Keutamaan Amalan Tadabbur al-Quran terhadap Pelajar Tahfiz

Maisarah Thulhuda Mat Jafri, Mohd Faizulamri Mohd Saad, Sabri Mohamad

Abstract


Keutamaan Amalan Tadabbur al-Quran terhadap Pelajar Tahfiz

Abstrak

Tadabbur al-Quran adalah proses interaksi terhadap al-Quran yang bersifat universal. Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya tadabbur disertakan ketika membaca al-Quran lebih-lebih lagi kepada golongan penghafal al-Quran. Namun, realiti menemukan bahawa pelajar tahfiz sendiri tidak menunjukkan usaha dalam mencari makna ayat, sebaliknya hanya menumpukan terhadap hafazan. Situasi ini menunjukkan bahawa proses tadabbur tidak berlaku sedangkan tadabbur al-Quran merupakan syarat utama untuk mencapai objektif al-Quran diturunkan. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti keutamaan amalan tadabbur al-Quran dalam kalangan pelajar tahfiz. Kajian ini adalah kajian kualitatif berbentuk analisis dokumen secara deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan antara amalan tadabbur dengan hafazan al-Quran khususnya dalam bab kefahaman makna ayat. Secara keseluruhannya, tadabbur al-Quran mampu memberikan impak yang positif kepada pelajar tahfiz daripada sudut pemahaman, penghayatan serta pengamalan terhadap ayat-ayat al-Quran. Justeru, kajian ini perlu ditinjau dengan lebih dalam supaya dapat melihat sejauh mana tadabbur al-Quran menjadi keutamaan terhadap pelajar tahfiz di Malaysia.

Kata Kunci: Pelajar Tahfiz, Tadabbur, al-Quran, Hafazan, Tahfiz di Malaysia.

 

The Priority of Tadabbur Practices towards Tahfiz Student

 

Abstract

Tadabbur al-Quran is a process of interaction with Quran. There are various advantages if tadabbur is included when reading the Quran especially in Quranic memorization. However, the reality finds that the student tahfiz himself does not attempt to find the meaning of the verse, but rather only focus on the hafazan. This situation shows that the process of tadabbur does not occur while the Quran is a major requirement to achieve the objective of the Quran. The purpose of this study is to examine the priority of tadabbur to the tahfiz students. This study is a qualitative study in descriptive document analysis. The findings show that there is a significant positive relationship between the practice of tadabbur and the memorization of the Quran especially in the chapter of understanding the meaning of the verse. In general, the Quran has provided a positive impact on tahfiz students from the perspective of understanding, appreciation and practice of Quranic verses. Therefore, this study needs to be looked into in order to see the preferences of tadabbur towards student of tahfiz in Malaysia.

Keywords: Tahfiz students, Tadabbur, al-Quran, Memorization, Tahfiz in Malaysia.


Full Text:

PDF

References


Zulkifli Mohd Yusoff, Noor Naemah, Nor ‘Azzah, Nor Aini, Norhayati dan Naeimah Ramlan. 2018. Trend Masyarakat Terhadap Pendidikan Tahfiz. Ke arah pengiktirafan huffaz di Malaysia. Centre of Quranic Research(CQR) University Malaya.

Khairul Anuar. 2018. Majlis syuyukh dalam memperakukan tahap profesionalisme hafiz al-Quran. Ke arah pengiktirafan huffaz di Malaysia. Centre of Quranic Research(CQR) University Malaya.

Rohana Zakaria, Fatin Nazmin dan Khairul Anuar. 2018. Tadabbur Al-Quran:Implikasinya Dalam Meningkatkan Spiritual Pembaca Al- Quran. http://journal.kuis.edu.my/qiraat/wp-content/uploads/2018/05/jurnal-57-71.pdf

Mohd Jamalil, Sabri Mohamad, Tengku Intan Zarina & Nor Hafizi. 2017. Strategi Kecemerlangan Institusi Pendidikan Tahfiz al-Quran di Malaysia: Satu Tinjauan Literatur. Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari.

Fazrul Ismail dan Ariff Jauhar. 2017. Nikmatnya Tadabbur Tazakkur. Selangor: Abideen Publishing.

Abdul Muhsin. 2017. Mabadi’ Tadabbur al-Quran al-Karim. Riyadh:Al-Dairi al-Syarqi

Al-Lahim & Ar-Ruwaisyid. 2016. Panduan Tadabbur al-Quran. Solo:Kiswah Media

Very Julianto, Rizki Putri Dzulqaida dan Siti Nurina Salsabila. 2016. Pengaruh Mendengarkan Murattal Al Quran Terhadap Peningkatan Kemampuan Konsentrasi. Research Gate.

Intan Zakiah & Munif Zarirrudin. 2016. Memahami Kepentingan Karakteristik Pelajar Tahfiz Terhadap Pencapaian Subjek Hifz al-Quran. Journal Hadhari. Penerbit UKM.

Nor Musliza, Mokmin Basri dan Sedek Ariffin. 2016. Gaya Pembelajaran Pelajar dalam Proses Hafazan dan Kefahaman Makna al-Quran:Satu Tinjauan.

Al-Nawawi. terj. Hakim Rosly. 2015. Adab Berdamping dengan al-Quran. Kuala Lumpur. PTS Publishing House.

Rohana Zakaria. Hayati Hussin dan Adzam Rasdi 2015. Tadabbur al-Quran: Syarat Utama yang Diperlukan Untuk Mencapai Objektif al-Quran. Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah Dan Syariah 2015 (IRSYAD2015), Kuala Lumpur, 12-13 Oktober 2015.

Azmil Hashim, Ab Halim Tamuri, Misnan Jemali & Aderi Che Noh. 2014. Kaedah pembelajaran tahfiz dan hubungannya dengan pencapaian hafazan pelajar. Journal of al-Quran and Tarbiyyah.

Nurul Zakirah. 2014. Definisi Qawaid al-Tadabbur:Satu Analisis Perbandingan dengan Qawaid Tadabbur. International Journal of Quranic Research.

Abas Asyafah. 2014. Konsep Tadabur al-Quran. Cet. 2. Bandung. CV Maulana Media Grafika.

Azmil Hashim & Ab Halim Tamuri. 2012. Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pembelajaran Tahfiz al-Quran di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education.

Nurul Zakirah Mat Sin dan Zulkifli Mohd Yusoff. 2012. Konsep tadabbur:Suatu Kupasan. International Seminar on al-Quran in Contemporary Society.

Hashim bin Ali Al-Ahdal. 2008. ‘Ta’lim Tadabbur al-Quran al-Karim:Asalib Amaliah wa Marahil Manhajiyyah’.Universiti Ummul Qura, Makkah al-Mukarramah.

Alouwany. 2008. Tadabbur al-Quran al-Karim baina al-Nazariah wa al-Tatbiq. T.t


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM