KEBERKESANAN PETA PEMIKIRAN DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS ESEI BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 6 (The Effectiveness i-Think to Improving Essay Writing Skills Malay Language Among Form 6 Students)

ANTHONY ALOYSIUS AKUP, YAHYA OTHMAN

Abstract


Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan penggunaan peta pemikiran i-Think dalam penguasaan kemahiran menulis esei tidak berformat Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar tingkatan 6. Pendekatan secara kuantitatif digunakan dalam kajian ini iaitu dengan menggunakan kajian kuasi eksperimen yang dijalankan selama lima kali rawatan terhadap pelajar tingkatan 6 di salah sebuah sekolah menengah di Bahagian Mukah, Sarawak. Pembahagian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dilakukan mengikut kelas yang sedia ada. Kumpulan eksperimen terdiri daripada 20 orang pelajar, dan begitu juga dengan kumpulan kawalan. Data diperoleh daripada ujian pra dan ujian pasca. Data dianalisis dengan menggunakan ujian-t tidak bersandar dan ujian-t bersandar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam penulisan esei tidak berformat bagi ujian pra antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Selepas rawatan dijalankan, terdapat perbezaan yang signifikan tahap pencapaian pelajar dalam penulisan esei bagi ujian pasca antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Perbezaan yang signifikan juga wujud bagi tahap pencapaian pelajar dalam penulisan esei tidak berformat bagi aspek kerelevanan antara ujian pra dan ujian pasca bagi kumpulan eksperimen. Demikian juga wujud perbezaan yang signifikan bagi aspek pengolahan bagi kumpulan eksperimen antara ujian pra dan ujian pasca. Skor min ujian pasca lebih tinggi berbanding ujian pra bagi kedua-dua aspek tersebut. Perbezaan yang signifikan juga wujud antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan bagi aspek kerelevanan dan pengolah dalam ujian pasca. Skor min kumpulan eksperimen lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Hal ini membuktikan bahawa penggunaan peta pemikiran i-Think dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam penulisan esei tidak berformat dalam kalangan pelajar tingkatan 6.

Kata kunci: Peta pemikiran, kemahiran menulis, menulis esei, Bahasa Melayu, pelajar tingkatan 6

Abstract: This study aims to assess the effectiveness of the use of thinking maps i-Think the proficiency of writing essays is not formatted Malay language among students 6. The quantitative approach used in this study by using a quasi-experimental study was conducted during the five treatments to form 6 at a secondary school in Mukah, Sarawak. The division of the experimental group and the control group is made according to existing classes. The experimental group consisted of 20 students, and so did the control group. Data obtained from the pre-test and post-test. Data were analyzed using independent t-test and independent t-test. The results showed that there was no significant difference in essay writing is not pre-formatted for testing between the experimental group and the control group. After the treatment, there were significant differences in the level of students writing essays for the post-test between the experimental group and the control group. Significant differences also exist for the achievement of students in essay writing is not formatted for the relevance between the pre-test and post-test of the experimental group. Similarly, significant differences exist for the processing of the experimental group between pre-test and post-test. Post-test mean scores higher than pre-test for both aspects. Significant differences also exist between the experimental group and the control group for relevance and processing aspects of the post test. Experimental group mean scores were higher than in the control group. This proves that the use of thinking maps i-Think can improve student achievement in essay writing is not formatted among  form 6 students.

Keywords: i-think, writing skills, essay writing, Malay Language, form 6 students 

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.