KOMPETENSI, SIKAP DAN PENGGUNAAN APLIKASI WEB 2.0 SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (Competencies, Attitude and Application of Web 2.0 as a Teaching Aids among Malay Language Primary School Teachers)

Norhiza Fadila, Zamri Mahamod, Wan Muna Ruzanna Wan Mohammad

Abstract


Abstrak: Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti mengenal pasti kompetensi, sikap dan penggunaan aplikasi Web 2.0 dalam proses pengajaran dan pembelajaran  Bahasa Melayu.  Antara aplikasi Web 2.0 yang dipilih ialah penggunaan blog, penggunaan media sosial, perkongsian media dan penggunaan wiki. Kajian ini juga ingin melihat perbezaan kompetensi aplikasi Web 2.0 guru, sikap guru terhadap aplikasi Web 2.0 dan penggunaan aplikasi Web 2.0 dengan pengalaman mengajar.  Seramai 137 orang guru Bahasa Melayu sekolah rendah di sebuah daerah dalam Negeri Sembilan dijadikan responden kajian. Soal selidik digunakan sebagai alat kajian untuk mengumpulkan data. Data dianalisis menggunakan Predictive Analytics Software (PASW) Statistics 18 sebagai alat untuk analisis inferensi. Dapatan menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara kompetensi aplikasi Web 2.0 dan sikap guru Bahasa Melayu terhadap aplikasi Web 2 dengan pengalaman mengajar. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan antara penggunaan aplikasi Web 2.0 guru dengan pengalaman mengajar. Oleh itu, penggunaan aplikasi Web 2.0 sebagai bahan bantu mengajar dalam kalangan guru sekolah rendah memberi kesan positif dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Kata kunci: Kompetensi, sikap, penggunaan, aplikasi web 2.0, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

Abstract: This study was conducted to identify identifying competencies, attitudes and use of Web 2.0 applications in teaching and learning Malay language. Among the selected Web 2.0 applications is the use of blogs, social media, media sharing and use of the wiki. It also wants to see the difference Web 2.0 applications competent teachers, teachers' attitudes towards Web 2.0 applications and the use of Web 2.0 applications with teaching experience. A total of 137 teachers Malay primary school in a district in Negeri Sembilan as the research respondents. Questionnaires were used as the research tool to collect data. Data were analyzed using the Predictive Analytics Software (PASW) Statistics 18 as a tool for the analysis of inference. The findings showed that there were no significant differences between Web 2.0 application competence and attitude of Malay Language teachers on Web 2 applications with teaching experience. However, there are significant differences between the use of Web 2.0 applications teacher with teaching experience. Therefore, the use of Web 2.0 applications as teaching aids among primary school teachers have a positive impact on teaching and learning Malay language.

 

Keywords: Competencies, attitudes, use of Web 2.0, teaching and learning Malay language.


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.