TY - JOUR AU - Mohamad Zulfazdlee Abul Hassan Ashari AU - Mohd Roslan Mohd Nor AU - Ezad Azraai Jamsari AU - Md Yazid Ahmad AU - Noorsafuan Che Noh PY - 2020/12/06 Y2 - 2024/03/29 TI - KEDUDUKAN PUTERA RAJA DALAM TADBIR URUS MUGHAL: TUMPUAN TERHADAP PERANAN AWRANGZIB JF - Al-Hikmah JA - HIKM VL - 12 IS - 2 SE - Articles DO - UR - https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/423 AB - Awrangzib atau Aurangzeb diiktiraf antara pemerintah terbaik Kerajaan Mughal pada era The Age of Great Mughals. Usaha yang dilakukan oleh beliau bagi menjamin kestabilan Kerajaan Mughal disifatkan sebagai indikator utama yang meletakkan Awrangzib setaraf dengan Akbar The Great. Namun, peranan beliau dalam tadbir urus Kerajaan Mughal tidak bermula ketika menjadi maharaja bahkan telah bermula lebih awal, khususnya sewaktu menjadi putera raja. Artikel ini meneliti peranan putera raja sebagai suatu intitusi dalam tadbir urus Mughal dengan memberi tumpuan terhadap peranan Awrangzib sebagai putera raja, khususnya semasa zaman pemerintahan bapanya, Shah Jahan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian sejarah dan analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan Awrangzib telah memainkan peranan penting sebagai ketua tentera dan gabenor sewaktu menjadi putera raja Mughal. Peranan yang digerakkan oleh beliau ini telah memastikan kestabilan Kerajaan Mughal meskipun terpaksa menghadapi pelbagai cabaran. Pengalaman beliau dalam tadbir urus Mughal semasa menjadi putera raja akhirnya banyak mempengaruhi dasar pemerintahan Mughal setelah beliau menerajui tampuk pemerintahan pada tahun 1657M. ER -