TY - JOUR AU - Othman Hj. Talib AU - Mohamed Mohamed Tolba Said PY - 2009/01/08 Y2 - 2024/03/29 TI - Komuniti Melayu di Mekah : Satu Kajian Tentang Latar Belakang Sejarah dan Cara Hidup JF - Al-Hikmah JA - HIKM VL - 1 IS - 0 SE - Articles DO - UR - https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/44 AB - Komuniti Melayu atau lebih dikenali sebagai jawa di kalangan penduduk Mekah telah mula mendapat perhatian besar khususnya di kalangan para pengkaji sejarah. Ini mungkin disebabkan bilangan ahli komuniti ini begitu ramai dan terkenal di kota suci Mekah, Arab Saudi berbanding komuniti-komuniti lain. Umat Islam Malaysia, khususnya bangsa Melayu sangat berkait rapat dengan kota suci Mekah kerana mereka, sebagai umat Islam sangat prihatin untuk melaksanakan rukun Islam kelima, iaitu ibadat haji. Mereka juga prihatin untuk menimba ilmu sebanyak mungkin sehingga ramai dari mereka menjadi ulamak besar sekembali ke tanah air. Artikel ini merupakan percubaan awal untuk menyelusuri sebab-sebab mengapa komuniti Melayu berhijrah ke kota suci Mekah. ER -