PENDEKATAN PENGAJARAN SECARA BERKUMPULAN DALAM PROGRAM PEMULIHAN KHAS BAHASA MELAYU (Group Teaching Approach in the Malay Language Special Remedial Program)

MOHD ASNORHISHAM ADAM, ABDUL RAHIM HAMDAN

Abstract


Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pelaksanaan, penguasaan, dan keberkesanan pendekatan pengajaran secara berkumpulan oleh Guru Pemulihan Khas dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu dari 40 buah sekolah kebangsaan di Johor. Seramai 40 orang responden yang terdiri daripada guru-guru pemulihan yang mengajar Bahasa Melayu dari 40 buah sekolah kebangsaan di Johor telah dipilih secara kelompok atas kelompok. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian yang telah diubah suai daripada penyelidik-penyelidik lepas. Instrumen soal selidik ini digunakan untuk membuat kajian rintis bagi menguji kebolehpercayaan/analisis kesahihan. Darjah kebolehpercayaan (alfa Cronbach) bagi instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah0.707. Kajian ini dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science (SPSS) version 20.0 berbentuk statistik deskriptif, iaitu peratusan, kekerapan dan min serta statistik inferensi, iaitu ujian-t. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap perlaksanaan, penguasaan, keberkesanan pengajaran secara berkumpulan oleh guru pemulihan khas dalam Program Pemulihan Khas Bahasa Melayu beradapada tahap yang tinggi.

Kata Kunci: Pendekatan pengajaran secara berkumpulan, guru pemulihan khas, Program Pemulihan Khas, mata pelajaran Bahasa Melayu

Abstract: The purpose of this study to identify the level of implementation, mastery, and effectiveness of group teaching approach by remedial teachers in Malay Language Special Remedial Program from 40 primary schools in Johore. The sample of study includes 40 remedial teachers from 40 primary schools in Johore were chosen respondents through cluster on cluster sampling. The data were collected using questionnaire.The instrument of this study was modified from previous researchers. The  reliability (alfa Cronbach) for this instrument used in this research is 0.707.  The data in this research was analysed using Statistical Packages for Social Science (SPSS) Version 20.0. The descriptive statistic such as percentage, frequency, means and inference statistic using the t-test were used in this research. This questionnaire is used to make a pilot study to test the reliability/validity analysis. The results showed that the level of implementation, mastery, effectiveness of teaching in groups by remedial teachers in Malay Language Special Remedial Program at a high level.

Keyword: Group teaching approach, remedial teacher, Special Remedial Program, Malay Language subject


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.