Penisbahan Qurra’ dan Status Qira’at dalam Tafsir al-Nasafi

Mohd Faizulamri Mohd Saad, Sabri Mohamad, Muhd Najib Abdul Kadir

Abstract


Tafsir al-Nasafi (Madarik al-Tanzil wa Haqa’iq al-Takwil) adalah tafsir yang masyhur dan digunakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Antara fokus Imam al-Nasafi dalam kitab tafsir ini ialah Qira’at. Pengarang didapati menggunakan pendekatan tersendiri dalam nukilan Qira’at, iaitu tidak terhad kepada Qurra’ Qira’at Sab’ tetapi merangkumi penisbahan Qurra’ yang pelbagai. Artikel ini bertujuan mengenalpasti Qurra’ Qira’at yang dinukilkan oleh Imam al-Nasafi berserta status Qira’at yang dinisbahkan kepada mereka. Status Qira’at dapat menjelaskan interaksi terhadap nukilan Qira’at seperti penghormatan terhadap teks al-Quran dan memudahkan proses pentarjihan. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan reka bentuk analisis kandungan bersumberkan Tafsir al-Nasafi. Hasil kajian mendapati penisbahan Qira’at di dalam Tafsir al-Nasafi merangkumi riwayat mutawatirah dan shadhdhah. Malah, Qurra’ Qira’at Mutawatirah didapati turut dinisbahkan dengan Qira’at shadhdhah juga sebaliknya. 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM