Tahap Kefahaman Dan Kepatuhan Pensyarah Wanita KKTM Balik Pulau Pulau Pinang dan KUIS Selangor Dalam Etika Muamalah Islamiyyah

Shabriyah Sehat, Mohd Faizulamri Mohd Saad, Sabri Mohamad

Abstract


Tahap Kefahaman Dan Kepatuhan Pensyarah Wanita  KKTM Balik Pulau Pulau Pinang dan KUIS Selangor  Dalam Etika Muamalah Islamiyyah


Abstrak

Pekerjaan mengikut etika Islam merupakan amanah yang dituntut. Kebelakangan ini isu pecah amanah, penipuan, penyalahgunaan kuasa, ponteng kerja dan sebagainya berleluasa di media massa. Malahan masalah peribadi juga diheret ke tempat kerja. Keadaan ini mempengaruhi mutu dan kualiti pekerjaan seseorang individu tersebut. Ini menyebabkan kerja yang perlu dilaksanakan pada waktunya tidak dapat diselesaikan seperti apa yang diminta. Justeru kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kefahaman dan kepatuhan pensyarah wanita dalam etika muamalah Islamiyyah. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dalam bentuk tinjauan melibatkan 34 orang responden di kalangan pensyarah wanita Kolej Kemahiran Tinggi Mara dan KUIS. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik. Soal selidik ini mengandungi 66 item soalan yang dibina dan diambil daripada kajian terdahulu. Nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha bagi instrumen kajian ini adalah 0.912. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer melalui program Statistical Package for Social Science (SPSS) for Windows version 23. Kajian ini menggunakan analisis diskriptif bagi dapatan peratusan, min dan sisihan piawai. Hasil dapatan menunjukkan tahap kefahaman dan kepatuhan  pensyarah wanita adalah berada pada tahap sederhana tinggi berdasarkan skor interpretasi min. Kesimpulannya keseluruhan  kajian ini menunjukkan peranan penting terhadap pihak kakitangan akademik IPT dalam mengukuhkan dan meningkatkan etika muamalah Islam lebih berkualiti menurut syarak.

Katakunci: Tahap Kefahaman dan kepatuhan, Pensyarah Wanita, Etika Muamalah Islam

 

Abstract

Ethics play a vital role in producing ethical staff in an organisation. Islamic work ethics is a concept that is built on Islamic teaching and principle which depend on faith. Many unethical issues related to this are being discussed over the mass media such as fraud, breach of trust, authority abuse and many more. Not only that, personal issues are also being dragged to work which will affect ones working quality and performance. Hence, work cannot be done within the required timeframe. This paper aims to find out the level of understanding and compliance to the Muamalah Islamiyyah ethics among female lecturers.  Data for this study are gathered from 34 female lecturers of MARA Collage in Balik Pulau, Pulau Pinang and International Islamic University College in Selangor. This study uses a 66 items questionnaire adopted and adapted from Nurul Farahaian and Mohd Akil (2015), Shamsuddin et.al, Supian and Khadijah (2013) and Nik Mohd Zaim (2000). The reliability value of the instrument is α=0.912. The data were analysed using descriptive analysis while SPSS version 23 was used to aid the analysis. The result suggests that the level of understanding and compliance among female lecturers to the Muamalah Islamiyyah ethics is above average with 4. based on the interpretation of mean score. In conclusion, this study indicates that it is crucial for the IPT staff to strengthen and improve their Islamic ethics for the betterment of the organisation in compliance to the Islamic Law.

Keywords: level of understanding and compliance, female lecturers, the Muamalah Islamiyyah ethics


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM