KEBERKESANAN KAEDAH PETA PEMIKIRAN I-THINK TERHADAP PENCAPAIAN DAN SIKAP MURID DALAM PEMBELAJARAN KOMSAS (The Effectiveness of i-Think Thinking Map through Achievements and Students Attitude of Literature Component Learning (KOMSAS)

NIK NUR FARIHAH NIK HARMI

Abstract


Abstrak: Pengajaran dan pembelajaran (P&P) bahasa khususnya Komponen Sastera Bahasa Melayu (KOMSAS) boleh dijadikan medium yang berkesan untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi serta melahirkan murid yang berfikir secara kritis dan kreatif. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah keberkesanan kaedah peta pemikiran i-think  yang digunakan oleh guru semasa proses P&P berjalan bagi meningkatkan pencapaian dan sikap murid tingkatan 4. Kajian ini membandingkan pencapaian dan sikap murid kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan sebelum dan selepas pengajaran. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kuasi-eksperimental bagi menguji keberkesanan kaedah peta pemikiran i-think  dalam P&P KOMSAS. Kajian ini dijalankan selama lapan minggu dengan menggunakan borang kaji selidik yang melibatkan 68 orang murid sebuah sekolah menengah di daerah Pasir Puteh, Kelantan. Murid kumpulan eksperimen terdiri daripada 33 orang dan murid kumpulan kawalan pula terdiri daripada 35 orang. Data dianalisis menggunakan Predictive Analytics SoftWare (PASW) Statistics 20 untuk  data deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian menunjukkan min bagi pencapaian dan sikap sebelum P&P menggunakan kaedah peta pemikiran i-think  berada pada tahap sederhana, manakala selepas P&P menggunakan kaedah yang sama berada pada tahap tinggi. Terdapat perbezaan yang signifikan p<0.05 antara markah pencapaian murid kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan sebelum dan selepas proses P&P menggunakan peta pemikiran i-think. Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan p<0.05 antara sikap kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan sebelum dan selepas menggunakan kaedah pembelajaran yang berbeza. Implikasi kajian adalah penggunaan peta pemikiran i-think dapat meningkatkan pencapaian dan sikap murid dalam mempelajari KOMSAS Bahasa Melayu.

Kata kunci: Kaedah eksperimen, kaedah peta pemikiran i-think, pencapaian murid, sikap murid, pembelajaran komponen sastera

Abstract: Teaching and Learning (T&L) language especially Malay literature component (KOMSAS) can be used as an effective medium to teach the higher level of thinking and also to produce the students who think critically and creatively. The aim of this research is to study the effectiveness of i-think thinking map that has been used by teachers in teaching and learning process which aim to enhance students’ achievement. Thus, the study compared the achievement and attitude of experiment group and controlled group before and after teaching. Quasi-experimental was used to test the effectiveness of i-think thinking map method in T&L of KOMSAS. This research was conducted for eight weeks using the questionnaires which involving 68 students in one school in Pasir Puteh, Kelantan. 33 students were involved in experiment group and 35 students in controlled group. Predictive Analytics Software (PASW) Statistic 18 was used to analyse the descriptive and inferential data. The result showed that the min of achievement and behaviour for teaching and learning by using i-think thinking map were in high level score. Apart from that, there was a significant difference p<0.05 between the achievement mark of experiment group and controlled group for before and after T&L. Besides, a significant difference can be seen p<0.05 in behaviour aspect between experiment group and controlled group for before and after using different learning method. The implication of the study is that the use of i-think thinking map can improve student achievement and attitudes in learning KOMSAS Malay Language.

Keywords: Experimence method, i-think thingking maps, students achievement, students attitude, literature component learning

 


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.