التفسير الصوفي الإشاري في أعمال القلوب: دراسة نقدية في تفسير روح البيان للبروسوي

محي الدين هاشم أمبونج, عبد الرحمن عبيد حسين, عدنان محمد يوسف

Abstract


Tujuan kajian ini adalah untuk memperkenalkan Tafsir Sufi Isyari dan dan  Tafsir Ruh al-Bayan yang dikarang oleh al-Burusawi. Kajian ini menggunakan pendekatan induktif terhadap Tafsir Sufi Isyari bagi ayat-ayat al-Quran yang berkaitan dengan isu amalan hati dalam Tasawwuf. Metodologi kajian ini ialah dengan menganalisa maklumat berdasarkan pendekatan deskriptif dan kritikan. Justeru itu, hasil dapatan kajian ini mendapati bahawa Tafsir Sufi Isyari (iaitu satu bentuk tafsir yang berdasarkan isyarat yang tersembunyi yang berlawanan dengan tafsir zahir ayat-ayat al-Quran) yang dikarang oleh al-Burusawi dalam isu amalan hati sebahagiannya adalah bertepatan dengan syarat. Ia berdiri di atas dua asas. Pertamanya, Tafsir Sufi Isyari berada dalam makna umum lafaz ayat yang ditafsir. Keduanya, hubungan antara Tafsir Sufi Isyari dengan ayat tersebut adalah hubungan sebab dan musabbab. Kajian ini juga mendapati bahawa sebahagian Tafsir Sufi Isyari oleh al-Burusawi tidak menepati syarat. Ia berdiri di atas tiga asas. Pertamanya, tafsiran yang dibuat terkeluar daripada tafsiran normal makna bahasa Arab. Keduanya, mengumumkan yang khusus bukan pada tempatnya. Perlu dijelaskan bahawa jika al-Burusawi hanya menghadkan tafsirannya kepada Tafsir Isyari sahaja maka tidak ada beza antaranya dengan tafsiran mazhab Syiah Batiniyyah. Walaubagaimana pun, keyakinan kita terhadap keilmuannya dalam bidang tafsir, pengiktirafan beliau terhadap tafsir yang normal dan penolakan beliau terhadap Batiniyyah menjadikan Tafsir Isyarinya boleh diterima. 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM