PERSEPSI, AMALAN DAN KEBERKESANAN BIMBINGAN JURULATIH SISC+ DARI PERSPEKTIF GURU BAHASA MELAYU (Perception, Practices and Effectiveness of Guidance SISC+ Coaching from Malay Language Teachers Perspective)

SARABIAH JUSOH

Abstract


Abstrak: Kajian tinjauan melalui soal selidik dijalankan terhadap guru-guru Bahasa Melayu yang terlibat dengan bimbingan SISC+ di Zon Bangsar dan Pudu. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi guru-guru yang dibimbing terhadap profesionalisme jurulatih SISC+; mengenal pasti amalan bimbingan yang dilaksanakan oleh jurulatih SISC+; dan mengenal pasti keberkesanan bimbingan jurulatih SISC+ terhadap pengajaran guru bahasa Melayu. Seramai 64 guru daripada 18 buah sekolah di zon Bangsar dan Pudu telah terlibat untuk menjayakan kajian ini. Kebolehpercayaan instrumen kajian menggunakan alpha Cronbach untuk amalan ialah 0.776 dan keberkesanan bimbingan ialah 0.814. Data dikumpul secara kuantitatif dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Min, kekerapan dan peratusan digunakan dalam menganalisis data. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru-guru bahasa Melayu yang dibimbing mempunyai persepsi yang positif terhadap bimbingan jurulatih SISC+; amalan bimbingan yang dilaksanakan oleh jurulatih SISC+ juga tinggi; dan bimbingan yang diberikan berkesan dalam meningkatkan kualiti pengajaran guru yang dibimbing. Justeru, kajian ini mendapati bahawa amalan dan bimbingan yang dilakukan oleh SISC+ terhadap guru-guru bahasa Melayu adalah berkesan.

Kata kunci: Persepsi, amalan bimbingan, keberkesanan bimbingan, Jurulatih Pakar Pembangunan Sekolah (SISC+), guru Bahasa Melayu

Abstrak: This descriptive study conducted a survey through questionnaires on the Malay language teachers involved with the guidance of SISC + in Bangsar zone and Pudu. The aim of this study was to determine the perception of teachers who guided toward professionalism SISC+, identify coaching practices implemented by SISC+ and identifies the effectiveness of guidance SISC+ towards teaching Malay language.  A total of 64 teachers from 18 schools in Bangsar zone and Pudu has been engaged to ensure the success of this study. Reliability of the instrument using Cronbach Alpha for the practices are 0.7776 and the effectiveness guidance are 0.814. Data collected and analyzed quantitatively using software Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 23.0. Min, frequency and percentage were used to analyze data. The results showed that the Malay language teachers who have guided the positive response to the guidance of SISC +; coaching practices implemented by SISC + too high; and guidance effective in improving the quality of teacher-led instruction. Hence, this study found that the practice and guidance of SISC + on Malay language teachers was effective.

Keywords: Perception, practices of guidance, effectiveness of guidance, School Improvement Specialist Coaches (SISC+), Malay Language teachers


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.