam menghafaz perlu diberi perhatian yang sewajarnya bagi memastikan matlamat pelaksanaan TMUA tercapai dengan jayanya. ER -