Pengaplikasian Kaedah Tafsir al-Qur’an dengan Qira’at oleh Muhammad Said bin Umar di dalam Tafsir Nurul Ihsan

Mohd Nazri Ahmad, Muhd Najib Abdul Kadir, Haziyah Hussin

Abstract


Ulama di Nusantara telah memberi sumbangan dalam penulisan Tafsir al-Qur’an, antaranya ialah Muhammad Said bin Umar. Beliau telah menjadikan Qira’at Tafsiriyyah sebagi sumber pentafsiran di dalam Tafsir Nurul Ihsan. Artikel ini membincangkan tafsiran beliau terhadap sebahagian ayat-ayat al-Quran dengan menggunakan sumber Qira’at Tafsiriyyah. Kajian ini menggunakan reka bentuk analisis kandungan terhadap Tafsir Nurul Ihsan. Data dikumpul melalui analisis dokumen dan dianalisis secara deskriptif. Berdasarkan penelitian yang dibuat, Muhammad Said merujuk kepada Qira’at Mutawatirah dan Qira’at Mudrajah di dalam Tafsir Nurul Ihsan. Sejajar dengan itu, pengaplikasian Qira’at dalam tafsir, kajian ini meletakkan Muhammad Said sebagai pelopor dalam bidang ini di Malaysia. 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.


__________________________________________________________

Research Centre for al-Quran and al-Sunnah
Faculty of Islamic Studies
The National University Of Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel: +60 3 8921 4405 | Fax: +60 3 8921 3017
Email: alturathjournal@gmail.com

 

Copyright ©2016 Centre of Islamic Heritage Sustainability, UKM