SIKAP DAN JANTINA GURU BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH DAERAH SERIAN TERHADAP PEMILIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR (The Attitude and Gender of Malay Language Primary School at Serian District towards the Choosing of Teaching Aids)

JEFFERY TIKOK

Abstract


Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sikap guru mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah terhadap pemilihan ciri-ciri  bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan semasa pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Selain itu,  kajian ini juga dijalankan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan sikap guru dalam pemilihan penggunaan BBM berdasarkan  jantina. Kajian tinjauan deskriptif dan inferensi digunakan sebagai reka bentuk kajian dengan menggunakan instrumen soal selidik. Seramai 117 orang guru mata pelajaran bahasa Melayu di daerah Serian dijadikan sampel kajian. Dapatan kajian menunjukkan guru bersikap positif terhadap pemilihan ciri-ciri BBM yang digunakan dalam PdPc adalah tinggi dengan min 3.86. Analisis ujian-t pula membuktikan tiada perbezaan sikap guru terhadap pemilihan BBM berdasarkan jantina. Ujian-t bagi perbandingan sikap guru-guru lelaki dan guru-guru perempuan ialah p = 0.24. Tahap signifikan ini adalah lebih besar daripada 0.05 ( p = 0.24 > 0.05). Hasil kajian ini dapat memberi input bermanfaat mengenai sikap guru mata pelajaran bahasa Melayu terhadap pemilihan BBM dalam PdPc di dalam bilik darjah di daerah Serian. Implikasi kajian ini diharapkan dapat membantu pihak-pihak yang terlibat dalam perkembangan profesionalisme guru selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memperkasakan pedogogi guru abad ke-21.

Kata kunci: Sikap guru, mata pelajaran Bahasa Melayu, sekolah rendah, bahan bantu mengajar

Abstract : This study is conducted to identify Malay Language  primary teachers attitude towards the choosing of teaching aids in teaching and learning session. The survey is to identify the choosing differences by gender diversity. The study is classified as a quantitative descriptive and inferential statistics which conducted throughout the surveying method. About 117 Malay Language teachers in Serian District involved in this research. The finding shows the teachers have positive with high level attitude towards the choosing of teaching aids (mean = 3.86). The t-test to compare between male teacher’s and female teacher’s towards the choosing of teaching aids shows (p = 0.24). The result shows the significant level are more than 0.05 (p = 0.24 > 0.05). The research gave high inputs towards Malay Language teachers attitudes in using and choosing teaching aids in their teaching. The implication of this research can help those who involved in teaching professional especially in Malaysian Education Department to strengthen the 21st century teaching technics.

Keywords: Teacher attitude, Malay Language subject, primary school, teaching aids


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.