TY - JOUR AU - Mohamad Pairuz Suhairi Abdullah AU - Zainab Ismail PY - 2020/12/06 Y2 - 2024/03/29 TI - FUNGSI RUNDINGCARA BAGI MENGUKUHKAN HUBUNGAN PASANGAN BERMASALAH DALAM PERKAHWINAN JF - Al-Hikmah JA - HIKM VL - 12 IS - 2 SE - Articles DO - UR - https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/415 AB - Masalah hubungan yang timbul dalam perkahwinan boleh menjadikan pasangan lebih mengenali antara satu sama lain. Ia juga boleh menjadikan pasangan mengakhiri perkahwinan dengan perceraian. Terdapat pelbagai masalah hubungan dalam perkahwinan yang menyumbang kepada peningkatan kadar perceraian. Perceraian adalah satu solusi segera yang boleh menamatkan masalah hubungan pasangan dalam perkahwinan. Bagaimanapun, ia tidak dapat memutuskan hubungan keluarga mertua dan anak-anak. Pada asasnya, hampir kesemua pasangan yang berkahwin ingin menjaga hubungan mereka agar kuat dan sihat. Sehubungan itu, Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri di Malaysia menubuhkan Unit Rundingcara Keluarga sebagai satu saluran yang dapat membantu pasangan bermasalah dalam perkahwinan. Tujuan makalah ini adalah untuk menganalisis fungsi rundingcara dalam mengukuhkan hubungan pasangan bermasalah dalam perkahwinan. Reka bentuk kajian ini adalah penyelidikan deskriptif. Data dikumpul melalui analisis dokumen iaitu Laman Web Rasmi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan laporan penyelidikan berkaitan rundingcara dalam perkahwinan. Data dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif. Hasil kajian menunjukkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mempunyai 14 fungsi. Daripada 14 fungsi tersebut, lima adalah untuk fungsi rundingcara dan sembilan untuk fungsi program pembangunan keluarga. Secara keseluruhannya, fungsi rundingcara di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan adalah suatu intervensi masalah suami dan isteri dalam perkahwinan, khususnya bagi mengukuhkan hubungan dalam perkahwinan dan mengelak perceraian. Kesemua 14 fungsi rundingcara ini memberi impak terhadap pembangunan institusi keluarga terutamanya bagi mengukuh hubungan dalam perkahwinan. ER -