KEKERAPAN PENGGUNAAN STRATEGI PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU DALAM KALANGAN MURID CEMERLANG ETNIK CINA (Frequency of Using Malay Language Learning Strategies among Excellent Chinese Ethnic Students)

MOHAMAD YAZID MOHAMAD

Abstract


Abstrak: Kajian ini bertujuan  untuk mengenal pasti jenis strategi pembelajaran Bahasa Melayu yang digunakan dalam kalangan murid cemerlang etnik Cina di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Secara khususnya, kajian ini akan mengenal pasti perbezaan strategi pembelajaran bahasa mengikut jantina, tahun pembelajaran, sosioekonomi keluarga dan hubungan strategi pembelajaran bahasa dengan pencapaian akademik murid-murid. Sampel kajian terdiri daripada 291 orang murid yang dikategorikan sebagai murid cemerlang. Bagi mencapai matlamat kajian, instrumen soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat. Data kemudiannya diproses dengan menggunakan perisian komputer program Statistical Packages for the Social Science (SPSS) Version 20.0 bagi menganalisis statistik deskriptif dan inferensi yang melibatkan analisis ujian-t, ANOVA sehala dan regresi. Hasil kajian menunjukkan bahawa murid-murid Cina dipengaruhi oleh semua strategi pembelajaran bahasa, namun strategi menulis sangat mempengaruhi diikuti dengan membaca, bertutur dan mendengar. Selain itu, kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara strategi pembelajaran bahasa mengikut jantina dan sosioekonomi keluarga. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahun pembelajaran murid-murid. Akhir sekali, dapatan kajian tidak menunjukkan perhubungan yang signifikan antara strategi pembelajaran Bahasa Melayu terhadap pencapaian akademik murid cemerlang. Kesimpulannya, walaupun strategi pembelajaran Bahasa Melayu tidak mempengaruhi pencapaian akademik, tetapi dengan strategi yang tepat dan betul membantu murid belajar Bahasa Melayu dengan berkesan.

Kata kunci: Strategi pembelajaran, strategi pembelajaran bahasa, Bahasa Melayu, murid cemerlang, murid etnik Cina

 

Abstract: The purpose of this study is to identify language learning strategies of excellent students in Chinese Vernacular School. This study also will identify the different language learning strategies by gender, learning year, family socioeconomic background and the correlation between of the language learning strategies and the academic achievement of the students. The sample consists of 291 pupils categorized as high achievers. In achieving the purpose of the study, a questionnaire is used to collect the data.  Data were analysis using the computer software program Statistical Packages for the Social Science (SPSS) Version 20 which to analysis descriptive and inferential statistical analysis involving the t-test, ANOVA and regression analysis. Result indicated that the students are influenced by all language learning strategies. It showed that the most influential strategy is writing followed by reading, speaking and listening. The study also showed there was no significant difference between the Malay Language learning strategies by gender and family socioeconomic background and yet there was significant difference of learning year.  This study showed no significant relationship between Malay Language learning strategies on the student academic achievement. In conclusion, although Malay Language learning strategy did not influence the student academic achievement, by having suitable strategy can help the student to learn affectively.

Keywords: Learning strategies, language learning strategies, Malay Language, excellent student, Chines ethnic students 

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.