Experiencing Prayer: Interpreting Text and Its Context

Najah Nadiah Amran

Abstract


Perlaksanaan solat merupakan aspek penting yang ditekankan dalam keluarga Muslim kerana ia menjadi indikasi kepada individu dan keluarga beragama. Artikel ini mengupas pengalaman harian beragama wanita Muslim barat dalam mempraktikkan kefahaman nas-nas Islam melalui amalan didikan solat dalam keluarga.  Secara khususnya, ia meninjau dan menganalisis pendirian dan reaksi wanita Muslim di barat mengenai hadith berkaitan didikan dan asuhan solat ke atas generasi muda Muslim. Kajian yang dijalankan ini menggunakan pendekatan etnografi melibatkan dua langkah iaitu pemerhatian melalui penyertaan dan perbualan dalam kutipan data. Kesimpulan yang diperoleh menunjukkan teks ataupun nas Islam memainkan peranan besar dalam kehidupan harian wanita Muslim di barat. Kajian ini menunjukkan terdapat kepelbagaian pandangan dan sikap tersendiri diambil oleh mereka apabila berinteraksi dengan nas-nas tertentu dalam sumber Islam sesuai dengan konteks kehidupan mereka di barat.  


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM