Kemahiran Membaris dan Membaca Kitab Tafsir al-Quran al-Azim dalam Kalangan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia

Rabiah Abdul Rahman, Ros Mahwati Ahmad Zakaria, Siti Nor Baya Mat Yacob, Siti Norazhani Mohd. Tohar, Khadijah Muda

Abstract


Kemahiran Membaris dan Membaca Kitab Tafsir al-Quran al-Azim dalam Kalangan Pelajar Universiti Sains Islam Malaysia

Abstrak

Kemahiran membaris dan membaca merupakan kemahiran yang penting dalam memahami suatu petikan khususnya memahami kitab turath. Kajian ini bertujuan mengkaji kemahiran membaris dan membaca kitab Tafsir al-Quran al-Azim dalam kalangan pelajar Universiti Sains Islam Malaysia. Kajian dijalankan dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen, pemerhatian, dan soal selidik terhadap pelajar tahun ketiga Sarjana Muda Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa kemahiran membaris dan membaca dengan mengaplikasikan method yang betul amat signifikan dalam  memahami teks tafsir al-Quran  al-Azim. Kitab tafsir ini merupakan salah satu kitab-kitab tafsir yang dihuraikan secara pertengahan iaitu syarahannya tidak terlalu ringkas dan tidak terlalu panjang.

Kata Kunci: Kitab tafsir Al-Quran al-Azim, kemahiran membaris, kemahiran membaca, universiti.

 

The Punctuating and Reading Skills in Tafseer al-Quran al-Azim among Students of Islamic Science University of Malaysia

 

Abstract

Punctuating and reading are two essential skills in order to understand a text, particularly turath text. This research is to examine punctuating and reading skills of the Tafsir al-Qur’an al-Azim among the Islamic Science University Malaysia’s students. The method used in this study is qualitative approach such as document analysis, observation and survey onto third year undergraduate students from the Faculty of Qur’an and Sunnah Studies. The outcome of this study suggested that the skills of applying the correct punctuation and reading methods are highly significant to understand the Tafsir of al-Quran al-Azim. This tafsir is one of the tafsir texts which are written moderately, neither too short nor too long.

Keywords: Tafsir al-Qur’an al-Azim, punctuating skill, reading skill, university.


Full Text:

PDF

References


Al-Quran

Ismail bin Umar bin Kathir. (2000). Tafsir al-Quran al-Azim. Lubnan: Dar Ihya’ Turath Arabi.

Abdullah Jalil dll. (2015). Nusus Turathiah : Dirasah Manhajiah. Nilai: Bahagian Penerbitan. Universiti Sains Islam Malaysia.

Abdullah Jalil. (2013). Modul Pengajian Halaqah Program Pensiswazahan Guru. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Hajah Noresah binti Baharom. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Centre of Islamic Heritage Sustainability
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: faizam@ukm.edu.my

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM