Keperluan Penambahbaikan Pembelajaran Rasm Uthmani dan Dabt al-Quran

Aslam Farah Selamat, Mohd Faizulamri Mohd Saad, Hamdi Ishak

Abstract


Keperluan Penambahbaikan Pembelajaran Rasm Uthmani dan Dabt al-Quran

Abstrak

Penyelidikan ini merupakan kajian tahap kefahaman dabt al-Quran dalam kalangan pelajar semester 6, Diploma Tahfiz al-Quran dan al-Qiraat, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), dan Darul Quran (DQ), JAKIM. Mushaf Imla’i adalah salah satu versi al-Quran yang ditulis berdasarkan tulisan Arab standard. Ia juga dikenali sebagai Rasm Imla’i atau Rasm Qiyasi. Struktur rasm al-Quran (ortografi) dan dabt (tanda-tanda yang menentukan sebutan yang betul Al-Quran) dalam Mushaf Imla’i adalah berbeza dari Mushaf Uthmani disebabkan oleh beberapa faktor seperti penambahan huruf (ziyadah), pertukaran huruf (badl) dan sebagainya. Perbezaan beberapa aspek tersebut telah membawa kepada berlakunya kekeliruan dan kesilapan dalam membaca al-Quran. Oleh itu, tujuan penyelidikan ini adalah untuk mengenal pasti keperluan pelajar dalam penguasaan metode rasm dan dabt di samping memastikan  individu dalam bidang al-Quran adalah mahir dalam ilmu ini. Kajian ini menggunakan metodologi kuantitatif, di mana soal selidik telah diedar kepada sampel-sampel di pusat yang telah dikenal pasti. Ia juga berbentuk deskriptif bagi menjelaskan sesuatu kenyataan dengan menganalisis data daripada soal selidik yang diperolehi. Sebagai kesahan instrumen kajian ini, kajian rintis telah dijalankan di, Institut al-Quran Saidina Ali, Melaka. Hasil kajian mendapati terdapat pelbagai keperluan yang perlu dipenuhi bagi meningkatkan kefahaman ilmu ini dalam kalangan pelajar. Diharap pihak di institusi yang berkaitan mengambil cakna keperluan ini dalam meningkatkan penambahbaikan bagi membantu pelajar dalam memahami ilmu ini agar menjadi lebih mantap. Seterusnya, dapat membantu Kerajaan Negeri dan agensi-agensi berkepentingan dalam memastikan matlamat Pendidikan Islam dalam negara ini tercapai.

Kata Kunci: Pelajar, Rasm Uthmani, Dabt, Keperluan, Pembelajaran.

 

Requirements to Improve Learning Uthmani Script and Dabt al-Quran

 

Abstract

This research is a study on the level of understanding of Dabt al-Quran among students in Semester 6, Diploma in Tahfiz al-Quran and al-Qiraat, International Islamic University College Selangor (KUIS) and Darul Quran (DQ), JAKIM. Mushaf Imla’i is one of the Quranic versions written based on the standard Arabic script. It is also known as Rasm Imla’i or Rasm Qiyasi. The structure of the Quran script (orthography) and dabt (the symbols that define the proper Quranic term) in Mushaf Imla'i are different from Mushaf Uthmani due to several factors, such as the addition of the letters (ziyadah), the exchange of letters (badl) and so on. The difference in some of these aspects has led to confusion and error in the Quran recitation. Therefore, the purpose of this study is to identify the level of mastery of this methodology (dabt) among students in an effort to enhance understanding of this knowledge. This is a quantitative study. The questionnaires were distributed to all respondents in selected locations. This study also uses descriptive analysis to clarify a statement by analyzing data obtained from the questionnaires. In order to verify the instrument of this study, a pilot study was conducted in Saidina Ali Institute of Al-Quran, Malacca. The findings showed that there are various requirements that must be met to enhance the understanding of this knowledge among students. This study is expected to increase the mastery of Quranic knowledge among students, as well as to provide guidance to the community to master the Quranic knowledge more effectively. Furthermore, this study is also expected to assist the State Government and relevant agencies in realizing the goals of Islamic Education in this country.

Keywords: Student, Uthmani Script, Dabt, Needs, Learning


Full Text:

PDF

References


Abdul Karim Ibrahim ‘Iwadh Saleh. (2006). Al-Muthaf fi Rasm al-Mushaf. Tanta Mesir: Dar al-Sahabah li al-Turath.

Adibah Binti Abdul Latif & Fatimah Harlina Mohd Taib, (t.t), Hubungan Tingkah Laku Kesediaan Pensyarah Dengan Tahap Motivasi Pelajar.

Ahmad bin Muhammad al-Banna (1987M/1407H). Ittihaf Fudala’ al-Basyar, tahqiq. Dr. Sya’ban Muhammad Ismail, juz. 1, cet. 1, Kaherah: Maktabah Kulliyyah al-Azhar.

Ali Muhammad Dabba’. (1999). Samir al-Talibin Fi Rasm wa Dabt Kitab al-Mubin. Cet 1. Kaherah: Maktabah al-Azhar li Turath.

Bond, Trevor G, & Fox, Christine M. (2007). Applying the Rasch Model: Fundamental Measurement in the Human Sciences.

Daud Ismail dan Asyraf Hj Ab Rahman. 2016. Mushaf Imla’i dan Implikasinya dalam Pembacaan Al-Quran. cUlum Islamiyyah Jurnal Vol 17 [jun] 2016. Universiti Sains Islam Malaysia.

Daud Ismail, Asyraf Hj Ab Rahman dan Fadzli Adam. 2005. Dabt Mushaf Uthmani: Perkembangan, Permasalahan dan kaitannya dengan pembangunan sosial di Malaysia. Jurnal Usuluddin. Bil 20 [2005]. Universiti Malaya.

Dr. Asyraf Muhammad Fuad Tala’at. (2003). Safir al-‘Alamin fi Idah wa Tahrir wa Tahbir Samir al-Talibin fi Rasm wa Dabt al-Kitab al-Mubin. jilid 1. Brunei: Universiti Brunei Darus Salam.

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri. 2007. Panduan Rasm Uthmani. Percetakan Nasional Malaysia Berhad. Kuala Lumpur.

Khairul Anuar Mohamad & Muhammad Mustaqim Mohd Zarif. Kaedah Penulisan Rasm Othmani dan Keistimewaannya. cUlum Islamiyyah The Malaysian Journal of Islamic Sciences (Vol.4 No. 1. 2005).

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd.Majid Konting (2005). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nur Fadzilah Binti Othman. 2010. Tahap Penggunaan Aplikasi Web 2.0 Dalam Kalangan Pelajar Institut Pengajian Tingi Awam Di Malaysia. Tesis Kesarjanaan. Universiti Teknologi Malaysia.

Profesor Madya Dr. Ishak Bin Baba. (2009). Keberkesanan Pengajaran Dan Pembelajaran Dan Kaitannya Terhadap Prestasi Akademik Pelajar UTHM. Geran Jangka Pendek. No. Vot: 0486. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Rosniah Mustafa. 2007. Mengadaptasikan Gaya Pembelajaran Pelajar ESL: Satu Kajian Kes Pelajar Tahun Satu di UKM. GEMA Online Journal of Language Studies. Volume 7(1) 2007.

Zaenal Arifin Madzkur (2014) Harakat dan Tanda Baca Mushaf Al-Qur'an. Vol. 7, No. 1, Suhuf. Jurnal Kajian Al-Quran. Gedung Bayt Al-Qur’an TMII, Jakarta Timur.


Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM