Kesan Hafazan al-Quran dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik Pelajar

Anis Syahirah Fauzan, Sabri Mohamad

Abstract


Abstrak

Hafazan al-Quran merupakan amalan spirituallity yang memperkasakan aspek mental, jiwa dan intelektual. Mengadunkan ilmu al-Quran dan akademik secara bersepadu melahirkan pelajar yang berkualiti dan holistik yang berkemampuan untuk mendepani cabaran dunia masa kini. Dalam mendepani dunia pendidikan yang semakin maju dan mencabar, kerajaan mensasarkan untuk melahirkan seramai 125000 huffaz profesional dalam pelbagai bidang menjelang 2050 melalui agenda Transformasi Nasional 50 (TN50). Namun, sistem kurikulum pendidikan tahfiz yang cacamarba, tidak sistematik dan tanpa penyelarasan terutamanya dalam kalangan pusat tahfiz persendirian dilihat merencatkan usaha ini. Masalah sistem kurikulum pendidikan tahfiz yang tidak bersepadu ini masih membelenggu di kebanyakan pusat tahfiz persendirian atau swasta ini wajar di atasi dengan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang sedang dalam perangkaan kerana amalan menghafaz al-Quran sangat memberi kesan kepada kecemerlangan pelajar. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan dan hubungan hafazan al-Quran terhadap aspek kecemerlangan akademik pelajar Ijazah Sarjana Muda Quran Sunnah Dengan Kepujian USIM di Darul Quran. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini berbentuk kaedah tinjauan yang menggunakan satu set soal selidik. Hasil kajian ini mendapati bahawa hafazan al-Quran memberi impak yang positif kepada kecemerlangan akademik pelajar berdasarkan penilaian terhadap PNGK semasa, nilai regressi (∆R2=0.378) dan nilai korelasi (r=0.615). Implikasi kajian ini telah merumuskan bahawa aktiviti menghafaz al-Quran perlu diberi perhatian dan diadunkan secara bersepadu dengan bidang akademik kerana hafazan al-Quran juga turut menyumbang kepada kecemerlangan akademik pelajar.

Kata Kunci: kesan hafazan, hafazan al-Quran, kecemerlangan, akademik, huffaz profesional

 

Abstract

The memorization of al-Quran is a practice of spirituallity which enlightens the aspects of mentallity and intellectuallity. The cohesive mixture of Quranic and academic knowledge will generate more quality students and holistic that capable to face the challenge in today’s world. In facing the reality of present’s education which considered to be advancing and challenging, the goverment targets to produce a number of 125000 professional huffaz in many fields towards 2050 through the agenda of Transformasi Nasional (TN50). Nevertheless, the curriculum of tahfiz school which considered to be obsolete, unsystematic and without any synchronization among the ahfiz administration in the curriculum education would reduce these efforts.  The problem with unsystematic eduction curriculum in tahfiz school will create troubles in future in many tahfiz centre wheter run on their own or privately which shall be encountered with the Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) that is still being under progress. The very reason because, the practice of Quranic memorization really gives a great impact towards the excellency of the students. Therefore, this study design to investigate the impact and relationship of Quranic memorization towards the aspect of students’ academic excellence in Bachelor of Quran Sunnah (Honours) USIM in Darul Quran. The methodology used in this study is through a set of questionaire. The findings are the memorization of Quran gives a positive impact towards the students’ academic excellence based on the current value of CGPA, regression value (∆R2=0.378) and correlation value (r=0.615)  . The implication of this study suggests that the activity of Quranic memorization need to be given a special attention and its muxture should be cohesively planned in academic fields because Quranic memorization influences the students’ academic excellence.

Keywords: impact of Quranic memorization, memorization of al-Quran, excellence, academic, professional huffaz


Full Text:

PDF

References


Al-Quran al-Karim.

Chua Yan Piaw. 2006. Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: McGraw-Hill.

Ismarulyusda Ishak, Nor Malia Abdul Warif, Farah Wahida Ibrahim, Siti Nur Rasyidah Md Ramli & Sabri Mohamad. 2016. Kesan Bacaan atau Hafazan al-Quran terhadap Kesihatan dan Tahap Kecerdasan. Dlm. Mohd Yakub Zulkifli Mohd Yusoff & Nordin Ahmad (pnyt.). Memperkasa Generasi Penghafaz al-Quran, hlm. 55-60. Kuala Kubu Bharu: Darul Quran JAKIM.

Mardhiah Yahaya. 2016. Pelaksanaan Modul Pengajaran Tahfiz (Modul Quranik) di MRSM Ulul Albab. Dlm. Mohd Yakub Zulkifli Mohd Yusoff & Nordin Ahmad (pnyt.). Memperkasa Generasi Penghafaz al-Quran, hlm. 76-86. Kuala Kubu Bharu: Darul Quran JAKIM.

Muhammad Zawawi & Nor Hafizi. 2016. Amalan Spiritual Menghafaz al-Quran dan Pencapaian Akademik Pelajar IMTIAZ Negeri Terengganu. Dlm. Mohd Yakub Zulkifli Mohd Yusoff & Nordin Ahmad (pnyt.). Memperkasa Generasi Penghafaz al-Quran, hlm. 103-115. Kuala Kubu Bharu: Darul Quran JAKIM.

Rosmawati Mohamad Rasit. 2013. Hubungan Penontonan Filem Da'wah Dengan Pembentukan Personaliti Prososial Remaja. Tesis Dr. Fal, Universiti Putra Malaysia.

Sabri Mohamad, Azmil Hashim & Hamdi Ishak. 2016. Pembangunan Kurikulum Pendidikan Tahfiz: Prinsip dan Kaedah dalam Membina Kurikulum Tahfiz al-Quran . Dlm. Mohd Yakub Zulkifli Mohd Yusoff & Nordin Ahmad (pnyt.). Memperkasa Generasi Penghafaz al-Quran, hlm. 145-153. Kuala Kubu Bharu: Darul Quran JAKIM.

Salasiah Hanin Hamjah, Ermy Azziaty Rozali, Rosmawati Mohamad Rasit & Zainab Ismail. 2012. the Relationship Between Spiritual Practice and Student’S Academic Performance. Universiti Kebangsaan Malaysia, Malaysia, 4(2), 51–60. doi:10.1073/pnas.0703993104

Sidek Baba. 2016. Perkasa Pendidikan Tahfiz Negara. Utusan Malaysia, 27 Mac: 3.

Solahuddin Ismail. 2016. Institusi Tahfiz di Malaysia: Prospek dan Cabaran. Dlm. Mohd Yakub Zulkifli Mohd Yusoff & Nordin Ahmad (pnyt.). Memperkasa Generasi Penghafaz al-Quran, hlm. 194-201. Kuala Kubu Bharu: Darul Quran JAKIM.

Very Julianto & Magda Bhinnety Etsem. 2011. The Effect of Reciting Holy Quran toward Short-term Memory Ability Analysed throughout the Changing Brain Wave. Jurnal Psikologi 38(1): 17-29.

Zulfa Izza Mohamed @ Hashim, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd. Yusoff, Noor Naemah Abdul Rahman, Rohaida Mohd. Saat & Durriyyah Sharifah Hasan Adli. 2012. Analisis Kritikal terhadap Kaedah-Kaedah Penghafazan al-Quran dari Perspektif Neurosains Kognitif. Kertas Kerja Seminar Antarabangsa al-Quran dalam Masyarakat Kontemporari SQ2012. Anjuran Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA). Permai Hotel, Kuala Terengganu, 1 & 2 Disember.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM