PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN DALAM PEMBELAJARAN CERPEN KOMSAS TINGKATAN LIMA (The Use of Thinking Maps in Learning Form Five Short Stories)

MOHD ZIKRI IHSAN MOHAMAD ZABHI, SHAMSUDIN OTHMAN, ABDUL RASID JAMIAN, AZHAR MD. SABIL

Abstract


ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran cerpen KOMSAS tingkatan lima di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Kuala Lumpur. Tujuan kajian ini dilakukan untuk mengkaji persepsi murid terhadap penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran cerpen, mengenal pasti penggunaan peta pemikiran dalam meningkatkan kefahaman murid terhadap teks KOMSAS, dan mengenal pasti penggunaan peta pemikiran dalam meningkatkan penguasaan unsur KOMSAS dalam pembelajaran. Kajian ini telah dilaksanakan kepada 118 orang murid tingkatan lima yang mempunyai pencapaian tahap sederhana. Data dikumpulkan daripada soal selidik yang diedarkan kepada semua murid di sekolah tempat kajian. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Statistik deskriptif seperti peratus, kekerapan, min, dan sisihan piawai digunakan untuk menjawab soalan kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi murid terhadap penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran cerpen semua adalah sederhana (purata skor min 3.195). Min keseluruhan bagi penggunaan peta pemikiran dalam meningkatkan kefahaman murid terhadap teks KOMSAS adalah sederhana (min 3.17). Min keseluruhan bagi penggunaan peta pemikiran dapat meningkatkan penguasaan unsur KOMSAS dalam pembelajaran juga adalah sederhana (min 3.28). Selain itu, hasil kajian mendapati murid mempunyai persepsi yang baik terhadap penggunaan peta pemikiran dalam pembelajaran cerpen KOMSAS, meningkatkan kefahaman terhadap teks KOMSAS, dan meningkatkan penguasaan unsur KOMSAS dalam pembelajaran. 

Kata kunci: Peta pemikiran, pembelajaran, cerpen, KOMSAS, dan peningkatan kefahaman

ABSTRACT: This study aims to examine the use of thought map in the formulation of form five short essay at a national secondary school in Kuala Lumpur. The purpose of this study was to examine the perception of the students on the use of thought map in the short story learning, identify the use of thought map in improving student understanding of the KOMSAS text, and identify the use of thought map in increasing the mastery of KOMSAS element in learning. This study has been carried out to 118 form five students with moderate achievement. The data were collected from the questionnaire distributed to all students in the school where the study was conducted. Data collected were analyzed using Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) version 17. Descriptive statistics such as percentage, frequency, mean, and standard deviation were used to answer the study questions. The findings show that students' perceptions on the use of thought map in all short-term learning are moderate (mean score mean  3.195). The overall min for the use of thought map in improving pupil's understanding of KOMSAS text is simple (mean 3.17). The overall min for the use of thought map can increase the mastery of KOMSAS element in learning also is simple (mean 3.28). In addition, the findings show that students have a good perception of the use of thinking maps in the learning of KOMSAS short stories, enhancing understanding of KOMSAS text, and increasing the control of KOMSAS elements in learning.

Keywords: Thinking map, learning, KOMSAS, short story and increase understanding


Full Text:

PDF

Refbacks

  • There are currently no refbacks.