Konsep Fiqh al-Sunnah Menurut al-Qaradawi
Abstract
Al-Qaradawi memandang sunnah Nabi tidak hanya sebagai sumber hukum, tetapi sebagai metodologi pemahaman terhadap nas-nas keagamaan. Beliau disejajarkan dengan kalangan yang berfikir rasional dalam al-Sunnah. Artikel ini menganalisis pandangan al-Qaradawi tentang fiqh al-sunnah dan metode aplikasinya dalam mengeluarkan hukum. Kajian ini berbentuk penyelidikan kualitatif dengan mengaplikasikan metode analisis dokumen yang terdiri daripada karya-karya al-Qaradawi tentang konsep fiqh al-sunnah. Kajian ini mendapati bahawa pemahaman yang utuh terhadap fiqh al-sunnah menurut al-Qaradawi dapat dicirikan melalui tiga karakteristik, iaitu menyeluruh (shumul), seimbang (mutawazin) dan memudahkan (muyassir). Ketiga-tiga karakteristik tersebut menuntut pengaplikasian metode wasatiyyah yang berasaskan maqasid al-shariah. Antara teori fiqh al-sunnah yang ditawarkan oleh al-Qaradawi dalam metode al-wasatiyyah adalah klasifikasi sunnah Nabi kepada tashri’iyyah dan ghayr tashri’iyyah. Hasil kajian mendapati bahawa pandangan al-Qaradawi mengenai konsep fiqh al-sunnah adalah selari dengan pandangan-pandangan sarjana klasik usul fiqh.
Full Text:
PDFRefbacks
- There are currently no refbacks.
__________________________________________________________
Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com
Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM