مصطلاحات الوقف عند السجاوندي وموازنتها عند رأي الجمهور

عبد المهيمن أحمد, صبري محمد, حظية حسين

Abstract


Ilmu waqaf dan ibtida’ telah mendapat perhatian yang besar daripada sarjana Islam semenjak dahulu hingga kini, apabila mereka telah menulis kitab yang banyak dalam bidang ini dengan pelbagai metodologi penulisan. Di antara kitab yang membincangkan secara terpeinci hukum waqaf dan ibtida’ pada ayat dan kalimah al-Quran ialah kitab Ilal al-Wuquf karangan al-Sajawindi. Kitab ini mempunyai keunikan yang tersendiri berbanding kitab-kitab lain yang ditulis dalam bidang ini, kerana penulisnya menggunakan pembahagian waqaf yang berbeza dengan apa yang dikemukakan oleh majoriti para sarjana waqaf dan ibtida’, iaitu; al-Tam, al-Kafi, al-Hasan dan al-Qabih. Di dalam kitab beliau, al-Sawajindi telah membahagikan waqaf kepada enam jenis, iaitu; al-Lazim, al-Mutlaq,al-Jaiz, al-Mujawwaz li Wajh, al-Murakkhas li Dharurah, dan Ma La Yajuz al-Waqf ‘Alaih. Perbezaan terminologi ini menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pembaca, seterusnya membawa kepada kesalahan dalam memahami hukum waqaf dalam bacaan al-Quran. Justeru, kajian ini merungkai perbezaan ini dengan menjelaskan secara deskriptif maksud setiap terminologi yang digunakan oleh al-Sajawindi, dan mengkaji secara induktif contoh-contoh bagi setiap pembahagian waqaf tersebut, bagi tujuan melakukan perbandingan dan pensetaraan terminologi waqaf di sisi al-Sajawindi menurut pembahagian yang dipegang oleh majoriti para sarjana Islam. Kajian ini mendapati bahawa kebanyakan terminologi waqaf yang digunakan oleh al-Sajawindi adalah bertindih dengan jenis-jenis waqaf yang dikemukan oleh majoriti sarjana Islam, berdasarkan kepada perbezaan dalam i’rab, susun atur dan makna sesuatu ayat.

Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM