Al-Hikmah https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah
Al-Hikmah Journal of Islamic Dakwah is the official publication of the Research Centre for Dakwah and Leadership, Faculty of Islamic Studies, Universiti Kebangsaan Malaysia. This journal is published bi-annually in July and December in Malay, English and Arabic. The journal is open to submission in four forms: original research, literature reviews, preliminary findings and book reviews. The scope of the journal includes issues in the field of Islamic da’wah whether from the aspects of psychology, counselling, muallaf (converts), leadership, management, media, communication, technology, arts, sociocultural, women and family.

All opinions given in the articles do not necessarily representing the Editorial Board or the Research Centre.

Articles in Al-Hikmah are indexed and abstracted in Google Scholar, UDLedge, Directory of Research Journal Indexing (DRJI) and UKM Journal Article Repository (UJAR).

en-US
Authors retain copyright and grant the journal right of first publication with the work simultaneously licensed under a Creative Commons Attribution License that allows others to share the work with an acknowledgement of the work's authorship and initial publication in this journal.
editorhikmah@ukm.edu.my (Dr. Hasanah Abd. Khafidz) irdha@ukm.edu.my (Dr. Ahmad Irdha Mokhtar) Sun, 31 Dec 2023 00:00:00 +0800 OJS 3.1.1.4 http://blogs.law.harvard.edu/tech/rss 60 PERSEPSI DAN SIKAP MUALAF TERHADAP IMPAK PANDEMIK COVID-19 DI TERENGGANU https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/451
Komuniti mualaf di Terengganu adalah meliputi pelbagai bangsa, peringkat usia dan pendidikan, latar belakang pendidikan dan pekerjaan yang berbeza. Langkah kawalan pergerakan yang diperkenalkan oleh kerajaan ketika negara dilanda pandemik COVID-19 memberi pelbagai impak ke atas komuniti mualaf. Penutupan dan keterbatasan operasi terhadap pelbagai sektor ekonomi menyebabkan ramai dalam kalangan warga mualaf di negeri ini telah terjejas sumber pendapatan mereka.  Objektif kajian ini ialah mengenal pasti persepsi dan sikap mualaf terhadap impak pandemik COVID-19 di Terengganu. Selain itu, menganalisis hubungan demografi mualaf terhadap persepsi dan sikap mereka ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan bilangan sampel adalah seramai 133 orang mualaf di Terengganu dan menggunakan borang soal selidik berskala Likert 5 yang diedarkan melalui Google Form. Selanjutnya borang soal selidik dianalisis menggunakan peratus, min dan sisihan piawai, ujian-t dan ujian ANOVA sehala bagi melihat persepsi dan sikap mualaf ketika berhadapan pandemik COVID-19. Hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi mualaf terhadap pandemik COVID-19 memberi tekanan hidup yang tinggi kepada mereka. Sebahagian mualaf mengambil langkah seperti melakukan kerja tambahan, meminta bantuan tambahan malah ada juga yang meluahkan tekanan perasaannya kepada rakan taulan atau pihak yang berkaitan agar segala permasalahan yang melanda dapat diselesaikan. Kajian ini adalah penting kerana ia menjelaskan gambaran sebenar tentang kemelut yang berlaku bagi komuniti mualaf di negeri Terengganu ketika meletusnya pandemik COVID-19. Seterusnya ia menjadi rujukan kepada pihak yang berkaitan untuk mengambil langkah yang sewajarnya.
Azarudin Awang, Norhana Abdullah @ Ng Siew Boey, Che Norzila Sulong ##submission.copyrightStatement## http://creativecommons.org/licenses/by-nc-nd/4.0 https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/451 Fri, 29 Dec 2023 01:01:53 +0800 PENGURUSAN PRASARANA DAKWAH MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/483
Prasarana dakwah merujuk usaha dalam menyebarluas seruan Islam dengan sistematik dan sempurna dengan menggunakan segala kemudahan-kemudahan yang telah tersedia mahupun akan dirancang penyediaannya. Namun, kefahaman berkenaan dengan prasarana dakwah agak kurang diperjelaskan khusus dalam aspek pengurusannya melalui tinjauan al-Quran. Justeru kajian ini bertujuan mengenalpasti aspek pengurusan prasarana dakwah menurut perspektif al-Quran serta mengenalpasti aktiviti pengurusan dakwah di dalamnya. Kajian perpustakaan dengan mengaplikasikan metode analisis data dan kandungan digunakan bagi mencapai objektif kajian ini. Hasil kajian telah mengenalpasti beberapa aspek penting perlu diketengahkan khusus dalam mengurus prasarana dakwah yang merujuk kepada beberapa aktiviti khusus seperti penyediaan, penyelenggaraan, pemulihan, pencatatan, pengawasan dan penyaluran yang menjadi asas dalam disiplin pengurusan dakwah. Implikasi kajian ini memberikan kefahaman yang jelas berkenaan dengan pengurusan prasarana dakwah serta aktiviti-aktivitinya yang perlu dipertingkatkan untuk dibangunkan dan menjadi mekanisme terbaik dalam konteks dakwah semasa menurut perspektif al-Quran.
Azizul Azra Abdul Razak, Mohd. Hisyam Abdul Rahim, Hafizah Abdul Jalil ##submission.copyrightStatement## http://creativecommons.org/licenses/by-nc-nd/4.0 https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/483 Fri, 29 Dec 2023 00:00:00 +0800 METODE LĀ QUḌAH SEBAGAI PELENGKAP TASAWWUR DAKWAH AYAT 125 SURAH AL-NAḤL: ANALISIS AL-MAWDU‘I https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/492
Dalam kajian ilmu metodologi dakwah, para ilmuwan Islam menjadikan ayat 125 daripada Surah al-Naḥl sebagai asas sandaran pengkajian mereka. Daripada ayat tersebut muncul konsep dan metodologi yang disebut Metode al-Daʿwu bi’l-Ḥikmah, Metode al-Mawʿiẓah al-Ḥasanah dan Metode al-Mujādalah al-Ḥasanah. Namun ketiga-tiga metode ini hanya merangkumi separuh atau bahagian pertama daripada keseluruhan ayat 125 Surah al-Naḥl. Kebanyakan pengkaji mengabaikan bahagian kedua daripada ayat ini yang menyatakan Allah SWT mengetahui siapa yang sesat dari agama-Nya dan mengetahui siapa yang mendapat petunjuk. Kajian al-Mawdu‘i (tematik) ini yang memfokuskan kepada tema ayat 125 daripada Surah al-Naḥl. Kajian ini adalah sebuah kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian analisis kandungan dengan menjadikan tafsir-tafsir muktabar klasik dan moden sebagai rujukan utama. Kajian ini bertujuan untuk melihat tasawur yang lebih menyeluruh terhadap kefahaman ayat ini dan memberi nilai tambah terhadap metodologi dakwah yang telah dibina daripadanya.
Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi, Mohd Shukri Hanapi, Wan Nasyrudin Wan Abdullah ##submission.copyrightStatement## http://creativecommons.org/licenses/by-nc-nd/4.0 https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/492 Fri, 29 Dec 2023 00:00:00 +0800 TAHAP PENGUASAAN ASAS FARDU AIN DALAM KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI DI NEGERI PAHANG https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/502
Berdasarkan bancian kependudukan Orang Asli (OA) yang dikeluarkan oleh JAKOA, terdapat seramai 89,172 jumlah ahli isi rumah Orang Asli seluruh Pahang dengan seramai 17,427 daripada mereka adalah beragama Islam. Sekalipun mereka telah memeluk agama Islam, masih terdapat dalam kalangan mereka yang tidak menguasai perkara-perkara asas fardu ain dengan sempurna disebabkan pelbagai masalah. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap penguasaan beberapa perkara asas fardu ain dalam kalangan masyarakat Orang Asli beragama Islam di Negeri Pahang. Kajian ini berbentuk data deskriptif yang diperolehi daripada 250 orang responden masyarakat Orang Asli beragama Islam di daerah-daerah di Negeri Pahang dan dianalisis menggunakan Microsoft Excel bagi mendapatkan peratus, kekerapan dan purata penguasaan. Dapatan kajian menunjukkan  item yang diuji iaitu amali wuduk, bacaan lafaz niat solat dan bacaan semasa iktidal berada pada kedudukan tertinggi penguasaan.  Manakala item bacaan doa qunut, doa iftitah dan bacaan tahiyat adalah paling ramai tidak dikuasai oleh orang asli. Kesimpulan kajian ialah tahap penguasaan asas fardu ain masyarakat Orang Asli adalah baik, namun memerlukan usaha yang berterusan agar dapat menambahbaik metod pengajaran supaya lebih mudah dipelajari dan lebih efektif. Kajian ini memberi implikasi terhadap pihak-pihak berkaitan bagi meningkatkan usaha dakwah dan kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat Orang Asli khususnya di Negeri Pahang.
Halim Ismail, Nazatul Akmar Mokhtar, Ramlan Mustapha, Fahmi Zaidi Abdul Razak, Auni 'Atikah Tazudin, Asmadi Abdul Rahman, Sh Mohd Firdaus Sh Othman ##submission.copyrightStatement## http://creativecommons.org/licenses/by-nc-nd/4.0 https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/502 Fri, 29 Dec 2023 00:00:00 +0800 KAJIAN SEJARAH DAN ANALISIS TEKSTUAL TERHADAP TRANFORMASI AWAL PEMIKIRAN DALAM AGAMA KRISTIAN https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/504
Agama Kristian merupakan agama yang paling ramai pengikutnya di seluruh dunia pada masa ini. Penganutnya pula terdiri daripada berbilang bangsa dan keturunan. Salah satu ciri utama agama Kristian ialah ciri universal yang dianggap sesuai untuk semua manusia tanpa mengira keturunan dan bangsa. Sungguhpun demikian, ajaran yang dibawa oleh Jesus pada asalnya hanya untuk Bani Israel sahaja. Justeru, bagaimanakah agama ini boleh berubah menjadi agama yang bersifat universal? Pada masa yang sama juga terdapat banyak perbezaan antara ajaran agama Kristian sekarang dengan ajaran yang dibawa oleh Jesus. Objektif artikel ini adalah untuk membincangkan perbezaan ajaran Jesus seperti yang terkandung dalam Bible dengan agama Kristian sekarang. Artikel ini juga meneliti ayat-ayat Bible yang mengesahkan berlakunya tranformasi pemikiran dalam agama Kristian. Kajian ini menganalisis teks Bible dan mengenalpasti perubahan-perubahan yang berlaku dalam agama Kristian. Hasil kajian menemui wujud perbezaan antara ajaran Jesus dengan agama Kristian sekarang sekaligus membuktikan wujudnya tranformasi pemikiran dalam agama Kristian.
Zaifuddin Md Rasip ##submission.copyrightStatement## http://creativecommons.org/licenses/by-nc-nd/4.0 https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/504 Fri, 29 Dec 2023 00:00:00 +0800 WAJAH FILEM ISLAMIK REPRESENTASI BUSANA DAN SOLEKAN: ANALISIS KANDUNGAN FILEM IMAM https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/505
Dalam sesebuah filem berbentuk Islamik, busana dan solekan adalah antara wajah kepada filem yang dapat menggambarkan genre penerbitannya dan latar peristiwa sebuah filem. Walaupun begitu, busana dan solekan watak dan perwatakan yang dipersembahkan mampu memberi pelbagai konotasi terhadap representasi filem itu sendiri. Oleh itu. kajian ini bertujuan untuk menganalisis elemen busana dan solekan dalam filem Islamik terhadap representasi dakwah berdasarkan latar peristiwa filem. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap busana dan solekan watak-watak utama yang terdiri daripada bangsa Melayu yang beragama Islam dan saudara baharu (mualaf) yang berketurunan Dayak dalam filem Imam (2023) yang diarahkan oleh Mior Hashim Manap. Hasil kajian mendapati bahawa busana dan solekan yang dipaparkan di dalam filem tersebut menepati unsur-unsur pemakaian Islamik ketika tahun 80-an sesuai dengan situasi masyarakat ketika itu. Kesimpulannya, filem Imam adalah manifestasi bagi karya Islamik yang ingin mengenengahkan elemen dakwah melalui busana dan solekan yang seiringan dengan realiti budaya dan era latar peristiwa filem.
Wawarah Saidpudin, Md Rozalafri Johori ##submission.copyrightStatement## http://creativecommons.org/licenses/by-nc-nd/4.0 https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/505 Sat, 30 Dec 2023 00:00:00 +0800 PENINGKATAN KESEJAHTERAAN MASYARAKAT MELALUI PENGURUSAN EKONOMI ISLAM YANG ADIL https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/507
Kesejahteraan dalam kalangan masyarakat Muslim merupakan sasaran utama dalam kehidupan yang semakin mencabar. Masyarakat yang sejahtera dapat menguruskan kehidupan dengan tenteram dan teratur tanpa sikap negatif yang boleh merosakkan norma yang ada. Untuk mencapai matlamat ini, sistem ekonomi Islam perlu ditadbir dengan baik dengan mengutamakan prinsip keadilan. Tujuan asas sistem ekonomi adalah untuk meningkatkan kesejahteraan dan ketenteraman masyarakat. Untuk mewujudkan masyarakat ekonomi yang sejahtera, sistem dan idea yang ideal diperlukan. Ini akan membolehkan masyarakat itu makmur dan tidak terhimpit dalam kemiskinan di tengah-tengah kehidupan mereka. Sistem ekonomi Islam menggalakkan kesejahteraan untuk semua orang, mewujudkan rasa keadilan, kebersamaan, persekitaran sosial yang baik dan kekeluargaan. Ia juga mampu memberikan peluang yang luas kepada setiap orang untuk berusaha dengan cara memanfaatkan sepenuhnya sumber alam untuk kepentingan masyarakat secara keseluruhan. Hal ini diharapkan dapat mengatasi isu-isu ketidakmerataan dalam pemerolehan sumber, yang menyebabkan ramai orang kehilangan peluang. Sistem ekonomi Islam bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan, menghapuskan kemiskinan melalui pemanfaatan sumber alam, dan mewujudkan kehidupan sosial yang adil selain mengutamakan pelaksanaan zakat bagi mewujudkan sistem jaminan sosial yang stabil.
Amie Amelia ##submission.copyrightStatement## http://creativecommons.org/licenses/by-nc-nd/4.0 https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/507 Sat, 30 Dec 2023 00:00:00 +0800 HAD TA’LIF DAN SOKONGAN SOSIAL DALAM MENSEJAHTERAKAN MUALAF https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/509
Kehidupan mualaf sebagai orang yang baru dalam Agama Islam berhadapan dengan cabaran dan konflik tertentu. Cabaran ini antara lainnya ialah berkaitan tempoh mereka berada dalam status mualaf di samping keperluan sokongan bagi membolehkan mereka keluar daripada status tersebut. Hal ini tidak mudah kerana ia berkaitan dengan keupayaan seseorang itu untuk menguasai asas ajaran Islam dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak berkuasa agama berdasarkan enakmen pentadbiran Islam negeri-negeri di Malaysia. Sokongan sosial yang kuat mungkin boleh mempercepatkan proses mualaf keluar dari had ta’lif atau tempoh bergelar sebagai mualaf. Artikel ini membincangkan had ta’lif mualaf dan juga keperluan sokongan sosial bagi membolehkan mulaf keluar daripada status mualaf dan paling penting mengekalkan mereka dalam agama Islam. Penulisan artikel ini menggunakan kaedah analisis dokumen dengan merujuk al-Qur’an, hadith, kitab turath, artikel jurnal dan lain-lain literatur berkaitan subjek kajian. Kaedah analisis data pula dilakukan secara tematik dengan membentu tema-tema tertentu yang mendokong tajuk kajian. Dapatan menunjukkan tempoh atau had ta’lif adalah perlu bagi memudahkan urusan berkaitan pentadbiran pihak berkuasa agama khususnya bantuan zakat. Manakala sakongan sosial dalam bentuk spiritual seperti bimbingan agama, nasihat atau kauseling atau dalam bentuk fizikal seperti bantuan material dan perlindungan keselamatan diperlukan mualaf bagi memastikan kesejahteraan hidup mereka sebagai seorang Muslim. Implikasi kajian ialah kedua-dua had ta’lif dan sokongan sosial adalah signifikan dengan kehidupan mualaf dan menjadi kewajipan masyarakat Islam untuk cakna terhadap kehidupan mereka.
Abdul Ghafar Don, Anuar Puteh, Ahmad Irdha Mokhtar, Hasanah Abd Khafidz, Khazri Osman, Zulkefli Aini, Nur Nazira Rahim, Farid Zainal, Salehuddin Abu Samah ##submission.copyrightStatement## http://creativecommons.org/licenses/by-nc-nd/4.0 https://spaj.ukm.my/jalhikmah/index.php/jalhikmah/article/view/509 Sun, 31 Dec 2023 00:00:00 +0800