Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah Al-Musthafawiyah Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

Nurain Zainal Abidin, Mohd Faizulamri Mohd Saad, Mohd Nazri Ahmad

Abstract


Tahap Pengetahuan Pelajar di Madrasah  Al-Musthafawiyah

Littahfizil Quran Bangi Terhadap Tadabbur Al-Quran

 

Abstrak

Menguasai Tadabbur al-Quran adalah satu elemen penting dalam menghafaz Al-Quran sebelum digelar Huffaz. Ini adalah satu elemen penting kerana ia boleh membawa kepada berlakunya salahfaham dan kekeliruan dalam menguasai maksud ayat al-Quran. Biasanya, masalah ini terjadi dalam kalangan pelajar semasa menghafaz al-Quran tanpa memahami  maksud ayat yang dibaca serta tidak merujuk kepada terjemahan ketika membaca al-Quran. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-Quran. Selain itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan tahap pengetahuan pelajar berdasarkan jantina. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik. Data dianalisis menggunakan SPSS versi 23. Hasil kajian ini mendapati bahawa skor min keseluruhan pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-Quran adalah pada tahap yang rendah (min = 2.33). Hasil dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap pengetahuan pelajar terhadap Tadabbur al-Quran antara pelajar lelaki (min = 2.4135) dan perempuan (min = 2.1554). Manakala nilai-t untuk perbandingan di antara keduanya adalah (t = 1.311) dan pada aras signifikan (p = 0.200). Secara keseluruhan, pelajar tahfiz mempunyai pengetahuan yang sangat terhad dalam Tadabbur al-Quran dan mereka tidak mempunyai kursus khas atau program dalam Tadabbur al-Quran. Justeru, bagi meningkatkan tahap pengetahuan  pelajar terhadap Tadabbur al-Quran, semua pihak berwajib perlu mengambil perhatian sepenuhnya tentang pentingnya pelajar perlu didedahkan dengan Tadabbur al-Quran.

Kata kunci : Tahap Pengetahuan, Pelajar, Tadabbur al-Quran

 

Abstract

Mastering Tadabbur al-Quran is an important elements in  memorizing the holy Quran before one is called a Huffaz in general. This is an important elements as it may leads to misunderstanding and confusion in mastering the versus of al-Quran. Commonly, these problems occur among students while memorizing the Quran without understand the versus read and not refering to the translation while reciting the Quran. Hence, this study is conducted to investigate the level of knowledge among the tahfiz students in Tadabbur al-Quran. Moreover, this study also tries to identify the difference of the students level of knowledge based on their gender. This study employs a quantitative method using questionnaires. Data is analyse using SPSS version 23. The results of this study founds that the overall mean score of the students knowledge on Tadabbur al-Quran is at low level (mean=2.33). The results also reveal that there are no significance difference level of knowledge among the tahfiz students in Tadabbur al-Quran between male (min = 2.4135) and female(min = 2.1554) students. While the T-value for the comparison of both male and female is (t=1.311) and the significant level is (p=0.200). Overall, these tahfiz students have a very limited knowledge on Tadabbur al-Quran and they do not have specific course or programme on Tadabbur al-Quran. Therefore, to enhance level of knowledge of Tadabbur al-Quran, the authorities should pay more attention about how importance students need to be disclosed about Tadabbur al-Quran.

Keywords : Level of Knowledge, Students, Tadabbur al-Quran   


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM