TAHAP PENGETAHUAN, SIKAP DAN KESEDIAAN PELAJAR TINGKATAN 4TERHADAP PENGGUNAAN PEMBELAJARAN PERSEKITARAN MAYA VLE FROG DALAM PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU (The Level of Knowledge, Attitudes and Readiness Form 4 Students to the Using of Virtual Learning Environment VLE Frog in Malay Language Learning)

SUMARNI LAPAMMU, ZAMRI MAHAMOD

Abstract


Abstrak: Kajian tinjauan ini bertujuan untuk meninjau penggunaan persekitaran pembelajaran maya atau virtual learning environment (VLE Frog) dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kajian ini melihat tahap pengetahuan, sikap dan kesediaan pelajar terhadap penggunaan VLE Frog dalam Bahasa Melayu. Kajian ini melibatkan 240 orang pelajar tingkatan 4 di empat buah sekolah di daerah Tawau, Sabah. Dalam kajian ini, instrumen soal selidik dengan lima skala Likert digunakan bagi tujuan pengumpulan data. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 30 orang pelajar bagi menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian dan hasil kajian rintis menunjukkan instrumen yang digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan kekal digunakan dalam kajian sebenar. Statistik deskriptif digunakan untuk melihat analisis min, sisihan piawai, kekerapan dan peratusan. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan program SPSS 22.0. Dapatan kajian dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan statistik infrensi. Analisis deskriptif mendapati ketiga-tiga min, iaitu pengetahuan (4.10), sikap (4.27) dan kesediaan (4.32) pelajar terhadap penggunaan VLE Frog berada pada tahap tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa pelajar mempunyai minat yang tinggi terhadap penggunaan VLE Frog dalam PdPc mereka. Penggunaan bahan berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi seperti VLE Frog dapat menarik minat pelajar untuk belajar Bahasa Melayu.

Kata kunci: Pengetahuan, sikap, kesediaan, persekitaran pembelajaran maya,  pembelajaran Bahasa Melayu

Abstract: Thus study aims to review the use of Frog VLE in the learning of Malay Language. The study also looked at the level knowledge, attitudes and students readiness to the Frog VLE in Malay Language. The study involved 240 form 4 students from four schools in Tawau District, Sabah. In this study, researchers used questionnaire with five Likert scale for the purpose of collecting data. A pilot study was conducted on 30 students to ensure the validity and accountability of the instrument and the results of the pilot study showed that the instruments used have high reliability and was used in the actual study. Descriptive statistics were used to analyze the mean, standard deviation, frequency and percentage. Data were analyzed using the SPSS 22.0 program. The findings were analyzed using descriptive statistics and statistical inference. Descriptive analysis found that the three mean, that is knowledge (4.10), attitude (4.27) and willingness (4.32) of students on the use Frog VLE is at a high level. This shows that students have high interest on the usage of Flog VLE in their learning.  The use of information and communication technology based materials such as VLE Frog can attract students to learn Malay Language.

Keywords: Knowledge, attitudes, readiness, virtual learning environment, Malay Language learning


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.