Ulasan BUKU: Understanding Jihad

Shahidatul Ashikin Shahran, Najah Nadiah Amran, Latifah Abdul Majid

Abstract


Ulasan BUKU:

Understanding Jihad

David Cook

2016

Berkeley University of California Press. ISBN: 9780520287327


Understanding Jihad ialah karya yang memuatkan maklumat mengenai konsep jihad. Karya ini adalah hasil penulisan daripada David Cook, seorang Professor Madya bidang teologi dalam pengkhususan agama Islam di Rice University, Texas, United State. Karya ini membincangkan mengenai kronologi perubahan konsep jihad bermula dari zaman Rasulullah SAW sehinggalah zaman kontemporari di mana munculnya gerakan-gerakan radikal yang bernaung di bawah kalimah jihad Selain itu, David Cook juga menampilkan perbezaan di dalam karyanya dengan membahaskan konsep mati syahid. Ini kerana, kebanyakan karya sarjana barat hanya tertumpu kepada konsep jihad semata-mata. Setiap bab membahaskan kronologi sejarah jihad bermula dari peristiwa Hijrah, Perang Salib sehinggalah ke zaman kontemporari yang mengaitkan jihad dengan keganasan. Metodologi yang digunakan oleh David Cook dalam karya ini adalah menggunakan pendekatan analisis kandungan sejarah. Karya ini mempunyai enam bab dengan pengenalan yang diletakkan secara berasingan. Menurut David Cook seperti yang telah ditulis di dalam pengenalan, makna jihad yang paling utama yang digunakan oleh ulama-ulama klasik ketika zaman pra-moden adalah “warfare with spiritual significance” (2005:2) iaitu merujuk kepada perjuangan atau peperangan.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM