PERSEPSI GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH TERHADAP KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (The Perception of Malay Language Teachers at Secondary School Towards Higher Order Thinking Skills)

Nor Hasmaliza Hasan, Zamri Mahamod

Abstract


Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru bahasa Melayu di sekolah menengah harian di daerah Kuala Terengganu terhadap pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) iaitu dari segi aspek pemahaman, pengetahuan dan pelaksanaan KBAT dalam pengajaran Bahasa Melayu. Seramai 226 orang guru bahasa Melayu yang mengajar di 15 buah sekolah menengah harian daerah Kuala Terengganu telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan dengan menggunakan borang kaji selidik sebagai alat instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan Statistical Package For Science Social (SPSS) versi 19.0 untuk pemerihalan data deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Statistik inferensi melibatkan ujian Mean-Whitney U, Ujian-t dan ujian ANOVA bagi menjawab kesemua hipotesis kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa nilai purata min bagi tahap pemahaman (min = 3.35) guru bahasa Melayu tentang KBAT berada pada tahap yang sederhana. Sementara empat lagi aspek yang dikaji iaitu tahap pengetahuan (min = 3.58), tahap pelaksanaan KBAT dalam pengajaran (min = 3.58)  terhadap KBAT menunjukkan nilai purata min berada pada tahap yang tinggi. Selain itu, dapatan kajian turut menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (p < 0.05) bagi dua aspek iaitu pengetahuan guru bahasa Melayu tentang KBAT dan pelaksanaan KBAT dalam pengajaran guru bahasa Melayu yang dipengaruhi oleh faktor tingkatan yang diajar. Hasil dapatan kajian mendapati guru-guru bahasa Melayu memberikan respons yang positif terhadap pelaksanaan KBAT

Kata kunci: Guru bahasa Melayu, sekolah menengah, kemahiran berfikir aras tinggi, pemahaman, pengetahuan, pelaksanaan

Abstract: This study identifies the perceptions of Malay Language teachers in daily secondary schools in Kuala Terengganu District of Terengganu Darul Iman towards the implementation of Higher Order Thinking Skills (HOTS) from the aspect of comprehension, knowledge, the implementation of HOTS in their teaching. Research samples comprise 226 Malay Language teachers who are teaching in 15 daily secondary schools in Kuala Terengganu. Researcher used questionnaire sets to collect data from the samples. The data were analyses using Statistical Package for Science Social (SPSS) version 19.0 to explain descriptive and inferential data. Descriptive statistics is used to find the mean, standard deviation, frequency and percentage. Inferential statistics consisted Mean-Whitney U test, t-tests and ANOVA test to answer all the study hypotheses. The findings show that average mean for comprehension level of samples is 3.35 which are at medium level. The other four studied aspects were knowledge level (mean=3.58), the implementation of HOTS in teaching process (mean=3.58). Malay Language teachers towards HOTS showed that the average mean values are at high levels. Besides, the findings also showed a significant difference (p<0.05) for two aspects; Malay Language teachers’ knowledge in HOTS and the implementation of HOTS in their teaching which was also influenced by the levels of taught. Result of the study indicated that Malay Language  teachers have positive attitude regarding the implementation of HOTS in their perceptions.

Keywords: Malay Language teachers, secondary school, higher order thinking skills, comprehension, knowledge, implementation 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.